" Apa ni walid , tahun ni Jelita dah form 5 dah , takkan Jelita nak pindah sekolah tahun ni."
" Walid minta maaf Jelita , syarikat Uncle Johari di London ada masalah , walid kena tolong abang walid . Sekejap sahaja Jelita , bila hal di sana dah selesai kita balik ke Malaysia semula ." Encik Johan cuba menerangkan situasi sebenar.
" Apa kata kalau Jelita tinggal dekat sini je . Walid dengan bonda boleh pindah London . Jelita boleh tinggal di rumah Adam . Parents Adam mesti setuju . Jelita taknak tinggal kan kawan Jelita . Jelita taknak tinggal kan Adam ." Jelita cuba memujuk walid dan bonda . Air matanya tumpah jua akhirnya .
Encik Johan dan Puan Suha memandang sesama sendiri . " Jelita sayang , kita pergi sekejap saja , Jelita kan anak tunggal bonda dan walid . Macam mana kami nak tinggal kan anak perempuan kami di sini ." Puan Suha cuba memujuk .
"Walid tak boleh ke tangguhkan dulu . Jelita nak habiskan sekolah kat sini dulu . Please walid , Jelita merayu."
" Walid mintak maaf Jelita , tapi Uncle Johari betul betul perlukan walid sekarang ."
Tangisan Jelita sudah tidak dapat dibendung lagi . Tangisan nya memenuhi ruang tamu rumah itu.
"Abang mintak maaf Suha , abang dah kecewakan anak kita ."
" Takpa abang , Jelita masih terkejut tu nanti lama - lama dia mesti faham . Nanti pandai la saya jelaskan pada Jelita ." terang Puan Suha sambil mengusap kepala anaknya yang sudah ketiduran di riba nya .
Suasana makan malam pada saat itu agak hening, masing - masing tidak berani bersuara . Jelita hanya menguis nasi di hadapannya . Seleranya sudah mati .
"Bonda , Jelita nak pergi rumah Adam sekejap boleh ke?"
"Pergi lah sayang."
Batu kecil di ambil lalu dilempar ke tingkap bilik Adam . Sudah menjadi sinonim untuk mereka , begitulah cara mereka memanggil masing - masing dengan membaling batu - batu kecil ke tingkap bilik .
"Jelita kau buat apa kat rumah aku ni malam malam ?" laung Adam dari tingkap bilik nya .
"Adam , kau turun la sekejap , aku nak jumpa."
Sampai saja di gazebo rumahnya.
" Jelita , kau menangis ? Kau kenapa ? Kau sakit ? Tangan kau yang haritu tak baik lagi ?" tangan Jelita di ambil lalu dibelek - belek ." Adam." Jelita tidak mampu berkata- kata , hanya tangisannya yang didengari .
" Ya Jelita , aku dekat sini . Kau kenapa ? Siapa buat Jelita aku ni ?"
Jelita masih diam , tiada kata - kata yang mampu diluahkan .
Adam menggosok kepala Jelita , hanya itu yang mampu dia lakukan . Kalau ikutkan hati hendak saja dia memeluk Jelita tapi dia sedar akan batas mereka .
" Menangislah Jelita , I'm here , aku ada dekat dengan kau ." Melihat Jelita menangis hatinya juga ikut sakit .
Mendengar kata Adam itu membuatkan tangisan Jelita semakin kuat . Ya , Adam masih ada dengannya , tapi macam mana apabila dia pindah nanti . Dia tidak dapat bayangkan dia terpaksa meninggal kan Adam nanti .
Apabila tangisan Jelita sudah reda, Jelita meminta untuk pulang ke rumahnya . Dia belum bersedia untuk berkongsi khabar duka itu bersama Adam .
Adam menghantar Jelita ke rumahnya . " Kau jangan sedih - sedih lagi Jelita , muka kau buruk kalau kau menangis . Aku tak suka tengok."
