"THE PROMISE" 2

0 0 0
                                    

"Kawan baikmu akan menjemput kita bukan?"
tanya Yo Jun.
"Ya tentu saja"kata Ji-Ah.
"Kita sudah menunggu sekian lama.Sekarang tepat jam 12:00 tengah hari.Dia masih belum sampai disini."Yo-Jun mula hilang sabar.
"Sabarlah,mungkin sekarang waktu puncak.Dia tidak boleh bergegas ke sini kerana mungkin disaan berlaku kesesakkan jalan."kata Ji-Ah lembut.
Yo-Jun hanya mengangguk.

Setengah jam telah berlalu akhirnya Soo-Hyun sampai untuk menjemput mereka pulang.
"Mianhe,Aku tidak patut menyuruh kamu berdua menunggu dengan lama"ujar Soo-Hyun.
"Gwaenchana,kami faham.Yo-Jun dan aku tidak mempunyai sebarang masalah.Siapa saja yang tidak tahu Seoul akan mengalami kesesakkan jalan kerana hari ini adalah hari cuti bagi pelajar Universiti Hanyang.Umum tahu mereka semua kebanyakkannya tinggal di Seoul."ujar Ji-Ah.
"Jadi inilah teman lelakimu?"soalan Soo-Hyun.
Ji-Ah hanya membalas  pertanyaan itu dengan senyuman.
Yo-Jun meraih sang kekasih hati lalu menatapnya dengan penuh makna.
"Saya berharap kamu merestui hubungan kami sebagai kawan baik Ji-Ah."
"Tentu saja."balas Soo-Hyun.

Hatinya mengatakan bahawa dia akan meyokong apa jua tindakan Ji-Ah.Namun,itu bukan salah satu yang ada di fikirannya.Dalam masa yang sama dia juga memikirkan Ji-Woo.Soo-Hyun bimbang jika Ji-Woo mengetahui hal ini keadaaan akan betambah teruk.Tambahan pula,ingatan Ji-Ah masih belum pulih sepenuhnya.Apabila Soo-Hyun mengiringi Ji-Ah dan Ji-Woo ke dalam rumahnya dia sempat memeriksa telefon bimbitnya.

          "TWO MISSED CALL FROM JI-WOO✨"

Soo-Hyun mula bingung.Dia mendail nombor Ji-Woo dengan perasaan yang ragu.Belum sempat dia memberi salam Ji-Woo menengkingnya dengan kuat.

"Neo Wageure?! itu hanyalah sebuah panggilan.Mengapa susah sekali untuk kau menjawab panggilanku!"kata Ji-Woo dengan nada yang tinggi.
"Ani,Jigeum ada orang di rumahku."balas Soo-Hyun dengan rasa bersalah.
Ji-Woo lansung mengakhiri perbualan di telefon setelah mendengar kata-kata Soo-Hyun yang dianggapnya alasan.

"Siapa yang begitu berani berkunjung ke rumahmu sehinggakan kau tidak dapat menjawab panggilan telefonku?!"Ji-Woo sangat marah dengan perangai Soo-Hyun kali ini.Soo-Hyun tidak pernah mengabaikan panggilan telefonnya hingga ke hari ini membuatkan Ji-Woo berasa sangsi dengan Soo-Hyun.Dia mencapai kunci kereta yang diletakkan di atasa laci meja dan terus bergerak ke tempat letak kereta.Kereta dibawanya sangat laju.Dia tidak mampu lagi mengawal perasaannya.Ingin saja dia naikkan had kenderaannya tetapi dia masih memikirkan keselamatan orang di sekeliling.

Sesampainya Ji-Woo di hadapan pintu rumah Soo-Hyun dia melihat dua pasang kasut yang dia tidak pernah lihat sebelum ini.Kasut itu kelihatan sangat mahal dan eksklusif.Dia tahu walaupun Soo-Hyun juga merupakan anak usahawan seperti dia dan Ji-Ah,Soo-Hyun merupakan seorang yang rendah diri dan tidak akan membeli barang mahal sesuka hatinya.Ji-Woo juga tahu bahawa Soo-Hyun akan mengutamakan perkara yang lebih penting dahulu sebelum berbelanja mengikut perasaan.Perasaan curiga semakin membuak-buak di dalam hatinya.Tanpa menunggu masa yang lama Ji-Woo membuka pintu dan melangkah masuk ke dalam rumah Soo-Hyun.Dan apa yang membuatnya lebih hairan ialah adik lelaki tirinya berada di situ.

Yo-Jun yang sedang duduk di ruang tamu terperanjat apabila pintu rumah Soo-Hyun terbuka lansung menolehkan badannya.Dia hairan kerana jejaka tersebut adalah seorang yang dia kenali dan juga merupakan saingan hebatnya dari kecil lagi.Soo-Hyun baru sahaja ingin menegur Ji-Woo tetapi Yo-Jun mengangkat tangan sebagai tanda tidak perlu.Dengan rasa hairan dan marah Yo-Jun menyapa dingin.

"Hyung.Apa yang kau lakukan disini?"kata Yo-Jun dingin.
"Aku yang patut menujukan soalan itu kepadamu.Apa yang kau lakukan di sini?"tanya Ji-Woo.Perasaan marahnya membara.
"Tentu saja aku mempunyai alasan sendiri.Hal itu tiada kaitan denganmu!"bentak Yo-Jun.
Baru sahaja Ji-Woo ingin maju ke hadapan untuk membawa Yo-Jun keluar dari rumah Soo-Hyun namun dia dihalang oleh wanita yang amat dia rindui yang kini tidak mengenalinya lagi.

"Yah! Micheosseo?!!..Apa yang ingin dilakukan olehmu?!.Adakah kau mengetahui ini rumah siapa?! Eonnie,siapa yang membenarkan orang yang tidak dikenali menjejakkan kaki ke rumahmu?! Dasar bodoh!"marah Ji-Ah.

Ji-Woo terkedu.Di hadapannya sekarang adalah wanita yang telah lama dinanti,dicari dan dirinduinya.Namun wanita itu tidak beperangai seperti Yun Ji-Ah yang dia kenali.

"Ji-Ah yah.."Ji-Woo ingin mendekati Ji-Ah namun dihalang oleh Soo-Hyun.
"Hajima."Soo-Hyun merayu.

To be continued......

LOVING YOU (complete)✓Where stories live. Discover now