15

169 8 0
                                    

TIBA sahaja di rumah milk Aryan, terus dia berasa menyesal. Ternganga dia bila melihat rumah milk Aryan.Sudah dijangka bahawa rumah Aryan semestinya mewah dan besar. Haih, sempat tak dia path balik? Kenapa lah dia terima.

Aryan tergelak kecil melihat reaksi El.Senyuman dia tak lekang dari bibir.  Apa yang nak terkejut sangat pun tak tahu lah. Mula-mula El tak nak ikut dia makan bersama dengan keluarga dia. Katanya nanti Elias tunggu.

"Kenapa nak jumpa dengan keluarga kau pula? Aku bukan menantu..." Tanya El dengan nada pelik. Betul lah apa yang dia cakap tu. Kenapa ajak makan dekat rumah keluarga dia sedangkan dia orang tiada apa-apa hubungan? Nak keluar berdua lagi lah tak boleh.

"Bukan jumpa,tapi makan sama-sama."

"Sama je kan? Jumpa juga nanti," katanya geram. Makan dekat rumah keluarga dia tu sama je,nanti kena jumpa satu keluarga dia! Tak nak lah, takut.

Tapi dia rindu juga dengan Ariana,adik Aryan. Sejak-menjak ni dia rapat dengan Ariana. Dia dah anggap Ariana tu macam adik dia sendiri. Pertama Kali dia  dapat merasa mempunyai seorang adik. Best rupanya sebab minat kita orang sama! Macam ada peneman. Memang lah dia ada kawan,Ameera. Tapi minat dia tak sama dengan El! Tak best...

Buat masa sekarang dia jarang sikit dapat jumpa dengan Ariana sebab Ariana dah nak balik University. Rindu lah dia nanti dekat Ariana. Ariana juga tolong dia jaga kan Elias! Dia pandai jaga pun sebab dia suka budak.

Boleh dipercayai.

Sekarang, hanya Allah je tau betapa berdebar hatinya. Tangan pun dah  menggigil,dia akan selalu menggigil bila dia berasa takut, nervous. Tapi kadang-kadang dia menggigil tanpa sebab. Dia pun tak pasti kenapa boleh jadi macam tu.

'Aduh nak patah balik...Elias tolong mama!'bisik El dalam hati.

Masalahnya si Aryan tu dah bagitau Ameera! Patut lah beria ajak. Tak tahu lah apa akan jadi nanti. Redha je lah.

┈┈♥︎┈┈

DIA melangkah masuk ke dalam rumah dari pintu utama dengan berhati-hati. Dia hanya ikut Aryan je,dah lah dia tak pandai nak bersosial dengan orang. Agak-agak keluarga Aryan ramai tak? Mesti lah kan... Rumah dah lah besar.

Membulat mata dia melihat perabot di dalam rumah. Masuk sahaja dah boleh nampak ruang tamu. Cantik sungguh! Penuh dengan hiasan mewah berwarna putih emas. Kebaanyakkan putih, tengok pun dah tahu mahal. 'Beruntung jadi orang kaya, tak perlu kira kos perbelanjaan. Nak apa,beli je' bisik El dalam hati sedikit cemburu.Cemburu sebab dia tak pernah merasai hidup mewah. Bermula dengan hidup sederhana, tetapi sekarang hanya biasa sahaja. Entah lah, cemburu tetapi dia bersyukur dengan apa yang dia ada sekarang.

Biar hidup sederhana.

Seorang wanita tua yang berusia sekitar 46-an berjalan menuju ke arahnya. Macam pernah nampak je,kat mana ya?

Berdebar betul, macam nak jumpa mak mertua.

"Eleanora kan! Meh lah masuk, makan malam sama-sama. Umi ada masak banyak malam ni sebab Aryan kata ada tetamu istimewa nak datang.  Sejuk hati bila nampak kamu. Cantik dan sopan je... Pandai Aryan pilih calon," kata wanita itu. Rahang dia hampir jatuh,cepat-cepat dia tutup mulut. Tak faham,calon apa ni?

Tak akan lah calon menantu? Hahaha...mengarut lah.

Kalau ya pun, dia terima ke Ibu tunggal?

Aryan hanya menahan senyum. El terus berjalan ke ruang makan bersama wanita tua itu dengan Aryan. Aryan menarik kerusi untuknya, El tersenyum kekok. Ish,apa ni...

Ramai juga keluarga Aryan. Tak pernah dia nampak lagi, Ariana takde pun? Oh ya lah, dia masih belajar.

"Buat macam rumah sendiri, jangan malu-malu."

Aryan mencedokkan nasi ke dalam pinggan El. Kemudian dia mencedokkan lauk ke dalam  pinggan tersebut. Macam tahu je Aryan ni yang dia makan sikit. Kena makan juga ke. Kalau tak makan takpe ke? Malu lah makan depan orang...

