7

153 10 0
                                    

8 TAHUN KEMUDIAN

"Ada meeting ke petang ni?" Tanya Aryan kepada pembantu dia, Qayyum.

"Tak ada, nak pergi mana-mana ke? Hari ni kau tak ada schedule sangat. Boleh la kau rehat," jawab Qayyum. Diorang ni kawan rapat sejak universiti  lagi. Tak pelik lah kalau dia orang rapat.

"Bagus lah, tapi aku rasa aku nak balik..." Sebelum dia sempat habis cakap, ada seorang budak lelaki berlari ke arah nya.

"Ayy! Uncle sem!" Ujar budak kecil itu yang berada di sekitar umur 5 tahun. Aryan membongkok kan badanya itu lalu menyapa si kecil itu.

"Mana mak awak,si comel?"

Si kecil itu menoleh ke belakang "tu mama kita!"

Lelaki itu terus menoleh ke arah yang ditunjuk oleh si kecil. Terus dia berdiri untuk menyapa tetapi, wanita itu nampak seperti sangat risau tentang si kecil. Ya lah, anak kau tiba-tiba hilang, mana tak risau?

"Elias Azrin! Jangan buat mama risau boleh tak?" Kata dia dengan nada yang penuh risau. Terus dia membelek-belek anak lelakinya. Perasan ada seseorang memerhati, terus dia menoleh ke arah lelaki yang berdiri di hadapanya.

"Oh...anak puan tadi dia lari...El?" Berkerut dahi Aryan melihat wanita di hadapanya sekarang. El memandang lelaki itu dengan wajah terkejut. Terus dia tersenyum.

"Aryan ke ni? Aryan Zayren?" Tanya El. Aryan terus menoleh pandangan ke tempat lain. Dia tak boleh percaya dengan apa yang dia nampak sekarang. Takkan lah.

"Ya." Ringkas sahaja yang keluar dari mulut nya.

"Mama kenal uncle ni ke? Hensem lah uncle ni!" Ujar Elias.Terus dia mengalihkan tumpuan ke Elias. Anak dia lagi penting.

"Ya, tapi kenapa Elias lari dari mama tadi? Kalau tiba-tiba kena culik macam mana? Nasib baik kenal uncle ni tau!Lepas ni jangan lari lagi," bebel El panjang. Elias memuncungkan bibirnya dan memandang Aryan.

"Uncle...tengok mama kita marah..."

Aduh! Ni yang lemah ni bila ada budak comel ni! "Betul lah mama awak cakap tadi. Kalau kena culik macam mana?"

El hanya memandang Aryan yang sedang bercakap dengan anaknya. Macam tak percaya yang dia jumpa lelaki ni selepas 8 tahun. Agak-agak dia dah kahwin ke?

"Aku rasa kau patut explain."

┈┈♥︎┈┈

KEADAAN sekarang di cafe sangat lah kekok. Tak ada seorang pun bercakap kecuali Elias. Dia malu untuk bercakap dengan lelaki di hadapanya ni. Dah lama tak jumpa,tengok-tengok kita dah kahwin siap ada anak lagi... Mana tak pelik. Banyak juga lelaki ni berubah, semakin tinggi...

"Kau dah kahwin? Mana suami kau?" Banyak betul soalan yang di tanya. Bukan dia tak nak jawab cuma... Soalan tu sensitif sikit.

"Ya... Tapi..."

"Kita tak ada papa! Mama kata papa pergi jauh! Kita teringin nak ada papa..." Kata Elias sambil makan sepotong kek coklat. Aryan belanja. Terdiam El. Budak ni, sebelum dia dapat jawab memang budak ni akan jawabkan.

Aryan dari tadi hanya diam. Mesti dia ada banyak soalan yang nak tanya. Tapi maaf lah, tak selesa untuk beritahu. "Aku tak tahu apa jadi... Tapi sekarang ni kau seorang ibu tunggal?" Tanya Aryan. Selalunya orang lain tanya kenapa tapi dia tanya benda lain pula! Suka eh kau.

