"THE PROMISE" 4

0 0 0
                                    

Pagi keesokkan harinya matahari cerah menembusi bilik Ji-Ah menerangi seluruh biliknya.Namun,itu tidak menjadi halangan bagi Ji-Ah untuk meneruskan tidurnya yang nyenyak.
Kini,tumpuan tertumpu di dapur.Yo-Jun kelihatan sangat sibuk menyiapkan sarapan untuk Ji-Ah.Pinggan dihias secara teliti.Yo-Jun membawa sarapan tersebut menuju ke bilik Ji-Ah.

Perlahan-lahan tombol pintu bilik dibuka.Sesampai di dalam bilik,makanan diletakkan di atas meja secara cermat.Yo-Jun mengemas bilik Ji-Ah yang kelihatan sedikit serabut.Setelah selesai  mengemas,kemeja T dilipat paras bahu memaparkan urat-urat yang timbul pada lengannya.Badan direbahkan perlahan di atas katil lalu membangunkan sang kekasih hati.

"Hey sweetheart,good morning."tangan mengusap kepala Ji-Ah lembut.Sapaan dari suara yang garau itu menyedarkan Ji-Ah.Tangan mencari-cari siapakah yang berada tepat di belakangnya.
"Huaaawwmm"Ji-Ah menggeliat perlahan.Matanya memandang tepat ke arah Yo-Jun.Satu senyuman menguja dihadiahkan di pagi hari.Yo-Jun hanya mampu tersenyum.
"Would you like to have some breakfast pretty?"tanya Yo-Jun yang kemudiannya mencium Ji-Ah tepat di mulut.Bayangkan betapa untungnya Ji-Ah.Disiapkan sarapan dan seterusnya dimanja.
"Breakfast? pukul berapa sekarang?."Ji-Ah masih dalam keadaan ngantuk.Dia menukar posisinya dari terlentang kepada mengiring.Secara automatik tangan memeluk tubuh Yo-Jun yang berada di sisinya.

"Bangunlah.Aku telah menyiapkan sarapan untukmu."jelas Yo-Jun.
Ji-Ah tersenyum lebar.Dia membuka matanya lalu memandang Yo-Jun berbekalkan mukanya yang bareface tanpa make-up dan perutnya yang berbunyi menandakan wanita ini sedang lapar.

"You're so sweet babe."Ji-Ah bangun dari tempat tidurnya secara perlahan.Matanya melilau mencari di manakah sarapannya pagi ini.
"Kau mencari ini?"tanya Yo-Jun.Yo-Jun menyerahkan pancake dan chocolate milkshake kepada Ji-Ah.
"Gomawo"Ji-Ah tersenyum girang.
Yo-Jun mengusap kepala rambut Ji-Ah berkali-kali lalu bertanya.
"Kau mahu berjalan-jalan?"tanya Yo-Jun lembut.Ji-Ah hanya boleh mengangguk sahaja untuk mengiyakan kata-kata Yo-Jun kerana mulutnya masih penuh dengan makanan.
"Bersiaplah.Aku akan  menunggumu di luar."pesan Yo-Jun yang terus beredar dari bilik Ji-Ah.
"Arraseo."Ji-Ah terus bangun dan mula bersiap.

Di luar pula,Yo-Jun kelihatan runsing.
"Kau sudah jalankan tugasmu?"
"Ya,tapi itu tidak mudah."
"Apa yang tidak mudah?! Kamu semua sememangnya lemah!.Di dalam hal ini tidak ada belas kasihan yang patut diselitkan! Adakah kau memahami apa yang dikatakan olehku?!"
"Nae sumbaenim."
Itu adalah perbualan antara Yo-Jun dan orang suruhannya.

"KAU TUNGGU SAHAJA SHIN JI-WOO.
TINDAKANMU PASTI MENGUNDANG MASALAH.
NYAWA ORANG DI SEKELILINGMU TELAH TERIKAT DENGANKU."

To be continued....

LOVING YOU (complete)✓Where stories live. Discover now