"Akak El cantik lah! Nama kita Ammara!" Kata gadis itu, tengok gaya macam masih bersekolah lagi. Jangan puji dik! Tak tahu nak balas apa.

"El...kamu Ibu tunggal ya?" Tanya Puan Zahra. El mengangguk perlahan. Tak payah takut ni bukan sesi dengan mak mertua...

"Mesti banyak cabaran kamu kena lalui. Umi tahu kamu kuat. Macam mana, kamu ada pengganti ke?"  Tanya Puan Zahra, Aryan hanya menjeling Umi nya itu. Kalau ya pun jangan lah tanya awal sangat. El tersenyum nipis, memang tak ada soalan lain ke...dia tak tau nak jawab macam mana.

"Err...belum."

"Bagus lah macam tu. Apa kata kahwin dengan anak Umi? Aryan tu dah lama membunjang, asyik sibuk dengan kerja je. Dah macam tak ada benda lain nak di buat!"

Tersedak El, Allahuakbar betul ke apa yang dia dengar tadi? "Ha,apa?"

'Greenlight woo!' bisik Aryan dalam hati. Bersorak gembira dalam diam walaupun kena perli tapi takpe. Umi dia dah terima tu! Bagus lah,tunang minggu depan lah kalau macam ni.

Cukup lah dia simpan perasaan lama-lama...

"Aryan ni baik je sebenarnya, dia nampak je pendiam dan dingin tapi dia boleh jaga kamu dengan  baik. Dengan adik-adik dia pun dia pandai jaga."

'Tak rasa pelik ke kahwin dengan classmate lama?  Dulu je ada perasaan dekat dia tapi sekarang tak...kot...' bisik El dalam hati. Kahwin tak boleh main-main. Lagipun, dia tak pasti jika dia boleh terima.

Dia takut perkara lepas terjadi lagi.

"Betul tu! Abang kita ni mengada tau! Tengok je macam tu tapi  gedik...." Kata Ammara. El menahan tawa. Dia boleh nampak telingan Aryan dah merah.

Alahai...

"Eh kau, bila masa aku gedik?" Kata Aryan sinis. Ammara hanya menjelir lidah ke Aryan. "HAHA! Abang memang gedik pun!" Usik Ammara.

"Eh budak ni kan!" Dia mengeletek perut Ammara. Penuh ruang makan itu dengan tawa mereka berdua. El hanya memerhati gelagat keluarga bahagia itu. 'Alangkah indahnya jika aku ada keluarga bahagia seperti mereka'.

Tak seperti dia, sukar nak mendapat kasih sayang dari keluarga. Dulu, dia memang susah nak meluangkan masa bersama keluarga. Dah la anak tunggal, ayahnya sentiasa sibuk dengan kerja dan ibunya jarang balik ke rumah. Ibu dia sering keluar berjumpa dengan rakan. Kadang-kadang dia dapat berjumpa dengan ibu dia, meskipun tidak lama tetapi dia sayang ibu kandungnya. Kini, dia tidak mempunyai siapa-siapa lagi untuk berkasih sayang. Hanya Elias sahaja, anaknya. Elias satu-satu keluarga yang dia ada sekarang.  Jikalau dia tak bercerai, dia pasti ibu dan ayahnya takkan kemalangan.

Dia terlalu yakin bahawa ada orang yang plan kemalangan itu. Dia pasti. Tapi dia tak tahu siapa pelakunya dan kenapa mereka berbuat demikian.

'Argh! Kita tak patut berfikiran negatif...tak perlu cemburu dengan kebahagiaan orang lain.' Pujuknya di dalam hati.

"Akak fikir siapa? Woo, fikir abang Aryan ke orang lain tuuu," kata seorang lelaki di sekitar 18 tahun. Dia hanya tersenyum nipis memandang lelaki itu.

"Oh, akak ipar. Nama saya Aqeel Zayne,"ujar lelaki yang bernama Aqeel itu. Adik lelaki Aryan rupanya! Berapa banyak adik yang dia ada? Ariana,Ammara,Aqeel. Semua muda lagi! Bestnya ada keluarga ramai, meriah...

"Jangan usik dia lah!" Kata Aryan sambil menjeling Aqeel. Aqeel hanya menggeleng melihat abangnya itu. Sikit-sikit nak cemburu. Baru cakap sikit dengan akak ipar dah cemburu. Itu kalau ada lelaki lain dekatkan diri dengan El tu confirm Aryan keluar perangai sebenar dia.

Tak seram pun Aryan ni tapi kalau kau usik milik dia memang mampus.

Tapi kadang-kadang abang dia ni pernah je marah dia dan Ammara adalah sebab tertentu. Aryan kan anak sulung, tanggungjawab sebagai abang pun susah sebernanya. Tapi nanti lepas abang dia kahwin tak ada lah kitaorang nak bermanja lagi...

Her Happiness: Mrs AryanWhere stories live. Discover now