Dia mengangguk,tak tahu lah kalau Aryan nampak ke tak dia angguk tu. Dia perasan lelaki itu tersenyum sikit. Tadi muka dia beku je, nampak macam nak marah pun ada. Sekarang baru nampak dia senyum. Dah kenapa?

"Kau macam mana pula...? Dah ada isteri ke?"

"Tak,masih menunggu."

Melopong mulut El, lelaki sekacak ni tak ada isteri lagi? Tipulah kalau perempuan tak nak dia!

Dia perasan dari tadi lelaki ni tak pandang dia langsung dan hanya memandang bawah. Jaga pandangan mungkin? Bagus nya...

"Mama! Kita nak lagi kek coklat...boleh?" Tanya Elias. Patut lah mintak lagi,kek tadi dah habis. Tapi masalahnya tadi tu duit Aryan!

"Lain Kali lah?"

"Ala... Kek tu sedap!"

El mengeluh kecil, bukan dia tak nak beli. Tapi keadaan tak mengizinkan, duit dia cukup makan je. Duit rumah,yuran tadika,makan minum lagi.

"Uncle belanja. Elias nak apa, uncle belikan,"kata Aryan lembut. Alahai baik nya...

"Eh! Tak apa ke?"Tanya El. Lelaki itu mengangguk. Dia tak kisah habiskan duit dia untuk El dan Elias. Walaupun dia tahu Elias bukan anak dia. Lalu, Aryan dan Elias melangkah terus ke counter untuk memilih kek. Banyak juga kek yang di pilih oleh Elias. Amboi! Orang nak belanja laju je eh.

El hanya memerhatikan dua orang lelaki itu. Nampak macam bapak dan anak je...

Selesai sudah, dia terus bangun dari kerusi untuk balik. Kek yang di beli tadi dibungkus untuk bawa balik ke rumah. Dah la semua perisa dia ambik. Masalahnya kalau sepotong tu murah tak apa la juga! Ni sepotong kek tu pun dah berpuluh... Cepat-cepat dia berjalan keluar dari cafe tu.

"Aku hantar kau balik."

Terus dia menggeleng laju. Tadi dah belanja kek, pastu nak hantar kan balik? Tak menyusahkan ke...

"Err... Tak apa lah, boleh balik naik grab," ujar El sambil memegang tangan si kecil itu. Umur dah nak masuk 5  tahun, tapi comel je! Aryan terus membuka pintu kereta bahagian penumpang. El hanya berdiri ragu-ragu nak naik ke  tak. Tangan kecil Elias dilepaskan. Elias memasuki perut kereta di bahagian penumpang belakang.

Terus dia masuk ke dalam perut kereta. Tapi dia duduk bahagian depan penumpang! Malu lah dia...

┈┈♥︎┈┈

AKHIRNYA sampai juga ke rumah. Lelaki itu membuka kan pintu untuk dia. "Terima kasih tumpangkan dan belanja kek tu... Nanti aku bayar balik," ujar El, memandang lantai. Tak, kenapa dia rasa malu sangat sekarang ni?

Lelaki itu hanya angguk. Terus dia berjalan masuk ke dalam rumah bersama si kecil. "El! Ni ambil nombor aku."

El hanya mengambil sekeping kad kecil berwarna hitam yang dihulurkan oleh Aryan. Melopong mulut El bila dia baca kad tu. "Chief Executive office? Betul ke apa yang aku baca ni? Kau dah capai impian kau lah ni kan? Wow!" Ujar El dengan nada terkejut. Patut lah tak kisah nak belanja tadi. Tapi rasa bersalah pula...

"Hm."

El terus bergerak masuk ke dalam rumah. Aryan memastikan dia betul-betul dah masuk ke dalam baru dia bergerak balik ke rumah. Sebelum memulakan perjalan dia mengambil telefon dan dial nombor seseorang. "Aku nak kau check sorang ni."

Her Happiness: Mrs AryanWhere stories live. Discover now