bab3

70 7 0
                                    

"Ahhhh"

Adam yang terkejut dengar jeritan Jelita cepat - cepat berlari ke arah Jelita .

"Ya allah Jelita kenapa ni ?" darah merah mengalir pekat dari jari Jelita .

" Sorry Jelita. I betul - betul tak sengaja, I cuma nak tolong you je ." Farha meminta maaf akan tetapi senyum sinisnya diukir .

Jelita tahu Farha sengaja menjatuhkan gelas kaca itu di atas tangan Jelita tapi dia malas mahu membesarkan hal itu . Farha tidak akan pernah mengaku .

"Takpelah Farha sikit je ni"

"Sikit kau kata , besar tau luka kau ni . Kau tak nampak ke tangan kau luka . Eh Farha , kau tak boleh nak hati - hati ke hah ? Kau bukan nya umur 2 tahun tak pandai nak pegang gelas." Adam memarahi Farha .

"Eh Adam you ni kenapa eh ? I dah kata kan I tak sengaja."

"Jelita , Adam kenapa ni ? Ya allah Jelita apa dah jadi ?" tanya encik Johan .

" Takda apa lah walid , gelas kaca terjatuh atas tangan Jelita itu yang berdarah ni". Jelita menjawab pertanyaan walidnya tanpa menyalahkan Farha .

"Ini hah walid, si makeup tebal ni , dia yang jatuhkan gelas kaca tu . Tak pasal pasal terkena tangan Jelita ni." Adam cuma menerangkan hal sebenar.

Jelita ketawa mendengar gelaran yang diberikan oleh Adam untuk Farha . "Takda apa lah walid sikit je ni. Adam kau tolong balutkan jari aku ni."

"Ish I dah kata kan I tak sengaja" Farha membela diri .

"Sudahla tu Farha kalau kamu tak tahu buat kerja rumah tak perlu la duduk di dapur ni mari kita ke depan." seru Encik Johan , sedikit marah anak tunggalnya disakiti.

"Eh perempuan tu , kalau aku tampar pipi tu berjerebu rumah kau ni." ujar si Adam . Mulutnya tidak berhenti bebel daripada tadi .

" Sudah la tu Adam mungkin dia betul - betul tak sengaja . Kau ni dari tadi asyik membebel kau tak penat ke ? Aku ni dari sakit jari boleh sakit telinga tau ."

"Tak sengaja kau cakap ? Ini bukan kali pertama tau dia buat kau cedera. Alasannya sama setiap kali , tak sengaja , tak sengaja .Kau jangan nak bagi muka kat dia sangat boleh tak ? Macam mana lah kau ni , aku baru tinggal kau sekejap tau , dah luka sana sini , kau memang tak boleh hidup tanpa aku kan ?"

" Eh kau ni jangan nak perasan lebih la , kau nak tinggal aku pergi mana ? Pergi dekat Syahida ke ?"

"Ish kau ni tak perlu la nak sebut nama dia , dia kan kawan kita je , kau je yang ada dalam hati aku. Ha apa kau jealous dengan Syahida , HAHAHAHHAHAHAHAH ."

"Eh takda masa lah aku nak jealous dengan dia"

"Ya lah ya lah Jelita , kau mana pernah jealous perempuan lain dekat dengan aku" ada bunyi rajuk di situ

"Kau kan kawan baik aku dunia akhirat, apa buat kau happy aku happy lah" senyuman paling manis Nawal Jelita ukirkan buat Jebat Adam .

"Hmm ya lah . Sini lah aku sambung buat air ni . Jelita apa kata kita letak garam dalam air Farha nak ?"

"HAHAHAHHAHAHAHAHH eh Adam kau ni tak baiklah , orang buat jahat kita jangan balas dengan jahat." pesan Jelita

"Baiklah ibu" tangan nya naik di dahi menunjukkan tabik hormat kepada Adam lalu dahinya di jentik si Jelita .


Jelita mengeluh lega apabila Aunty Saliha dan keluarganya sudah pulang . Tidak betah dia duduk satu ruang dengan si Farha tu . Ada sahaja benda yang menyakiti hati nya .

Sejak kecil Farha memang cemburu akan kehidupan Jelita . Farha kehilangan ayahnya sejak dia berumur 5 tahun . Ibu bapanya berpisah dan ayahnya tidak pernah datang menjenguk Farha dan Fakhri .

Oleh itu dia cemburu akan Jelita kerana Jelita mempunyai seorang ayah yang menyayangi nya sepenuh hati . Encik Johan sentiasa memenuhi kehendak Jelita maklumlah seorang itu sahaja anaknya yang dia ada .

"Jelita aku balik dulu la, aku tak siapkan lagi kerja addmath aku ." Adam berura- ura keluar rumah .

"Adam !" panggil Jelita

" Ya Jelita , kenapa ?"

"Aku mintak maaf kalau aku ada buat salah dengan kau pagi tadi."

" Oh takda apa lah Jelita , aku mana boleh merajuk dengan kau lama - lama , nanti aku rindu ." ubun - ubun Jelita digosok kasar sehingga serabai rambutnya , hidung Jelita di cuit sebelum dia berlari ke rumah nya disebelah .

"Jumpa kau esok" jerit Adam tanpa menoleh ke arah Jelita .

Tanpa disedari senyuman manis Jelita terlakar di bibirnya. Ayat Adam kembali terngiang "nanti aku rindu" . "Ah apa Adam buat pada aku ni" monolog Jelita .

Jelita berlari memasuki biliknya . Lampu bilik Adam sudah menyala , Adam pasti sedang menyiapkan kerja rumahnya . Sekali
lagi senyuman dibibir Jelita terlakar .

Jelita merebahkan badannya di atas katil "Ish Adam harini 2 kali kau buat aku gila." Jelita meletakkan mukanya di atas bantal , dia menjerit sekuat hati manakala kakinya dihempas berkali - kali di atas katil . " Ah malu nyaa ." "nanti aku rindu" . 3 perkataan itu sahaja sudah mampu membuat si Jelita blushing .

Destiny's willWhere stories live. Discover now