14

148 7 0
                                    

BOSAN duduk rumah,masih menunggu jawapan interview. Dah 3 hari berlalu. Teringat dia dengan kata-kata Aryan, masih tak faham dengan maksud dia. "Dia suka aku ke?" Eh perasaannya, buat apa dia nak suka kau... Entah-entah dia dah ada buah hati dalam diam.

"Weh kau nak tau tak?" Tanya Ameera. Tak habis-habis lagi? Fasal Hayyan lah tu. Bukan dia tak tahu yang haritu dia orang terserempak.

FLASHBACK

"Ya Allah! Weh tu bukan kawan Aryan ke? Apa nama dia? Hayyan? Apa dia buat  kat sini...Aku fikir aku takkan jumpa dia lagi!" Ujar Ameera panjang. El yang disebelah hanya menggeleng, apa yang nak gelabah pun tak tahu lah. Entah dia ingat kau ke tidak hm.

"Weh dia pandang sini! Cover aku weh!" Terus Ameera menyorok di belakang El. Perasaannya perempuan ni...

"Dia dah pergi ke."

"Tak ada siapa nak pandang kau lah," ujar lelaki itu sambil menyilang tangan. El hanya terdiam, dalam hati tergelak. Haha! Tu lah kau sibuk pandang dia lagi, kan dah kena. El hanya buat tak tahu dan membiarkan mereka berdua cakap. Nak gaduh jangan ajak aku hehe.

"Eh kau! Aku pun tak ingin nak pandang kau lah! Dah la mata sepet!" Ujar Ameera sinis.

Terangkat kening lelaki itu. Ooh,nak cari gaduh eh? Meh sini, nak gaduh sangat kan. "Patut lah kena tinggal!" Kata Hayyan sinis. Terdiam Ameera,terasa. Sakit hati pun ada. Macam tak ada benda lain nak cakap. Dah lah, malas nak cakap dengan orang macam ni. "Jom,El balik..." Katanya  kendengaran agak sedih. Berkerut dahi Hayyan mendengar suara wanita itu. "Weh... Aku gurau je? Apa nama kau?Ameera eh? Comel je."

Pipi dia sekarang berona merah akibat pujian lelaki itu. Buaya darat betul! Isy! Tak boleh dipercayai! Danger!

Ameera hanya menjeling Hayyan yang tersenyum nakal lalu dia menarik tangan El pergi dari situ.

Begitu lah cerita nya. Sejak hari itu, terus Ameera cakap fasal Hayyan je. Tapi kadang-kadang bila El tanya 'Suka eh'  Ameera tak nak mengaku.

┈┈♥︎┈┈

SUDAH beberapa hari berlalu. Masih tiada apa-apa maklumat jika dia dapat tawaran kerja di company Aryan. Agak bosan duduk di rumah, takde apa-apa yang nak dibuat. Kalau petang dia dapat luangkan masa dengan anaknya. Gembira je Elias sejak-menjak ini. Tapi selepas dia dapat kerja, mereka akan jarang luangkan masa bersama. Dia takut anaknya sedih.

Mungkin betul kata Ameera yang dia patut cari penganti. Masalahnya, calon pun takde. Lagipun dia takut...

┈┈♥︎┈┈

SELEPAS seminggu, akhirnya dia diterima. Kerja dia dapat senang je,sebab dulu dia ambil course business. Kalau ikutkan hati, dia tak berapa gemar berkerja di dalam pejabat. Tapi ada penghawa dingin Dan semua pekerja dekat sini peramah.

Sangkaan dia salah. Dia fikir tiada yang mahu bersapa dengannya. Alhamdulillah, ada juga manusia baik.

Sejak menjak dia berkerjaa di sini, dia selalu  terserempak dengan Aryan. Muka dia dingin sahaja. Macam takde perasaan. Ramai pekerja kata yang Aryan  tu menyeramkan,tapi bagi dia tak sebab dia dah kenal Aryan lama. Walaupun tak berapa nak rapat.

Aryan baik sangat dengan dia sampai semua orang tertanya-tanya apa hubungan kami. Hm,Aryan selalu kasi keluar makan pukul 11 sedangkan dia tahu itu masa habis sekolah anaknya. Moga-moga takde yang dengki. Ada je yang jeling-jeling dia. Ye lah, Aryan tu kan kacak. Semestinya ada peminat. Dingin ke tak dingin ke ada je orang minat dia. Tapi dia masih hairan, kenapa Aryan tak kahwin lagi? Eh kenapa dia sibuk fikir fasal lelaki tu je?

Teringat pula masa dia marah Aryan sebab tak layan dia macam pekerja lain. Pastu semenjak tu Aryan asyik diam dan jarang cakap dengan dia tau! Tapi lepas habis kerja, dia selalu tumpangkan El balik. Bukan berduaan eh, ada Qayyum sekali.

Oh ya, sejak haritu juga dia tak dapat keluar awal lagi dah. Risau akan anak dia. Nasib baik Aryan suruh Qayyum ambikkan. Ingat lagi tak Ariana? Dia ada juga tolong jaga kan buat sementara. Kalau Ameera takde, dia orang lah yang tolong. Ada masa tu, dia orang bawa Elias ke pejabat. Kecoh lah satu pejabat, fikir anak Qayyum & Ariana. Dia perasan Ariana punya muka merah!  Comel je. Ariana baik Dan peramah tau! Selalu tegur dia. Sekarang dia dengan Ariana dah berkawan baik.

Alhamdulillah,dia bersyukur ada juga orang buat baik dengannya.

┈┈♥︎┈┈

HABIS juga masa kerja. Eleanora mengemas barang dia. Rindu akan si kecil! Elias hari ni berada bersama Ameera. Dia bergegas ke tempat perhentian bas.

"Kejap, El!" Ada satu suara yang memanggilnya. Terus dia menoleh ke arah suara itu.

"Jom makan malam dengan aku."

Membulat mata El mendengar itu. Dia menggeleng laju. "Tak elok keluar berduaan tanpa ikatan yang sah," kata El. Agak-agak lah pergi makan berduaan je.

Aryan tergelak kecil. "Makan dekat rumah aku lah. Ariana yang ajak," maaf lah adikku, kita guna nama adik kejap je!

Berkerut dahi El, nak terima ke tak? Hm...

Her Happiness: Mrs AryanWhere stories live. Discover now