bab 13

46 4 0
                                    




Loceng berbunyi menandakan class sudah bermula .

"See you guys at lunch okay. Let's go Jelita , math time." Sekali lagi tanganJelita ditarik Adeline.

Jelita gementar untuk hari persekolahannya yang pertama. Dia risau dengan penerimaan orang lain terhadap nya. Maklumlah dia bukan berasal dari sini. Jaket ditarik kemas ke tubuhnya lalu tangan Adeline digenggam erat.

"It's okay Jelita. Everyone must be love to meet you." Adeline cuba menenangkan Jelita melihat pada wajah gementar gadis itu.

Tempat duduk disebelah Adeline di ambil. Ruang kelas itu diteliti Jelita. Dia rindu suasana kelasnya di Malaysia. Dia rindu akan duduk di sebelah Hana, rindu akan celoteh Aniq dan juga rakan sekelasnya yang lain.

"Morning class" Mr Courtner masuk ke kelas dan pembelajaran pertamanya berjalan seperti biasa.





Lunch time

Jelita dan kawan-kawan barunya duduk di meja makan hujung di cafeteria. Untungnya disini, pihak sekolah ada menyediakan makanan untuk pelajar muslim. Ayah Adeline, merupakan salah satu penyumbang sekolah itu, oleh itu cafeteria di sekolah itu menyediakan makanan halal untuk pelajar muslim.

"Sorry Jelita, even they prepared halal food here, it's sucks. I barely eat at school." Adeline menyuarakan pendapatnya.

"It's okay." Jelita senyum . Memorinya mengimbas kembali waktu rehat di Malaysia. Mereka berlima jarang untuk miss makan di kantin. Dia,Adam,Hana,Aniq dan juga Syahida. Agaknya , mereka rindukan dia seperti mana dia rindukan kawannya di Malaysia. Lunch nya dihadapan hanya dikuis. Jujur dia tiada selera. Dia terlalu merindukan tanah airnya sendiri.

"I'm not belong here." Hatinya berkata. Dia hanya mendengar perbualan Adeline dan rakan-rakannya tanpa mahu mencelah. Dia beruntung dia sama sekolah dengan Adeline. Kalau tidak,dia tidak tahu nasibnya bagaimana di sini.

Habis sahaja lunch mereka kembali menyambung kelas mereka. Ada lagi dua subjek sebelum mereka pulang.





Kelas pada hari pertamanya sudah tamat. Jelita dan Adeline sedang menunggu Arden untuk pick up mereka dari sekolah dan sepanjang perjalanan pulang ke rumah Jelita hanya sepi memandang keluar tingkap.

Arden yang perasan akan tingkah laku Jelita itu hanya berdiam diri. Di kepala gadis itu banyak pikirannya.








Tibanya di rumah, Jelita menaiki tangga menuju ke biliknya. Katil dituju dan disitu dia menghamburkan tangisannya. Dari sekolah tadi dia cuba menahan air matanya dari melimpah keluar. Dia terlalu rindukan Malaysia. Dia tidak mahu tinggal disini. Baru empat hari berada di bumi London tapi dia sudah tidak betah. Semua yang berada di sini terasa janggal , sangat berbeza dengan Malaysia. Dia rasa sepi walaupun di sekolah barunya terdapat kawan-kawan yang riuh berborak.

Puan Suha yang berada di luar pintu bilik Jelita turut merasa hiba. Air matanya dikesat sebelum dia memasuki bilik anak daranya. Niat asalnya mahu bertanyakan Jelita tentang hari pertama persekolahan anaknya tetapi lain pula jadinya apabila dia mendengar esakan anak gadisnya itu. Mendengar pada tangisan anaknya itu , dia sudah mendapat jawapannya.

"Jelita, sini dekat bonda." Puan Suha duduk di birai katil Jelita lalu kepala Jelita diangkat diletakkan di atas riba.

"Kenapa sedih ni sayang?" Kepala Jelita diusap sayang.

"Jelita tidak suka tinggal di sini bonda. Semuanya terlalu berbeza. Jelita rindukan Hana, rindukan Adam. Tak boleh ke kalau Jelita balik ke Malaysia saja bonda?" suara Jelita lirih kedengaran.

"Bonda minta maaf Jelita, In Syaa Allah semua ni sekejap saja. Jelita sabar ya sayang." Dia sangkakan anak gadisnya itu suka berada di sini , rupanya tidak. Dia juga rindukan Malaysia tapi dia yakin Jelita lebih rindukan Malaysia. Dia juga berharap mereka tidak lama di sini. Air matanya turut tumpah. Sakit hatinya apabila melihat satu-satu anaknya menangis teruk seperti ini.

Jelita tidak yakin dengan percakapan bondanya. Dia tidak yakin syarikat uncle nya akan pulih dalam masa terdekat. Tangisnya semakin kuat kedengaran dan apabila dia melihat bondanya turut menangis dia serba salah.

"Jelita minta maaf sebab buat bonda menangis juga." Air mata bondanya dikesat.

Puan Suha terharu dengan sikap anaknya. Dia sepatutnya meminta maaf kepada anaknya kerana dia terpaksa mengheret anaknya ke sini dek kerana tidak mahu berpisah dengan anaknya. Dia tidak sangka Jelita akan sedih sampai seperti ini. Jelita memang seorang anak yang baik . Gadis itu tidak banyak ragam dan tidak pernah meminta. Dia tidak pernah melawan ibu bapanya dan sentiasa mendengar cakap ibu bapanya. Semua yang diminta pasti dia turuti.Melihat Jelita menangis, dia merasakan dia gagal sebagai seorang ibu. Tiada ibu yang ingin melihat anaknya terus menangis dan tersakiti.

Dengkuran halus milik Jelita kedengaran. Gadis itu terlalu penat menangis sehingga ketiduran.

Puan Suha meletakkan kepala Jelita di atas bantal lalu dahi mulus itu dicium kejap. "Bonda minta maaf sayang. Bonda juga berharap ianya cepat berakhir. Kakinya melangkah keluar dari bilik Jelita. Hati yang hiba cuba ditenangkan.

Destiny's willWhere stories live. Discover now