"FIND ME IN YOUR MEMORY" 1

0 0 0
                                    

"Hal ini sememangnya jarang berlaku. Ianya hanya berlaku kepada 20% pesakit yang pernah dirawat di sini." Puan Mi-Oh memaklumkan Soo-Hyun dan
Puan Shin tentang keadaan Ji-Ah.

"Arghhh! Wae?! Kenapa aku tidak bisa mengingati semua hal yang telah berlaku sebelum ini!! "Ji-Ah memukul kepalanya berkali-kali dengan harapan dia boleh mengingat kembali peristiwa yang pernah berlaku sebelum ini.

"Ji-Ah yah, jangan memaksa dirimu, tenanglah,kau dalam keadaan selamat..Aku rakanmu..Kita sudah lama berkenalan."Soo-Hyun berusaha sedaya upaya untuk menenangkan rakannya itu.
"Tinggallah di rumah eomma setelah kau keluar nanti Ji-Ah yah."Puan Shin sudah biasa menggelar dirinya eomma ketika berbual dengan Ji-Ah.Hubungan Ji-Ah dan Ji-Woo telah bertahan dengan lamanya membuatkan sang ibu ini membuka hatinya untuk membiarkan si gadis memanggilnya eomma.Bagi Puan Shin, Ji-Ah itu sudah seperti anak perempuannya begitu juga dengan Soo-Hyun.

     | SETELAH SEMINGGU PULANG KE RUMAH |

"Eomma, aku berasa bosan duduk dirumah setiap hari."Ji-Ah mengatakan suara hatinya.
"Pergilah berjalan-jalan di luar untuk menenangkan hatimu."Puan Shin membalas lembut.
"Aku ingin melanjutkan pelajran di luar negara."Ji-Ah memberitahu hasratnya.
"Boleh saja sayang,eomma akan melakukan apa-apa sahaja untukmu."Puan Shin memeluk Ji-Ah erat.

                     | SEBULAN KEMUDIAN |

Hari ini genap sebulan Ji-Ah melanjutkan pelajaran di luar negara.Ingatannya masih belum pulih.Dia tidak memikirkan hal itu sebaliknya meneruskan rutin seperti biasa.Ji-Ah adalah salah satu mahasiswa yang sangat terkenal di University Hanyang,Korea.Seorang gadis yang cantik,peramah,bijak dan rendah diri.Siapa saja yang tidak mengiinginkan kekasih seperti ini?.Ramai yang telah mengoda Ji-Ah tetapi tiada satupun yang menepati cita rasanya.Dia juga tidak tahu mengapa.Di universiti itu hanya seorang jejaka yang membuatkan Ji-Ah ingin tahu.."Kim Yo-Jun"..
Namanya juga sudah membuatkan kita berasa ingin tahu.Yo-Jun hanya seorang jejaka yang biasa saja.Tiada apa yang menarik mengenainya.Tetapi bagi Ji-Ah,Yo-Jun bebeza dari semua jejaka yang pernah dia kenali.

"Kim Yo-Jun....Aish...Jinja!! wae??!"Nama Yo-Jun asyik terngiang-ngiang di kepala Ji-Ah.Dia begitu bingung sedangkan Yo-Jun hanya berada di sebelahnya...

Ji-Ah memandang Yo-Jun.Mereka berdua bertentang mata.
"Patutkah aku berkenalan dengannya?"bisik Ji-Ah dalam hati.
Dia memulakan perbualan.
"Yo-Jun ssi,adakah kau tidak keluar untuk rehat?"Ji-Ah mengetap bibirnya risau.
"Aku tidak mempunyai wang."Yo-Jun membalas dingin.
"Hmm,aku ada membawa duit lebih."Ji-Ah menghulurkan duitnya.
"Tidak mengapa."Yo-Jun berlalu pergi meninggalkan Ji-Ah yang kini seorang diri di dalam kelas.
"Dia sememangnya dingin"Ji-Ah secara spotan meninggalkan kelas apabila mengetahui masa rehatnya hanya tinggal 10 minit lagi.

Berlainan pula dengan Ji-Woo. Dia mula merindui saat-saat bahagianya bersama Ji-Ah.Masih ingat akan peristiwa hitam itu? Ji-Woo lansung tidak ke hospital untuk melawat dan memeriksa keadaan Ji-Ah.Selepas mendengar leteran ibunya dia hanya menutup panggilan telefon dan memilih untuk keluar bertemu rakannya yang lain.

Dan apa yang sedang berlaku kepada Ji-Ah adalah dia sempat untuk rehat mahupun makan hanya kerana masa rehatnya telah habis begitu saja.
Dia berasa sangat menyesal kerana menegur Yo-Jun  dan itu telah membuatkan masa rehatnya habis begitu saja..
"Ahhh! Jinja!! Aku tidak tidak patut membuang masa untuk menegurnya! Hanya kerana itu aku tidak mempunyai masa untuk berehat."Ji-Ah memutar matanya menandaka kemarahan membara di dalam hati wanita ini.
"Kau sedang membicarakan tentangku hanya kerana kau tidak mempunyai waktu rehat."Yo-Jun membalas leteran Ji-Ah dan melanggar bahunya tanpa meminta  maaf melainkan terus fokus ke hadapan dengan mukanya yang dingin.

To be continued......

LOVING YOU (complete)✓Where stories live. Discover now