"FALLING IN LOVE WITH YOU" 3

0 0 0
                                    

Kedengaran bunyi tapak kaki semakin dekat ke arah bilik yang berkunci itu.Tangan secara spontan membuka pintu dengan kuat sehingga kunci terbuka dan rantai terlerai di atas lantai.Mereka bertentangan mata.Tangan si jejaka lansung menarik orang yang disayangi ke sisinya.Wajah bertukar dingin.Perasaan bertukar marah,kecewa dan tercabar.Tangan diletakkan tepat diarah leher.Mencengkam kuat sehingga menimbulkan urat-urat hijau.Tatapan itu seolah memberikan amaran tanpa mengujarkan kata-kata yang sepatutnya.

"Stay away from her,jika orang lain mengetahui hal ini kau tidak mungkin akan selamat."Yo-Jun melepaskan tangannya dari cengkaman dangan kasar.Yo-Jun terus membawa Ji-Ah pergi dari situ.Kereta dibuka.Muka serius ditayangkan kepada Ji-Ah.

"Babe." Ji-Ah memegang bahu Yo-Jun.
"Na Gwaenchana."balas Yo-Jun lembut.
Sepanjang perjalanan tiada satu perkataan pun yang keluar daripada mulut mereka.Bisu.Ji-Ah masih terkesan dengan kejadian tadi.Dia tidak menyangka bahawa Yo-Jun akan melakukan perkara sebegitu terhadap abang tirinya sendiri.Dan ketika itulah muncul satu persoalan di kepala Ji-Ah.Seteruk itukah hubungan mereka sekeluarga?

Sebelum ini Yo-Jun pernah memberitahu bahawa eomma dan appanya bercerai kerana appanya mencintai wanita lain dan wanita itu merupakan ibu Ji-Woo.Aku dan Soo-Hyun selama ini dibesarkan oleh ibu dan ayah Soo-Hyun kerana eomma dan appaku sibuk menjalankan projek di luar negara.Namun, sayangnya itu hanya memakan 2 tahun sahaja.Ketika aku dan Soo-Hyun masing-masing berumur 10 dan 9 tahun berlakunya krisis rumah tangga antara ibu dan ayah Soo-Hyun.Ajuma mengatakan bahwa dia tidak boleh lagi hidup bersama Samchon kerana dia tidak pernah mendapat sebarang nafkah dari suaminya itu.Ayah Soo-Hyun pula membantah.Menurutnya,jika mereka berdua berpisah Soo-Hyun akan tinggal bersamanya.Dan ketika mereka berdua berpisah Soo-Hyun memilih untuk tinggal bersama ayahnya kerana kesihatan ayahnya semakin susut.

Dan siapa sangka.Setahun selepas mereka berpisah hidup kami tidak semudah yang disangkakan.Eomma membawaku pergi ke Australia kerana dia tidak mahu aku hidup susah kerana Samchon banyak berhutang dengan samseng-samseng yang ada di Seoul.Sebelum ini dia juga merupakan salah satu ahli mereka.Dia kemudiannya memilih untuk berhenti kerana kehadiran Soo-Hyun dalam hidupnya.Oleh kerana itu,hidupnya mula terumbang-ambing.Ramai pengutiip hutang telah berkumpul di hadapan rumahnya membuatkan dia dan Soo-Hyun tidak dapat meneruskan kehidupan seperti biasa.

Aku dan Soo-Hyun kemudiannya dikenalkan dan diamanahkan eomma kepada ibu tiri Yo-Jun iaitu ibu Ji-Woo.Ibu Ji-Woo telah menjaga aku dan Soo-Hyun dengan baik dan penuh kasih sayang.Mungkin kerana eomma sudah mengenalinya dengan jangka masa yang lama sebagaimana dia mengenali ibu Yo-Jun.Perkara yang pelik ialah aku lansung tidak mengingati apa-apa tentang Ji-Woo.Dia pernah berkata bahawa kami berdua pernah menjalankan hubungan cinta.Namun,sekarang apa yang lebih jelas dan nyata ialah Ji-Woo hanyalah seorang yang ego dan tidak mempunyai perasaan.Dia bahkan sanggup mencederakan Yo-Jun.Aku yakin banyak lagi rahsia ataupun masalah yang telah ditimbulkan olehnya.Meskipun suatu hari nanti aku mengetahui perangai sebenarnya aku tidak akan menerima semula dia dalam hidupku.Aku nekad!

"Kau mahu berjalan-jalan sebentar?"aku cuba untuk memujuk Yo-Jun.
"Aniya,kita akan pulang."balas Yo-Jun singkat.
Perjalanan masih diteruskan.Ianya kedengaran seperti sangat jauh namun,ianya tidaklah sejauh itu.
Aku mula mengantuk.Lama-kelamaan aku mula terlelap.Lena dibuai mimpi.

Aku tidak tahu berapa lama aku terlelap.Namaku kian dipanggil membuatkan aku terjaga.Lampu kelihatan terang memancar.
"Sweetheart,kita sudah sampai"suara menyapa.Aku tidak peduli.Hari ini merupakan hari yang sangat memenatkan bagiku.Aku menggeliat kecil namun mata masih bersemangat untuk melihat sekeliling.Terdengar pintu kereta terbuka.

Mungkin benar kata orang,tidak mudah untuk kita menggapai bahagia namun akan ada orang yang selalu berada di sisi kita tanpa kita sedari.Aku diangkat secara berhati-hati untuk dibawa masuk ke rumah.Hati ini terasa bagaikan mahu pecah apabila dilayan sebegitu.Belum sempat aku membuka mata satu ciuman dihadiahkan di dahi.Aku tersenyum.Dan sekarang aku dapat merasakan bahawa Yo-Jun tertawa melihatku.

"Kau memang nakal."Aku membuka mata dan mecuit hidungnya.Dia hanya tersenyum.Senyuman yang paling berharga buatku.
"You made my day."singkat,padat dan jelas.Aku sememangnya tidak akan menghancurkan hari-harinya dengan situasi yang tidak menyebelahinya seperti tadi mahupun sebelum ini.
Namun apa lagi yang aku tidak tahu?Terutama tentang hubungan silamku dengan Ji-Woo.
Kepalaku kusut mengenangkan hal ini.Semuanya kelihat bersangkut paut dengan kisah silamku dahulu sebelum aku disahkan menghidap 'anemia'.
"Babe,aku ingin berbincang denganmu."aku bersuara perlahan.

to be continued.....

LOVING YOU (complete)✓Where stories live. Discover now