Kepala Jelita kembali digosok ."Kau masuk rumah dulu okay . Esok pagi aku tunggu depan rumah kau ."
Apabila sudah memastikan Jelita sudah masuk ke rumahnya , Adam berjalan pulang ke rumahnya . Kepala nya ligat memikirkan Jelita . Dia tidak tahu kenapa Jelita menangis seteruk itu .
Pagi itu , seperti janjinya , Adam menunggu Jelita di pintu rumahnya . Air kotak susu dutch lady perisa strawberi itu digenggamnya .
" Nah untuk kau ." Adam menghulurkan air kotak tersebut kepada Jelita setelah Jelita menapak mendekatinya .
"Thank you Adam." Senyuman dibibir diukirkan buat Adam .
"Ha kan cantik tu senyuman Jelita aku ni . Baru lah semangat nak pergi sekolah harini ." usik Adam .
"Jom Adam kita gerak pergi sekolah."
Waktu rehat
" Eh Hana , Jelita mana ?" tanya Adam
" Jelita tak turun rehat harini Adam , dia tak lapar katanya . Aku dah puas pujuk ."
" Oh takpa lah macam tu aku pergi jumpa Jelita kejap ." Adam bangun dari kerusinya .
" Adam nasi lemak awak belum habis lagi ." Syahida cuba memegang tangan Adam.
" Takpa , Jelita lagi penting , dia pun belum makan ." ayat Adam membuatkan Syahida menarik muka .
Sebelum naik ke kelas Jelita di tingkat dua , Adam sempat membeli sandwich dan juga air kotak dutch lady perisa strawberry untuk Jelita .
Adam mendekati Jelita yang meletakkan kepala nya di atas meja lalu dia juga turut meletakkan kepala nya bertentangan Jelita .
Jelita merasakan ada pergerakan di sebelahnya . Apabila dia membuka mata , dia melihat Adam tersenyum manis ke arahnya.
"Eh Adam , kau tak rehat ke ? Apa kau buat kat sini ?"
Roti sandwich dan air kotak dutch lady dihulurkan buat Jelita . " Kau makan la dulu roti ni , aku ada belikan."
Layanan Adam berjaya membuat mata si Jelita bergenang . Bila lagi dia dapat merasakan layanan seperti ini daripada Adam . Dia pasti dia akan merindui lelaki ini .
Dalam keadaan sedih , dia mengunyah roti tersebut , dia patut menghargai layanan Adam kerana entah bila dia dapat merasakan layanan yang sama lagi .
" Kau dah makan , Adam ?"
Adam tersengih seperti kerang busuk " Aku beli nasi lemak tadi tapi tak sempat habiskan ."
"Kau ni Adam , kau selalu dahulukan aku dalam semua hal ." separuh lagi roti dihulurkan kepada Adam .
Roti di tangan Jelita disambut . "Aku kan sayang kau Jelita . Kau kan kawan baik aku ."
Kata - kata itu mampu membuatkan Jelita kembali tersenyum . " Ya betul lah tu."
Kringgggg
"Loceng dah bunyi dah tu Jelita . Aku balik kelas dulu tau . Jangan sedih - sedih . Balik nanti tunggu aku dekat garaj basikal tau . Harini aku balik dengan kau ." kepala Jelita digosok lalu kaki bergerak kembali ke kelasnya.
" Ish Adam ni ingat aku ni kucing ke selalu gosok kepala aku." gumam Jelita . Mulut katakan tidak suka tapi hati sebaliknya ,
Jelita akui dia suka diperlakukan seperti itu .
YOU ARE READING
Destiny's will
Science FictionSeperti anjing dan kucing bila bertemu tetapi bila salah seorang tiada hati pasti merindu . Sudah bersama selama 17 tahun , apa nasib Nawal Jelita bila dia terpaksa berpisah dengan separuh jiwanya , Jebat Adam ? Adakah jarak juga cuba untuk memis...