bab12

54 5 0
                                    

Lenanya diusik . Dia dapat rasakan ada bulu-bulu halus bermain di wajahnya diiringi dengan suara berbisik . Matanya dibuka perlahan-lahan dan dia dapati terdapat dua figura dihadapannya . Siapa lagi kalau bukan Arden dan juga Adeline.

"What are you guys doing?" Matanya dikelip cuba untuk menyamai sinaran lampu dibiliknya.

"Wake up Jelita, it's dinner time. Semua orang dah tunggu awak." Adeline senyum menampakkan barisan giginya yang putih itu.

"Thank you guys.Let me get my shower first. Nanti saya turun." Jelita bangkit dari katil nya dah menuju ke bilik air.

"See ya." Ujar Arden sebelum menutup pintu bilik Jelita.






Suasana di meja makan riuh rendah dengan perbualan antara Encik Johan dan abangnya .

"Jelita , kamu nak start sekolah bila ?" tanya Encik Johari di hujung meja makan.

"Maybe dalam dua atau tiga hari. Can I?"

"Ouh boleh je . Uncle dah uruskan sekolah untuk Jelita dah . Kamu tinggal hadir ke sekolah sahaja."

"Thank you uncle , uncle memang terbaik." Jelita lemprkan senyuman.

Selesai sahaja makan malam pada waktu itu , seluruh keluarga itu berehat di ruang tamu. Banyak hal yang dibualkan lebih – lebih lagi mengenai syarikat uncle nya yang sedang dilanda masalah.

Jelita hanya berdiam diri mendengar perbualan itu , tidak ikut berbual .Tidak faham dengan selok – belok syarikat uncle nya itu .

"Arden , what do you do for living now?" Puas sudah berdiam diri , Jelita memulakan perbualan.

"Just a small business, little girl." Arden menjawab.

"Small business huh ? He owns a motorsport company . That is huge big boy." Adeline menjawab bagi pihak abangnya .

"You own the company ?" Jelita yang terkejut dengan jawapan yang diberikan kembali bertanya .

"It's just a small company, Jelita . Not the ones you saw on television." Arden cuba merendah diri . Walaupun syrikatnya itu tidaklah sekecil mana , tapi ianya juga tidaklah seperti yang terlihat di muka kaca televisyen. Dia juga baru sahaja memulakan business itu dalam dua tahun terakhir.

"Saya akan bawa awak pergi ke syarikat Arden nanti bila kita dah free.Awak pasti terkejut." Adeline cuba menawarkan diri untuk membawa Jelita melawat tempat kerja abangnya.

"You better not, Ad. You know I never allow you to go there. It's dangerous , you know that." Arden cuba memberi amaran.

"But I managed to sneak into your company once." Adeline berbangga diri.

"I promise you , that was the last time you sneak into mine." Arden bangun dari tempat duduk dan berjalan memasuki bilik tidurnya. Tidak betah duduk dengan adiknya . Ada sahaja akal nya nanti.

"Good morning aunty , bonda ." belakang bondanya dipeluk kemas .

"Good morning Jelita, had a good sleep?" Puan Serine bertanya .

"Of course aunty. Kalian nak masak apa hari ini?"

"Aunty kamu minta bonda masakkan nasi lemak hari ni . Katanya dah lama tak makan nasi lemak buatan orang Malaysia." Puan Suha

" Ouh , meh sini Jelita tolong."

Selesai sarapan , masing-masing meminta diri . Walid dan uncle nya sudah ke syarikat , Adeline sudah ke sekolah manakala Arden sudah pergi ke tempat kerjanya . Rumah itu mula terasa sunyi.

Jelita bergerak masuk ke biliknya semula dan mula mengemas barangnya . Semalam dia tidak sempat berkemas , terlalu penat . Ini pun jetlag nya masih terasa .

Hatinya mula dipagut pilu , kini dia sudah merasakan bahawa dia betul-betul sudah jauh daripada Adam . Barang-barang pemberian Adam yang dibawanya ditilik. Adam pasti pergi ke skolah bersendirian hari ini.

Mata yang mula berkaca dikedip beberapa kali . "Sekejap sahaja Jelita . In shaa allah." Jelita bermonolog , cuba menenangkan hati sendiri walaupun dia sendiri tidak tahu berapa lama dia akan berada di London.

Akhirnya , setelah sejam lebih , biliknya sudah siap berkemas. Tidak banyak barang yang perlu dia kemaskan kerana uncle nya sudah menyediakan beberapa barang untuknya . Meskipun dia akui bilik disini lebih luas dan mewah , bilik nya di Malaysia tetap dirindui. Semua tentang Malaysia dia rindu .

Pagi itu Jelita bangun awal . Selepas sahaja menunaikan solat subuh , dia bersiap untuk hari pertamanya bersekolah di London. Selesai breakfast , Jelita dan Adeline menuju ke sekolah dan dihantar oleh Arden.

"I will pick you guys around 4.30 pm?" Arden bertanya setelah mereka berdua turun dari kereta.

"Ya. Let's go Jelita , we need to get your schedule." Adeline menarik tangan Jelita bergerak ke pejabat.

"Bye Arden , see you soon!" Jelita berjalan mengikuti Adeline.

"Okay , let's compare our schedule. Ouh I got a few class with you. Let's meet my friend to compare their schedule." Adeline menarik tangan Jelita untuk bertemu kawan-kawannya.

"Thank you Adel. Sorry for bothering you." Jelita serba salah kerana terpaksa menyusahkan Adeline , mahu berdikari tapi ini hari pertamanya bersekolah di luar negara.

"Hello guys , meet me one and only cousin from Malaysia , Jelita." Adeline mengenalkan Jelita kepada rakan-rakannya.

"Hye everyone,nice too meet you , I'am Jelita." Jelita sekali lagi memperkenalkan dirinya. Sedikit janggal dengan kawan Adeline atau mungin boleh dikenali sebagai kawan barunya juga. Ada lebih kurang lima orang disitu. Setiap orang dijabat tangannya.

"Ivy , you did take art class, right?" Adeline bertanyakan pihak Jelita.

"Ya. I did. Why?" Ivy kembali bertanya.

"Okay great . Later can you show the class to Jelita ?" ujar Adeline.

"Ouh Jelita , you take art too ? Finally, I will have partner during art class. I've been lonely this all time. I'm the only one who take art class here." Riak gembira dipaparkan.

"HAHAHAHAAH, okay Ivy . Thank you." Jelita membalas.

Destiny's willWhere stories live. Discover now