bab15

47 7 0
                                    

Pejam celik pejam celik. Sudah 3 bulan dia berada di bumi London. Dalam masa 3 bulan itu juga , tidak pernah sekali pun dia menghubungi Adam. Dia takut mahu bertanya kepada lelaki itu mengenai Syahida kerana dia takut untuk menerima jawapan dari mulut Adam sendiri. Jujur jauh disudut hatinya dia merindui Adam.
Bukannya Adam tidak pernah menghubungi dirinya. Ada saja tapi dia menghiraukan panggilan tersebut. Jejaka itu malah menghubungi dirinya melalui walid dan bonda tapi tidak pernah sekali pun dia terima.

Patung lotso yang diberikan Adam ditenung lama. "Aku minta maaf Adam sebab aku mungkiri janji." Sebelum ini dia sudah pernah berjanji dengan Adam untuk tidak lost contact meski apa pun yang berlaku. Tapi belum apa-apa janji itu sudah dia mungkiri.

"Jelita, are you okay?" Arden yang kebetulan lalu di depan bilik Jelita lalu melihat gadis itu termenung melihat patung miliknya. Dia perasan gadis itu sering termenung sejak akhir-akhir ini.

"Hye." Jelita menyambut kedatangan Arden, enggan menjawab pertanyaan itu.

"From someone you love?" Jarinya mengarah ke patung lotso milik Jelita.

"No, just friend of mine." Jelita senyum melihat patung itu.

"Dah tiga bulan kamu dekat sini. So how's London? Okay?" Arden bertanya. Dia tahu gadis itu tidak berapa gemar tinggal di sini.

"Kamu nak jawapan jujur atau tipu?" Jelita kembali bertanya.

"Let's say jawapan tipu?"

"Saya suka tinggal disini. Seronok." Jawab Jelita

"So, the truth is kamu tak suka tinggal disini. Arden senyum ke arah Jelita.

"HAHAHAHHAHAHA. Bukan tak seronok sebenarnya, London is fun cuma saya terlalu rindukan Malaysia." Jelas Jelita, risau jika Arden berkecil hati.

"Family kamu baik dengan saya of course saya suka plus kawan-kawan disini juga semuanya baik. Walaupun saya berbeza dengan mereka tapi mereka tidak pernah pinggirkan saya. Adeline banyak bantu saya di sekolah. I'm glad to have you guys here but at the same time i miss my own country." sambung Jelita lagi.

"Saya faham Jelita, saya juga pernah tinggal di luar negara dan London sentiasa berada di tingkat paling atas dalam hati saya. Walau apa pun yang berlaku saya harap kamu lebih kuat selepas ini." Arden cuba memberi kata semangat kepada si Jelita.

Jelita hanya ketawa. Gigih jejaka London itu berbahasa Melayu dengannya. "Thank you Arden for your words." Sedikit sebanyak hati nya terubat dapat berkongsi hal yang selama ini terbuku di hatinya.





"Shhhh be quiet Jelita. Someone will hear you." Adeline menaikkan jari telunjuknya ke bibir mungil miliknya.

"But you step on my feet. It's hurt." Jelita membela dirinya.

"Ouh no. I'm sorry but you need to keep quiet okay?" Adeline terlalu sibuk melihat sekeliling sehingga tidak perasan dia terpijak kaki nya si Jelita.

"Ehemm, what are you guys doing here?" Ada suara jejaka di belakang mereka.

"Shhhh be quiet. We want to sneak into this building without anyone noticing." Adeline menyuruh jejaka di belakang itu supaya diam. Risau jika ada yang mendengar mereka membuat bising.

"Oh my god. We are dead." Tiba-tiba sahaja Adeline berhenti dari berjalan dan memandang kebelakang.

"Kenapa ni Ad? What happened?" Jelita hairan Adeline berhenti secara tiba-tiba.

"We are sorry, we need to go." ujar Adeline keoqda jejaka itu lalu dia menarik tangan Jelita ingin melarikan diri.

"Not too soon Adel." jejaka di belakang mereka tadi kembali bersuara. Hoodie dikepala Adeline ditarik.

"Please let us go. I'm promise I will never do that again." Adeline cuba merayu kepada jejaka tadi. Dia kenal jejaka itu, kawan baik Arden.

"Kita tak jadi nak curi-curi masuk ke?" Jelita yang berada di sebelah Adeline yang hanya diam sejak tadi mula bertanya. Tidak faham apa yang sedang berlaku. Polos gadis itu bertanya.

"Gosh Jelita. We are done okay. Arden will kill both of us." Adeline menepuk dahinya. Si budak Jelita ini, masa ni lah dia tidak faham dengan situasi yang berlaku.

"Megat, what happened?" suara Arden mula kedengaran.

Adeline terus berlari kebelakang Megat cuba untuk menyorokkan dirinya.

"Jelita, why are you here? How do you know this place?" Arden menegur Jelita, hairan apabila melihat gadis kecil itu berada di tempat kerjanya.

Apabila dia melihat ada adik perempuan nya di belakang Megat, tahulah dia bagaimana Jelita boleh berada di sini.

"Come out here, Adel. What are you doing here? I've already told you this place could be dangerous for you!" Suara Arden mula meninggi.

"I'm sorry, Arden. Jelita looks so sad, so I just wanted to bring her here to make her happy." Adeline hanya menundukkan kepalanya. Takut untuk berhadapan dengan abangnya itu.

"I'm sorry Arden. We shouldn't be here. Ad do this because of me. We will go home now." Jelita mula serba-salah.

"Don't be mad at Jelita. She had no idea that I wanted to bring her here." Adeline mula backup si Jelita.

"This is not a playground Adel. In my office now! Both of you." selar Arden.

"This is all your fault. You shouldn't stop us just now." Adeline menjeling ke arah kawan baik abangnya, Megat.

Megat hanya menjungkitkan bahunya dan ketawa kecil. Melihat gadis kecil di tepi Adeline turut menjelingnya, lagi kuat si Megat itu ketawa.

Destiny's willWhere stories live. Discover now