"OUR RELATIONSHIP" 3

0 0 0
                                    

Soo-Hyun tidak terkata.
"Apa sebenarnya masalahmu Shin Ji-Woo?!" Soo-Hyun tidak mampu untuk berkomunikasi lagi.Dia tidak tahu mengapa Ji-Woo boleh melepaskan teman wanita begitu saja sedangkan orang yang dimilikinya sempurna dan Soo-Hyun yakin tidak ada yang mampu bertahan dengan sikap Ji-Woo yang sebenarnya egois dan mementingkan diri.

Dari mimik mukanya sahaja semua orang di hospital itu mengetahui bahawa Soo-Hyun tidak berada dalam keadaan yang baik.Jelas terpapar dimukanya Soo-Hyun tidak puas hati dan marah terhadap bekas kekasihnya yang juga merupakan rakan baiknya sendiri.Diselubungi dengan rasa bersalah,risau.Soo-Hyun sendiri tidak dapat menjelaskan perasaannya sekarang.Perasaannya bercampur baur.Otaknya kusut mengenangkan Ji-Woo dalam masa yang sama dia memikirkan Ji-Ah yang dari tadi tiada khabar berita semenjak dimasukkan ke wad kecemasan Hospital Doldam,Hanyang.

Para pertugas hospital kelihatan sibuk menguruskan Ji-Ah di wad kecemasan. Peralatan seperti kapas,jarum,bekalan darah dibawa masuk.Ji-Ah bertarung nyawa selama 4 jam di wad kecemasan.Soo-Hyun mula meninjau sekeliling.Banyak pesakit-pesakit yang perlu diuruskan dan dijaga sementara yang lainnya bertugas di ruang kecemasan.

Tidak lama kemudian terlihat seorang jururawat menghampiri Soo-Hyun.Jururawat itu membawa sekeping kertas dan pen serta beberapa jenis ubat-ubatan.
"Cik? Boleh saya bertanya?" Jururawat itu bertanya lembut.
"Ya tentu saja"Soo -Hyun binggung.
"Saya ingin bertanya,adakah cik pernah melihat satu keluarga yang menunggu putri mereka di hadapan wad kecemasan ini?...Oh ya. Pesakit itu bernama
Yun Ji-Ah."Jururawat memandangg Soo-Hyun dengan penuh harapa berharap agar dia boleh menemukan keluarga pesakit secepat mungkin.
"Saya merupakan kawan baiknya,Saya Park Soo-Hyun.Ada apa dengan Ji-Ah?Adakah dia dalam keadaan yang baik? Apa yang perlu saya bantu dan ketahui?"Soo-Hyun bertanya dengan panjang lebar.
"Oh! Terima kasih Ya tuhan!"Jururawat itu kelihatan lega.
"Cik Ji-Ah akan dimasukkan ke wad selama seminggu.Dia dalam keadaan yang baik,tiada apa yang serius.Dia akan dikeluarkan jika dia dalam keaadan yang baik dalam tempoh seminggu.Jika ada apa-apa yang mencurigakan atau pertanyaan boleh tanya di kaunter 3 dan maklumkan kepada saya. Saya jururawat yang bertanggungjawab ke atas Cik Ji-Ah. Nama saya Kim Mi-Oh."Puan Mi-Oh memberikan senyuman dan menyerahkan borang dan ubat-ubatan kepada Soo-Hyun.Soo-Hyun mengangguk faham dan terus berlalu dengan beretika untuk memeriksa keadaan kawan baiknya yang kini telah dipindahkan ke wad biasa.

Melihat Ji-Ah terbaring di atas katil membuatkan Soo-Hyun berasa kesal dengan perbuatannya.Dia menyesal kerana tidak sering berkunjung ke rumah Ji-Ah di masa lapang.
Dia berfikir sejenak.Soo-Hyun berkata di dalam hati, "Aku tidak mungkin akan mendapat kawan sebaikmu jika kita tidak bertemu.Kau adalah kawan yang paling murni yang pernah hadir di dalam hidupku Ji-Ah ssi.Melihatmu dalam keadaan seperti ini membuatkan hatiku resah.Cepatlah sedar wahai bidadari." Soo-Hyun mengusap tangan Ji-Ah dengan lembut.Tanpa sedar dia terlelap di sebelah Ji-Ah.

