bab7

57 8 0
                                    

" Jelita breakfast dulu !" Puan Suha menjerit memanggil anaknya . Laju sahaja anaknya itu turun tangga menuju ke pintu rumah .

" Takpa bonda , Jelita dah lambat dah ni ." Jam sudah menunjukkan 6.50 pagi . Hari ini Jelita semangat hendak pergi ke sekolah . Lagi semangat mahu jumpa si Adam . Memikirkan Adam saja dah cukup membuat hatinya berbunga bunga .

" Adam , jom ." Jelita menegur Adam yang menunggunya di depan pagar rumah .

" Eh Adam , kau tak cukup tidur ke semalam , macam mata panda dah mata kau ni ." tegur Jelita apabila dia memandang wajah kacak Adam

" Hmm ." itu sahaja jawapan yang diberikan Adam .

Jelita hairan . Tiada senyuman dari Adam seperti hari - hari biasanya . " Adam marah aku ke ? Atau dia marah aku kacau dia dan Syahida semalam ? Tapi semalam elok sahaja dia puji aku cantik ."

Adam laju mengayuh basikalnya . Jelita yang sibuk memikirkan tentang Adam agak ketinggalan di belakang .

" Ish tengok tu . Tak tunggu aku pon ." Jelita mengeluh , kenapa dengan Adam harini .

Sampai sahaja di garaj sekolah . " Jelita kau balik dulu harini , tak perlu tunggu aku . Aku balik lambat sekolah harini . Ada perkara perlu dibuat ."

Belum sempat Jelita membalasnya , Adam sudah pergi meninggalkan Jelita .

Pada waktu rehat juga Adam tidak turun rehat . Apabila Jelita naik ke kelas Adam juga dia tiada di sana . Jelita hairan . Adam tidak pernah berperangai sebegini . " Aku buat salah apa ya ?" Kepala yang tidak gatal digaru nya . Hendak bertanya kepada Adam , dia tidak nampak pula batang hidung lelaki itu .

Pulang dari sekolah , Jelita lunch bersama walid dan bondanya . " Rasanya kita dah boleh start mengemas barang . Awal bulan 2 kita dah nak pergi ke London . " ujar Encik Johan

" Walid please, can you not remind me about this transfer ? I'm sorry , Jelita tiada selera makan . Jelita naik dulu ."

Sampai sahaja di biliknya Jelita merebahkan badannya di katilnya . Seluruh ruang kamar tidurnya ditilik . Kepala nya ligat memikirkan tentang perpindahan tersebut . Macam mana dengan Adam ? Bicara pasal lelaki itu , dia masih belum ada kesempatan untuk bertemu lelaki itu .

Telefon bimbitnya di ambil . Nombor telefon Adam di cari lalu di dailnya . Pada nada dering ketiga suara Adam kedengaran . " Hello , Jelita ? . Ada apa call malam - malam ." Kenapa Jelita merasakan tiada nada teruja dari suara Adam , tidak seperti biasanya .

" Adam , kau okay ? Harini kau senyap je . Aku ada buat salah pada kau ? "  Suara di sebelah sana tidak kedengaran . Adam tidak membalasnya .

" Jelita , aku kawan kau , aku harap sangat kau selalu boleh jujur dengan aku . Aku penat hari ini Jelita . Kita jumpa esok ya . Bye. Assalamualaikum ." Talian dimatikan .

" Waalaikumussalam." Jelita mengeluh kecil . Dia tidak tahu salahnya apa . Puas dia memikirkan salahnya dan akhirnya  ketiduran .

Pagi itu , Jelita bangun dengan agak sugul . Dia harap Adam baik - baik sahaja . Dia akan berusaha pujuk Adam hari ini .

" Hai Adam ." Jelita menyapa Adam

" Hai Jelita , jom ." Adam kembali menyapa tetapi tiada nada ceria disitu.

Jelita mengeluh kecil. Tidak mengapa lah at least Adam masih mahu bercakap dengannya.

Cikgu Jamilah tidak masuk ke kelas pada hari itu . Dikesempatan itu , Jelita memberi tahu Aniq dan Hana soal perpindahannya . Hana usah dikatakan , dia menangis teresak - esak .Jelita paling rapat dengan Hana . Kemana Hana mahu pergi mesti Jelita yang diajaknya . Apa akan jadi kalau Jelita pindah nanti . Adanya Aniq tidak sama dengan adanya Jelita . London , terlalu jauh , berlainan benua .

Petang itu , Jelita , bonda dan walid duduk di gazebo menikmati minuman petang .

" Walid minta maaf Jelita . Kalau ikutkan walid juga tidak mahu berpindah tapi abang walid perlukan walid ."

Puan Suha memandang anak gadisnya . Kepalanya dianggukkan .

" Jelita minta maaf juga walid , Jelita selfish , Jelita hanya fikirkan diri Jelita . Jelita tidaklah marahkan walid cuma berita itu terlalu mengejutkan . Tapi tak mengapa, sekarang Jelita dah faham . " Kekura tangan walidnya dipegang .

" Walid juga tidak marah akan Jelita ." kepala Jelita diusap sayang.
"Walid rasa nak buat doa selamat la , sempena kita hendak pergi ke London ni . Kalau kita buat Sabtu depan , okay tak . Dua minggu lagi kita dah hendak bertolak ke London ." Encik Johan memberi cadangan .

Mendengar kata dua minggu itu membuatkan hati Jelita remuk , tapi apa kan daya dia harus berpura - pura kuat . Rumah sebelah dilihat. "Jelita okay sahaja walid ."

Sudah seminggu , Adam masih bersikap dingin dengan Jelita . Jelita cuba untuk berbincang dengan Adam tapi setiap kali itu , Adam pasti mengelak .

Sabtu itu , kenduri di rumah Jelita berjalan dengan lancar . Semasa jamuan makan , Adam bangun pergi mengambil air .

" Minggu depan kau dah nak pergi London dah Jelita . Siapa nak teman aku lepas ni ?" Hana mengadu .

" Aniq kan ada . Dia boleh teman kau . Aku minta maaf sebab tak bagitau kau orang awal - awal ."

" Kami okay je Jelita . Cuma Adam tu ha , seminggu ni dia nampak lain . Kau dah beritahu pada Adam ." Aniq bertanya . Bukannya dia tidak perasan perubahan sikap Adam itu . Adam lebih gemar berdiam diri seminggu ini .

Mendengar pertanyaan Aniq itu , Jelita baru sedar . Ya , dia belum beritahu Adam tentang perpindahannya . Kenduri hari ini pasti Adam tahu melalui mummy dan daddy nya . Perasaan bersalah mula menyelubungi dirinya.

" Kau tu separuh jiwa Adam , Jelita . Sesakit - sakit kami orang , Adam adalah orang yang paling terkesan ." Serapat mana pun Hana dan Jelita , Adam sentiasa pemenangnya . Mereka dah berkawan sejak masing - masing dalam perut ibu mereka lagi . Inseparable. Itulah perkataan yang sesuai untuk Adam dan Jelita .

Kini hanya tinggal keluarga Adam dan keluarga Jelita sahaja . Aniq dan Hana sudah balik sebentar tadi . Parents Adam dan Jelita sedang berbual di bawah khemah . Esok hari barulah orang khemah akan datang untuk mengambil khemah tersebut .

Jelita mengambil kesempatan tersebut untuk berbual dengan Adam . Rasa seperti sudah lama mereka berdua tidak berbual .

Destiny's willDove le storie prendono vita. Scoprilo ora