" SORRY FOR ALL MY MISTAKE" 2

1 0 0
                                    

"Sebutkan saja."kata Ji-Woo.Dia memandang Yo-Jun yang berdiri di hadapannya.
"Bunuh dua wanita itu!!."bentak Tuan Kim.

Mata Yo-Jun membulat.Dia seakan tidak percaya dengan tugas itu.Dia masih ingat bahawa appanya menugaskan dia untuk membunuh Ji-Ah namun itu sudah 2 tahun yang lalu! Dan selama ini dia percaya bahawa appanya telah melupakan niat itu.Begitu juga dengan Ji-Woo.Percaya atau tidak? Sebelum ini dia pernah ditugaskan untuk membunuh Soo-Hyun.Namun dia tidak sampai hati untuk berbuat demikian.Jadi dia membuat keputusan untuk mengakhiri hubungannya dengan Soo-Hyun ketika masih dibangku sekolah.Apakan daya.Semua itu ternyata GAGAL.Ayahnya masih berniat untuk melukakan dua wanita itu.

Mengapa?.Alasannya juga tidak berkaitan.Dahulu ayah Soo-Hyun merupakan salah satu ahli Golden M.
Namun dia mengubah nasib.Dia keluar dari kumpulan Golden M kerana dia berharap bahawa dia dan Soo-Hyun akan menjalani kehidupan yang lebih baik.Tapi tidak semudah itu.Tuan Kim selaku ketua masih memaksa ayah Soo-Hyun untuk kembali ke kumpulan Golden M kerana dia adalah seorang yang boleh diharapkan.Namun ayah Soo-Hyun menentangnya.Tuan Kim mengganggu hidup Soo-Hyun dah ayahnya sehinggalah ayah Soo-Hyun meninggal disebabkan depresi melampau.Dan bagi orang yang berhati batu sepertinya.
HUTANG NYAWA PERLU DIBAYAR NYAWA!
DIA INGIN SOO-HYUN MATI DI TANGAN AHLI GOLDEN M.

Dan sasaran keduanya adalah Ji-Ah.
Ji-Woo kian berubah ketika dia dan Ji-Ah menjalani hubungan cinta.Ji-Woo mula menentang kekarasan dan itu telah membangkitkan amarah Tuan Kim.Begitu juga dengan Yo-Jun.Sebelum ini dia pernah menugaskan Yo-Jun untuk membunuh Ji-Ah namun Yo-Jun sering kali menangguhkannya.Dengan kata lain,Yo-Jun sudah mula menjadi LEMAH di mata Tuan Kim kerana dia telah jatuh cinta kepada Ji-Ah.Dan hari ini dia membuat keputusan.Yo-Jun dan Ji-Woo patut MEMBUNUH dua wanita itu secara serentak!
Baginya ahli Golden M dan jejaka yang berguna seperti mereka tidak patut LEMAH DAN MUDAH DIARAH oleh wanita kerana itu adalah satu perkara yang memalukan!

"Aku tidak peduli apa alasan kamu berdua.Mereka berdua seharusnya MATI DI TANGAN KITA!"Pisau dibaling tepat ke arah gambar Ji-Ah dan Soo-Hyun.
"Lihat disana! Mereka seharusnya MATI!!"satu das tembakan dilepaskan ke arah orang suruhannya.
"Seperti mana jejaka ini kehilangan nyawa."jelas Tuan Kim.Lelaki tersebut rebah tak bermaya.Yo-Jun melangkahkan kakinya sedikt kehadapan dengan hasrat ingin membantu.Akan tetapi,Ji-Woo menarik tangannya perlahan.Sedikit "hint" diberikan.Yo-Jun menelan air liurnya kasar.Tuan Kim yang tadinya masih duduk di kerusi pengurusi berlalu meninggalkan Yo-Jun dan Ji-Woo di dalam bilik itu.

Selepas kelibat Tuan Kim tidak lagi kelihatan Yo-Jun dan Ji-Woo terus menuju ke arah jejaka itu.
"Gwaenchanayeo?"Ji-Woo bertanya perlahan.
"Gwaenchana?! Yah! Neo Micheosseo!! He need some help!"bentak Yo-Jun.
Ji-Woo terus memanggil doktor peribadinya.

Apabila doktor itu sampai Yo-Jun dan Ji-Woo memberikan ruang masuk untuk doktor itu.Setelah sekian lama,pemeriksaan akhirnya selesai.
"Ottokeyeo?.Dangshin Jigeum Gwaenchanayeo?" tanya Yo-Jun kepada jejaka itu.Dia hanya mengangguk sambil menahan kesakitan setelah ditembak di bahagian perut.

"Gokjonghajimahassayeo.Geusaram Jigeum Gwaechanayeo."terang doktor itu.
"Does any effect will happen after this?"kali ini Ji-Woo pula yang bertanya.
"Jigeum anigeolgattaeyo.Han shigan Gidarijusseyeo."
doktor itu menepuk bahu Ji-Woo sebelum tunduk kemudiannya berlalu pergi.
"Kau rehat saja disini.Tiada siapa yang bakal menghalaumu dari bilik ini.Tidak akan.Aku juga tidak membenarkan sesiapa masuk untuk sementara waktu. Termasuk appa.Jadi jangan risau."jelas Yo-Jun.Dia kemudiannya keluar.Ji-Woo menyusul selepas Yo-Jun.

