bab9

63 8 0
                                    

Jelita bangun bersiap awal pagi lagi . Excited mahu keluar dengan Adam hari ini . Berselerak baju di atas katilnya , semua baju telah dia cuba tapi semua nya nampak tidak sesuai .

" Ya Allah Jelita , apa yang Jelita buat ni . Habis bersepah bilik . Kamu nak pergi keluar dengan Adam sahaja . Bukannya nak pergi event besar - besar ." Puan Suha menggelengkan kepala melihat bilik anak daranya sudah bertukar seperti kapal pecah. Baju dan seluar bersepah sana sini .

" Jelita tak jumpa baju yang sesuai lah bonda . Adam tak bagitau Jelita pun dia mahu bawa Jelita keluar pergi mana . Macam mana kalau baju Jelita pakai tidak sesuai dengan tempatnya ." Jelita mengadu . Kepala nya sudah runsing memikirkan baju yang hendak dipakai . Biliknya yang bersepah tidak dia hiraukan . Yang penting dia mahu nampak cantik hari ini.

" Pakai sahaja lah apa yang kamu ada . Cepat bersiap . Kesian Adam kalau dia tunggu lamu lambat bersiap . Entah - entah ditinggal nya kamu nanti ." Puan Suha mula mengugut anak gadisnya .

" Bonda ni bukan mahu tolong Jelita . Menakutkan Jelita lagi adalah ." muncungnya ditarik .

Akhirnya , Jelita hanya mengambil sehelai tshirt sleeveless putih dan seluar jeans biru  laut . Dia bergerak ke kamar mandinya untuk mandi dan bersiap.

Mukanya diconteng dengan sedikit makeup , rambutnya digayakan dengan messy bun . Dia sudah siap sekarang hanya tinggal menunggu Adam sahaja . Apabila sudah berpuas hati dengan penampilannya, Jelita bergerak turun ke bawah.

***

Semasa menuruni tangga , Adam sudah ada dibawah menunggu Jelita .

" Ha itu pun Jelita sudah turun . Lambat betul anak dara ini bersiap." Encik Johan memerli si Jelita . Sempat juga dia berbual dahulu sebentar bersama Adam.

Adam mendongak memandang Jelita . Jelita memakai tshirt putih bersama varsity bomber jacket berwarna navy blue dan dipadankan dengan seluar jeans biru laut . Rambutnya digayakan dengan messy bun . Terdapat sling bag kecil berwarna putih dan cap navy blue di tangan Jelita .

Kebetulan pula mereka memakai oufit yang agak sama . Adam memakai tshirt berwarna putih dan dipadankan dengan seluar jeans biru laut . Tidak lupa juga cap berwarna biru laut dikepalanya .

Jelita mendekati Adam . " Wah tengok lah kita , kita macam ada telepathy la ." Tangan nya diangkat mahu high five dengan Adam .

Adam yang mendengar itu hanya tersenyum menampakkan lesung pipitnya yang dalam itu.

" Jom la Jelita . Kami pergi dulu walid . Insyaallah sebelum pukul 10 Adam bawa pulang Jelita ." Tangan Encik Johan di salam nya .

" Baiklah , hati - hati , jangan balik lewat sangat." Encik Johan sempat berpesan. Anaknya yang kelihatan teruja itu disalam dan dipeluk sayang .

***

Sampai sahaja di luar rumahnya , Jelita ternampak sebuah vespa . " Eh motor siapa ni Adam ? Aku tak pernah nampak pon ." suara halus itu bertanya .

Adam hanya sengih , kepala yang tidak gatal digarunya . " Aku pinjam dari kawan aku ."
Vespa sym tuscany 1500cc itu dipegang . Hakikatnya , semalam balik sahaja dari rumah Jelita , Adam beria meminta daddy nya membelikan dia sebuah motor untuk membawa Jelita keluar berjalan pada hari ini .

Dato' Ardi yang mendengar permintaan anak tunggalnya itu, pastilah dia turuti . Itu yang pagi tadi assistant daddynya datang menghantar vespa tersebut .

" Er kau boleh bawa ke motor ni Adam ?" Tanya Jelita , kurang yakin dengan Adam. Dia tidak pernah lihat lelaki itu membawa motor .

" Eh of course la . Kau kena percaya aku ." Helmet diambil lalu disarungkan dikepala Jelita . " Messy sikit la rambut kau nanti ya ."

Destiny's willWhere stories live. Discover now