bab5

61 8 0
                                    

Malam itu , Jelita mula berasa tidak sedap badan .

"Inilah jadi kalau terlalu stres , tak pasal - pasal rasa nak demam pula . Kau ni Jelita dah la antibodi lemah ." bebel Jelita kepada diri sendiri .

" Malasnya nak kejut bonda , tak mengapalah esok sahaja lah minta ubat pada bonda ."

" Jelita , kamu tak bangun lagi ke ? Dah pukul berapa ni , lewat nanti kamu ke sekolah . Nanti Adam tunggu kamu lama pula ." Suara Puan Suha memanggil anak perempuannya kedengaran

" Bonda , Jelita tak larat la . Rasanya Jelita demam ni ."

Puan Suha meletakkan tangganya di dahi Jelita . "Ya Allah panasnya badan kamu ni Jelita . Kamu rehat dulu bonda buatkan bubur untuk kamu."

"Bonda , Adam ." Suara lemah si Jelita kedengaran

" Ya nanti bonda bagitau Adam yang kamu tidak hadir ke sekolah ."

30 minit kemudian , bubur yang masih panas dibawa masuk ke dalam bilik anak gadisnya .

"Jelita bangun makan bubur dulu lepastu makan ubat. Kalau masih tak surut kita pergi klinik la ya ."

Dengar sahaja perkataan klinik laju sahaja Jelita buka mata . Pantang benar dia dengar perkataan klinik itu . Dia tidak sukakan klinik .

Tekak nya sakit akan tetapi bubur bondanya tetap ditelan . Dia tidak mahu pergi ke klinik .

" Nah , makan ubat ni dulu . Bonda nak turun bawah jumpa Adam . Risau dia tunggu kamu ."

Jelita melihat 2 biji pil ditangannya . " Ya Allah besarnya ubat ni macam mana aku nak telan ."

"Eh assalamualaikum bonda , mana Jelita , dia tak siap lagi ke ." Adam menegur Puan Suha .

" Adam , Jelita demam hari ini dia tidak pergi sekolah lah ya . Panas juga badannya tu ."

"Hah ya ke bonda ? Jelita dah bangun ?" riak kerisauan dipamerkan.

"Dah bangun dah , bonda baru sahaja bagi dia makan bubur dan ubat . Agaknya dah sambung tidur tu ."

" Jelita mesti belum makan ubat .Jelita tu susah nak makan ubat kalau Adam tiada . Adam naik atas sekejap ya bonda."

"Baiklah." Puan Suha mengangguk , dia akui anaknya susah hendak menelan ubat kalau bukan Adam yang memujuk nya .

" Jelita , aku masuk ni .Kau mesti belum makan ubat kan ."

"Adam kau buat apa dekat sini , dah lewat ni nanti kau lambat pergi sekolah ." ujar Jelita dengan suara lemahnya.

"Aku nak tengok kau makan ubat dulu. Kalau kau tak nak aku lambat kau makan ubat cepat ."

"Ya lah." Ubat yang pahit itu ditelan laju - laju

"Pandai Jelita aku ni . Get well soon Jelita . Jangan sakit lama lama . Aku rindu nak tengok senyuman kau . Aku pergi sekolah dulu . "  seperti biasa , tangannya naik menggosok kepala si Jelita .

" Bye Adam ." Bunyi sahaja pintu ditutup Jelita kembali memejamkan matanya . Dia sungguh tidak larat .


Sebelum pulang ke rumah , Adam singgah di 7e untuk membeli coklat buat Jelita . Dia tahu kalau Jelita demam dia pasti mahukan coklat . Coklat Ferrero Roche diambil lalu dibayar .

Sampai sahaja di rumah Adam cepat mandi dan pergi ke rumah Jelita . Pada waktu itu Jelita sedang baring di sofa ruang tamu nya .

" Jelita kau dah sihat ?"

"Belum Adam , badan aku masih panas . Tapi aku dah puas duduk dalam bilik . Itu yang aku turun tengok tv ni ."

"Cuba kau teka aku bawa apa ."

"Kau ni Adam aku tengah sakit pon kau nak berteka teki lagi ."

"Hehhehehe aku ni nak suruh otak kau berjalan dengan lancar ."

"Kau mesti bawa coklat kan."

" Ish kau ni tau saja lah kan ." Ferrero Roche tersebut dihulurkan kepada Jelita .

Mata si Jelita bersinar melihat coklat kegemarannya  " Terima kasih Adam . Nanti lepas ni kalau aku demam mesti tak dapat dah coklat dari kau."

" Eh kenapa pula , tiap kali kau demam aku mesti belikan coklat untuk kau ."

" Adam sebenarnya aku ..."

" Jelita , kamu dah sihat ke ?"

"Walid dah balik ? Belum sihat lagi walid , badan Jelita masih panas ."

"Ini walid ada belikan coklat untuk Jelita . Wah Jelita dah dapat coklat ya , alamak kali ni walid kalah la dengan Adam . "

Mereka bertiga ketawa serentak .

"Untung la Jelita ada 2 orang lelaki yang sayangkan Jelita ." Puan Suha menyampuk .

Muka Adam merah menahan malu , bukannya dia tidak biasa diusik begitu oleh ibu bapa Jelita .

" Adam , jom makan dulu , Jelita tu dah makan dah bubur tadi . Tinggal saja lah Jelita tu sekejap ." Pesan Puan Suha sambil senyum mengejek ke arah Jebat Adam .

" Aku pergi makan sekejap , kau tunggu aku ya ."

Usai sahaja makan , Adam bergerak ke sofa semula mahu berborak dengan Jelita akan tetapi Jelita sudah tertidur di atas sofa . Hendak mengejut si Jelita dia tidak sampai hati , tapi dia rindu untuk melihat mata bundar itu . Warna coklat yang memberi ketenangan kepadanya . Mata yang  mengecil sepet setiap kali senyuman terukir di wajahnya .

Helaian rambut yang jatuh ke pipinya Adam ambil lalu diselitkan di belakang telinga Jelita . Mata hitam pekat milik Adam menjamah wajah cantik si Jelita . Mata coklat yang sentiasa tersenyum itu tertutup rapat . Hidung yang sedikit mancung itu naik turun dek menghela nafas . Mulut yang sentiasa berceloteh itu dihiasi bibir yang pucat dan merekah  menunjukkan kurang nya air yang diminum .

" Haih Jelita , cepat sihat tau , aku balik dulu . " Kepala Jelita diusap sayang .

Destiny's willWhere stories live. Discover now