"Kim Yo-Jun!!" hampir bergema bilik itu ruangan itu apabila Ji-Woo memanggil nama Yo-Jun.
Yo-Jun menoleh.Ji-Woo masih lagi kekal dalam posisi yang sama.Iaitu memegang bahunya.Sedar tentang itu Yo-Jun lansung menepis tangan Ji-Woo.Mungkin dia masih berasa jijik.Entah kenapa.
"Wae? Kau memanggilku seperti kita berdua sahaja yang sedang ada disini."jelas Yo-Jun.Mukanya selamba saja.Tidak bersalah ataupun marah.
"Jangan melukai Ji-Ah.Itu saja permintaanku."jelas terpancar kerisauan di wajah Ji-Woo.

"Jika aku tidak membunuhnya.Kau tetap akan meragut nyawa Soo-Hyun.Jadi apa gunanya aku membiarkan Ji-Ah hidup?.Kau berfikir bahawa Ji-Ah boleh meneruskan hidupnya tanpa Soo-Hyun? Kau salah.Kau tahu mengapa? Kerana dari dahulu lagi kau tidak pernah berfikir tentang hatinya.Kau hanya seorang jejaka yang jatuh cinta kemudian dihancurkan hanya kerana sebuah hasutan dari orang atasanmu.Sebelum kau memutuskan hubungan dengan Ji-Ah pernahkah kau berfikir tentang perasaannya.Aku yakin tidak.Kerana apa? Kerana kau tidak berpendirian.

Aku pernah mencintai Soo-Hyun.Akan tetapi dia telahpun memilihmu.Walau hati terasa SAKIT aku MELEPASKANNYA.Kerana aku mahu dia bahagia.Tapi apa yang telah kau lakukan? Kau hanya melukakan hatinya.Dia telah memilih orang yang salah.Dan tanpa pengetahuanmu dia masih menyimpan perasaan cinta yang seharusnya kian lama pudar."Yo-Jun menahan dirinya dari menggunakan kekerasan.

"Kau juga tahu appa orang yang bagaimana bukan?"Ji-Woo sememangnya mati kata.Siapa saja yang tidak kaku apabila orang terdekat dengan kita bakal terancam? Itulah perasaan Ji-Woo.
"Jika appa menyuruhmu membunuh anak dari hasil perkhawinanmu suatu hari nanti, adakah kau akan membunuhnya? Jadi fikirkanlah! Jangan memberitahu aku bahawa aku telah mengatakan sesuatu yang berbeza kerana mereka sama sahaja.
MEREKA ADALAH MANUSIA YANG TIDAK SEPATUTNYA DIPERSALAHKAN DALAM HAL INI"bertalu-talu cacian yang diberikan oleh Yo-Jun.

Mungkin kerana dia sudah terlalu lama memendam semuanya.Perasaan marah,kecewa atas semua yang terjadi.TIDAK ADIL.Mungkin itu yang ada dalam fikurannya selama ini.Kedua-dua ibu mereka juga telah dikianati oleh Tuan Kim.Dengan bersusah payah,akhirnya sekarang Yo-Jun dan Ji-Woo telah menjadi seorang yang berguna.Tapi tetap saja.Tiada apa yang mampu mengubah perangai appanya.Kini,suasana berubah sunyi.Ji-Woo dan Yo-Jun hanya bertentang mata.Tiada satu kata pun yang diungkapkan.Mereka seakan sedang bertukar maklumat dengan satu sama lain.

"Jangan melakukan apa-apa."Yo-Jun berbicara dengan nada yang perlahan.Suaranya menggambarkan hatinya.Kosong.Tidak bermaya untuk melawan lagi.
"Kita perlu bergantung kepada keadaan"Ji-Woo mengeluh.
"Keadaan?.Jika kau menyentuh Ji-Ah aku tidak teragak-agak untuk MENGHAPUSKAN NYAWA Soo-Hyun!!."bentak Yo-Jun.Langkah besar diambil untuk meninggalkan bilik itu.

Bilik tingkat 35.Sangat tinggi bukan?.Pasti hairan kerana itu hanyalah sebuah restoran dan hotel.Jika seseorang itu membina hotel pastinya tinggi.Namun tidak untuk Golden Palace ini.Ianya tidak seperti Bright Castle yang menerapkan tema seperti penthouse.Tuan Kim mempunyai alasannya sendiri mengapa ianya tidak dibina sekaligus melainkan satu persatu.Angka 35.Tuan Kim pernah memberitahu ahlinya dia menginginkan Golden Palace menjadi saksi tentang kejayaannya dalam melakukan jenayah.Pastinya ngeri sehingga bulu roma menegak!

Masih ingat tentang rekod jenayah Ji-Woo dan Yo-Jun? Jumlah semuanya termasuklah rekod jenayah Tuan Kim ialah 35 rekod jenayah lampau.Dan percayalah daripada dua tingkat pertama bangunan itu kian bertambah hingga tingkat 35 bagi melambangkan setiap jenayah yang dilakukan!
Beberapa tahun yang lepas Tuan Kim pernah memberitahu ayah Soo-Hyun bahawa dia ingin menambahkan ruang Golden Palace untuk kegunaanya.

Dan ketika itu ayah Soo-Hyun hampir menjadi mangsa! Namun hasrat itu terpendam.
Kini,dia menyasarkan Ji-Ah dan Soo-Hyun.Bermakna dengan KEMATIAN Soo-Hyun dan Ji-Ah dia boleh menambahbaikan Golden Palace dengan menambah dua tingkat lagi sehingga menjadi 37 tingkat kekal.Mengapa harus 37?. Hal ini kerana, dia meminati nombor 37 sedari dia dibangku sekolah lagi.
ALASANNYA JUGA TIDAK MASUK AKAL!!

"Aku akan membuat rekod baharu.Sehubungan dengan itu,beberapa orang perlu dikorbankan."Kim Sae-Jin tertawa besar.
PERASAAN PUAS KIAN MUNCUL DI HATINYA.

to be continued....


LOVING YOU (complete)✓Where stories live. Discover now