"OUR DIFFERENT HISTORY" 1

2 0 0
                                    

Jam menunjukkan pukul 12:00 tengah malam.Aku memandang muka Yo-Jun dengan penuh harapan.Dengan harapan dia akan membuka hatinya untuk menjawab persoalanku.

"Apa yang kau ingin bincangkan?"tanya Yo-Jun lembut.Sekarang aku dan dia benar-benar sedang bertentang mata.Perasaaanku bercampur baur.Sedih,ingin tahu dan takut.Semuanya datang dalam satu masa yang sama.
"Apa hubungan aku dan Ji-Woo sebelum ini? Mengapakah kami berdua berpisah?"suaraku bergetar menandakan aku juga tidak pasti sama ada ini adalah masa yang sesuai untuk aku bertanyakan hal ini.
Yo-Jun menundukkan mukannya sedikit daripada posisi yang asal.
"Perlukah kau mengetahui hal ini?"tanyanya.Sejujurnya aku juga tidak tahu.Tapi hati aku sering berbisik bahawa aku perlu mengetahui hal ini.

"Tidurlah,hari sudah lewat malam.Aku akan menjelaskan kepadamu di esok hari."Belun sempat aku menghalangnya dia sudah pergi meninggalkanku di dalam bilik yang luas ini seorang diri.
Boleh dikatakan dia sedang mengelak daripadaku.Aku hairan.Aku juga berfikir sejenak.Adakah aku telah menyingung perasaannya?Atau dengan erti kata lain dia berasa kurang selesa,sedih dan kecewa dengan persoalanku? Aku bingung memikirkannya.Selimut ditarik hingga ke paras dada sebelum aku kemudiannya melabuhkan badan di atas katil yang empuk.Hal ini masih belum selesai tetapi apa yang jadi pada hari ini telah membuatku letih dan tidak bermaya.Mata ditutup perlahan.Dan akhirnya aku lena bagaikan puteri yang telah tidur di tempat yang sepatutnya.

Yo-Jun yang tadinya sibuk menyelesaikan kerjanya yang masih belum siap kemudiannya bangun untuk memeriksa keadaan Ji-Ah.Pintu dibuka perlahan.Di depan matanya Ji-Ah sedang tidur dengan lena.Tanpa disedari air mata machonya mengalir deras.Muka diraup perlahan.Dalam masa seminggu lagi mereka akan kembali ke universiti.Hari ini hari Ahad.Ini bermakna mereka akan pulang pada pagi esok.Dua tahun.Itu kedengaran lama namun sebenarnya amat singkat bagi Yo-Jun.Hati juga seperti dihancurkan apabila mengenangkan apa yang dikatakan oleh appanya.

Masih ingat kenapa hubungan Ji-Woo dan Ji-Ah putus di tengah jalan?..Ya!! Tepat!! Bagi Encik Kim Ji-Ah dan Ji-Woo tidak sepadan.Dia telah memaksa Ji-Woo untuk memutuskan hubungan dengan Ji-Ah di hadapannya.Dengan rasa serba salah Ji-Woo membuat panggilan telefon dan mengatakan bahawa dia ingin berpisah dengan Ji-Ah.Dan diasaat semua itu terjadi tanpa pengetahuan ibu kandung dan ibu tirinya Yo-Jun berada disitu.Menjadi saksi dia atas semua yang terjadi.Peristiwa itu telah membuatkan hidup Ji-Woo berubah sekelip mata seperti lilin yang menerangi diasaat terputusnya elektrik namun ianya bertukar menjadi kegelapan apabila ditiup oleh penggunanya.

Yo-Jun juga mengetahui bahwa Ji-Ah telah hilang ingatan.Ayahnya adalah seorang yang berpengaruh besar di  Seoul.Terdahulu,semasa Ji-Woo masih mempunyai hubungan dengan Ji-Ah,ramai yang menghujat mereka.Oleh kerana itu,Encik Kim menyuruh Yo-Jun belajar di universiti yang sama dengan Ji-Ah.Tujuannya adaalh untuk MEMBUNUH Ji-Ah.
"Kamu anak appa.Meski anak luar nikah,aku lebih mengharapkanmu.Tahu kenapa?Kerana kau tidak lemah sepertinya."kata-kata itu menjelma di dalam fikiran Yo-Jun.

Perlahan-lahan Yo-Jun mendekatkan tubuhnya dengan Ji-Ah.Memeluk Ji-Ah yang kini dalam dakapannya dengan lembut.Satu ucapan dibisikkan di telinga Ji-Ah yang sedang tidur nyenyak.
"Sweatheart I love you,and I'm sorry.You deserve better"bisik Yo-Jun perlahan.
Fikiran Yo-Jun melayang.Dia masih ingat.Pada hari pertama dia dan Ji-Ah bertemu di universiti mereka sempat bertikam lidah.Sewaktu itu dia belum memiliki apa-apa perasaan yang kukuh terhadap kekasihnya ini.Tanpa dia sedari,Ji-Ah telah mencairkan hatinya.Bukan kerana tugasan itu namun atas dasar cinta.Dan kini dia mula memahami mengapa Ji-Woo merasakan perpisahan itu amat berat untuk dirinya.

"I love you.I will protect you no matter what will happen"Yo-Jun memandang muka Ji-Ah.Perasaannya bercampur-baur.Marah,kecewa dan risau.Semuanya ada.Dan kini tindakannya adalah salah satu risiko.Jika appanya mengetahui hal ini,mereka mungkin akan diancam bahaya.Mungkin juga akan berlaku pertumpahan darah yang bakal membentuk peristiwa hitam yang menghantui tiga buah keluarga ini.

to be continued.....

LOVING YOU (complete)✓Where stories live. Discover now