Soo-Hyun sebenarnya sangat sibuk beberapa bulan ini memandangkan dia seorang peguam.Banyak kes yang perlu dikendalikan olehnya.Dia berkunjung ke rumah Ji-Ah kerana dia mahu bertanyakan pendapat rakannya itu tentang kes yang bakal dibicarakan dalam beberapa bulan lagi.Namun,malangnya...Dia hanya mendapati rakannya terbaring lemah di ruang tamu dipenuhi dengan darah yang menakutkan.Sungguh dia tidak menyangka hal ini bakal terjadi kerana dia tahu Ji-Ah bukanlah seseorang yang lemah dan mudah berputus asa seperti wanita-wanita lain di luar sana.

Disisi lain,Ji-Woo mula memikirkan tentang apa yang dikatakan oleh Soo-Hyun sebentar tadi.
"Apakah yang sebenarnya terjadi sekarang? Adakah Ji-Ah baik-baik saja?"Ji-Woo mula runsing.Tangannya menggapai telefon bimbit yang diletakkan di atas meja makan.Di cuba untuk menghubungi Ji-Ah bagi memeriksa keadaannya tetapi gagal.
"Adakah aku sudah tersilap langkah?..Tidak,tidak mungkin Ji-Ah akan melakukan seseuatu yang boleh membahayakan dirinya sendiri. Itu adalah sesuatu yang mustahil bukan?Kami masih boleh bersahabat meskipun sudah berpisah seperti mana yang dilakukan aku dan Soo-Hyun dahulu." Banyak persoalan yang timbul di kepala Ji-Woo.Baginya semua wanita sama sahaja.Dia sememangnya seorang yang tidak bertanggungjawab.Hidupnya sangatlah santai dan tenang.Tiada siapa yang boleh menafikan hal itu.Soo-Hyun dan Ji-Ah bahkan membayar bil elektrik dan menghantarkan makanan untuknya setiap hari.Dia juga tidak perlu bersusah payah untuk makan di restoran mewah dengan adanya 'blackcard' dua wanita itu.Menyusahkan bukan? Ji-Woo sush untuk menerima teguran meski teguran itu datang dari ibu bapanya sendiri.

Ji-Woo meneguk habis soju yang ada ditangannya.
Telefon yang berada di depan mata tiba-tiba berdering kuat.Ji-Woo memutar matanya malas..
"Aigooo!! Apa masalah mereka ini?! Adakah mereka tidak bekerja dan hanya ditugaskan untuk mengganggu orang setiap masa?!" Ji-Woo membebel panjang.

"Shin Ji-Woo! Datang ke hospital sekarang! Teman wanitamu Ji-Ah tidak berada dalam keaadaan yang baik!"Puan Shin menggesa Ji-Woo untuk terus ke hospital.Dia merupakan ibu Ji-Woo.Ibunya adalah seorang wanita yang berkaliber dan sangat mementingkan adab.Dia juga mengetahui tentang hubungan anaknya dengan Ji-Ah.Terkadang dia berasa sangat kasihan dengan dua wanita yang ibarat bidadari itu membelanjakan anaknya dengan wang yang banyak sedangkan anaknya juga masih kuat untuk mencari kewangan sendiri.Dia sudah berkali-kali menasihati Ji-Woo untuk mencari kerja tetapi anak kesayangannya itu menolak keras.

Secara tiba-tiba seseorang menepuk bahu Puan Shin lembut.Dia menoleh ke belakang dan mendapati Soo-Hyun dibelakangnya.Soo-Hyun memecah kesunyian.

"Ajumma,jiguem ottoke? Ji-Ah berada dalam keadaan yang teruk.Dia bahkan tidak mengenaliku."Soo-Hyun mula mengalirkan air mata.





To be continued.......

LOVING YOU (complete)✓Where stories live. Discover now