bab18

41 5 0
                                    

Selesai sahaja menunaikan solat isyak, Jelita bergegas turun ke halaman belakang rumah. Dari tadi dia sudah dengar riuh-rendah suara kawan-kawannya.

Dia lihat ada beberapa kawannya yang sedang mandi di kolam renang milik keluarga Arden. Maklumlah sekarang di London sudah memasuki musim panas, jadi untuk mandi kolam pada waktu malam tidak menjadi satu masalah besar.

"Jelita let's join us." Ivy memanggil Jelita.

"It's okay, I'm not in the mood today, later okay?" Jelita menolak pelawaan rakannya. Dia baru sahaja mandi sebaik sahaja tiba di rumah tadi. Malas pula mahu mandi lagi.

Sedari tadi bau asap sudah mula memenuhi ruang halaman belakang rumah. Jelita lihat Megat sedang membakar ayam dan beberapa makanan lain di sana.

Megat didekatinya. "Hai." Sapa Jelita. Kalau ikutkan insiden petang tadi, dia tidak mahu mendekati lelaki itu. Memikirkannya saja sudah mampu membuat Jelita kembali tersipu malu tapi segan pula jika dia tidak tolong.

"Hai. Awak tak join mereka?" Tanya Megat.

"Ohh tak lah. Tiada mood pula mahu join lagipun saya dah mandi tadi." Jelita lihat sekeliling cuba mencari Arden.

"Arden mana?" Sekurang-kurangnya kalau ada Arden tiada lah Jelita kekok sangat bersama Megat.

"Arden jawab call tadi. Tak tau pula dia pergi mana."

Jelita mengangguk kecil.

"Awak ambil jurusan apa dekat sini, Megat?"

" Saya ambil business management." Megat menjawab soalan Jelita tadi.

"UCL?"

"Yup."

"Wah, best kan dapat masuk sana?" Ujar Jelita dengan kagum.

"Biasa je, awak nak sambung belajar dekat sana ke?" Megat kembali bertanya kepada Jelita.

"Eh takpun , ada kawan saya cita-cita dia nak sambung belajar kat situ." Fikiran Jelita kembali teringat akan Adam. Adam lah orang yang dimaksudkan. Dari dulu Adam bercita-cita ingin sambung belajar di University College London.

"Ouh, result okay senang je nak masuk sana. Awak tak teringin nak masuk sana?"

"Tak pun, HAHAHHAHAHAHAH." Jelita ketawa senang.

Sekali lagi Megat terpana dengan ketawa Jelita.

Melihat Megat yang sedari tadi merenungnya, Jelita berdehem kecil.

"Heheheheh." Megat ketawa kecil , malu dengan perangai sendiri.

"Dah siap ke ayam tu Megat." Arden menghampiri dua pasangan itu. Bukannya dia tidak nampak dari jauh Megat tu merenung si Jelita. Gelabah budak itu dibuatnya.

Jelita menghembus nafas lega apabila kelibat Arden menghampiri.

"Sikit lagi ni siap la. Boleh la panggil adik- adik kau tu naik makan dulu."



Jam menunjukkan pukul 4.30 pagi. Jelita bergerak turun ke dapur mahu mencari air. Tekaknya haus dari tadi. Semasa menuruni tangga dia mendengar alunan merdu Al-quran.
Disitu dia lihat ada Megat yang sedang membaca senaskah al-quran. Mungkin jejaka itu bangun untuk menunaikan tahajud.

Jelita berhenti sejenak dan duduk di atas tangga itu, mendengar Megat mengaji al-quran. Lunak betul suara Megat mengalunkan ayat suci al-quran.

Jelita teringat akan dirinya yang sewaktu kecil dulu sering mengelat jika walid nya suruh mengaji al-quran. Kalau bab suruh mengaji liat benar Jelita. Walid nya terlalu garang semasa mengajar mereka. Kenapa mereka? Kerana dulu Adam juga turut serta mengaji al-quran bersama dengannya dan diajarkan oleh walid. Sejak kecil family Adam busy dan dia sering ditinggalkan bersama bibiknya. Jadi tiada siapa yang mahu megajarkan Adam mengaji ketika di rumah.

Destiny's willWhere stories live. Discover now