1 (edited)

468 20 0
                                    

BEBAS juga dari kesakitan yang telah pendam selama bertahun-tahun. Menangis teresak-esak selepas lelaki itu melafazkan talak kepadanya. Menangis bukan sebab sedih tetapi bahagia. Ya, bahagia. Lelaki yang telah sakiti nya, lelaki yang tidak pernah langsung memberikan kasih sayang kepadanya. Lelaki yang tidak pernah menunaikan tanggungjawabnya sebagai seorang suami. Han Iwan.

Sukar untuk dia lupakan lelaki itu. Cinta yang tidak pernah berbunga.

Akhirnya dia bebas daripada lelaki itu. Tetapi, dia risau akan anak dia yang baru sahaja dilahirkan. Anak lelakinya, tidak mempunyai seorang bapa sejak lahir. Sakit. Dia memandang anaknya yang digedong oleh ibunya.

Air mata jernihnya menitis, ‘maafkan mama…kesian awak tak ada kasih sayang oleh seorang ayah. Mengapa lah perkara ini terjadi kepada kita,’ fikirnya.

‘Ya Allah, bagi lah aku kebahagian pada kali ini. Cukup lah ujian yang berat yang engkau telah beri.’

5 TAHUN YANG LALU

Eleanora memandang ke arah papan putih. Cikgu tengah mengajar dekat depan boleh pula dia mengalamun. Ameera di sebelah terlalu fokus dengan pembelajaran. "Kau tak mengantuk ke weh,"dia berkata perlahan.

"Kau nampak tak mata aku," Ameera berkata sambil memandang El.

"Selama ni kau tak ada mata ke."

PAK!

"Kau ni kenapa sakit lah!" El berkata sambil megusap pahanya perlahan yang menjadi mangsa tangan Ameera.Ameera menggeleng dan sambung memberi tumpuan.

Selesai sudah kelas sejarah, menunggu kelas seterusnya. "Lepas ni subjek apa" El bertanya kepada Ameera. "Oh matematik, tapi aku dengar diorang kata cikgu tak datang hari ini. Alhamdulillah!" Ujar Ameera.

El hanya menggeleng. "Sedar sikit tahun ni SPM, walaupun aku pun tak berapa nak suka matematik."

"Ala kau ni! Sekali sekala cikgu tak ada. Aku tau kau dalam diam pun suka kan?" Ameera menjungkitkan kening sambil tersenyum.

El hanya diam, sambil-sambil mendengar si Ameera bercerita ni baik dia siapkan latihan yang diberi oleh cikgu sejarah tadi. Ameera turut mengeluarkan buku latihan sejarah. Nanti dekat rumah tak payah nak buat lagi! Eh?

"Wei kau nak dengar gossip paling terhangat sekali tak!" Ujar Ameera sambil menyelak helaian buku teks sejarah. "Hm apa dia."

"Kau tau budak kelas sebelah bagi Aryan coklat! Siap tulis surat bagai. Ingat ni zaman dulu ke ha nak tulis surat cinta."Sekarang dah canggih lah, guna media sosial je. Instagram tu kan wujud! Stalk je lah lepastu mesej. "Kau nak tau apa reaksi si Aryan tu?"

El memandang Ameera sekilas dan menjungkitkan kening. "Dia tak ambil weh! Dia cuma tunduk je. Aku impress weh cara dia reject," El hanya menggeleng mendengar kawannya bercerita.

"Lain kali cakap lagi kuat biar sampai kelas sebelah dengar," perli El.

Ameera menutup mulut dan memandang sekeliling. "Weh, aku cakap kuat sangat ke sampai Aryan pandang sini." Ameera menyorok mukanya di atas meja. Malu.

El memandang sekilas ke arah Aryan. Aryan tersenyum bila El memandang ke arahnya. Cepat-cepat El memandang ke arah lain. 'Dia senyum kat aku ke?' gumam El dalam hati.

Aryan Zayren. Seorang lelaki yang pendiam dan dingin. Dia tak ada walau seorang pun kawan. Kesian pula tengok dia ni tapi salah diri dia lah siapa suruh diam sangat. Dia cakap kalau perlu je. Dia tak tahu ke kelas ni banyak buat presentation? Perlu banyak bersosial.

El sedar diri dia pun jarang bersosial dengan orang. Lagi lagi rakan kelas sendiri. Kawan rapat dia bukannya banyak. Sikit sahaja. Dia berasa tidak perlu mempunyai ramai rakan. Banyak-banyak nanti orang pijak kepala kita pula.

Her Happiness: Mrs AryanWhere stories live. Discover now