16

164 8 0
                                    


"MARAH?" Tanya Aryan kepada El sebalik sahaja mereka habis makan malam di rumah keluarga nya. El hanya membuat muka. Dia bukan tak suka, cuma macam tiba-tibaa je. Dah lah Umi Aryan tu suruh dia panggil dia Umi. El mengeluh kecil. Dia memandang Aryan. Mencari kebenaran.

"Kau memang nak kahwin dengan aku ke apa? Kenapa Umi macam nak jodohkan kau dengan aku? Kau sanggup ke jaga aku yang Ibu tunggal ni?" Tanya El bertalu-talu. Bukan apa tapi dia mahu kepastian. Dia tak mahu ulang benda yang sama walaupun bukan salah dia.

"Wow,listen. First, aku dah lama simpan perasaan dekat kau. 8 tahun ya, waktu aku dapat tahu yang kau ada anak hati aku hancur. Aku rasa kecewa tetapi tu bukan salah kau. Salah aku juga sebab nama kau masih dalam hati dan dalam doa aku. Sekarang, aku tak kisah kau ada anak. Aku sanggup jaga kau dan Elias. Kau tak cinta kan aku? Takpe, lepas kahwin kita boleh bercinta," terang Aryan panjang. Mata dia tertumpu pada langit hitam.

El hanya memerhati Aryan,agak teruja. Tak pernah lagi mana-mana lelaki cakap sedemikian kepadanya. Dia terharu, tetapi dia masih tak boleh letak 100% kepercayaan kepada lelaki ini.

"Tapi kita ni manja," terus dia bertukar panggilan.

"Takpe, aku lagi suka yang manja ni. Comel."

"Tapi kita minat k-pop."

"Takpe,janji kau tak curang."

"Ish! Buat apa nak curang..."

Aryan ketawa kecil. Allahuakbar,comelnya.  Sepanjang dia kenal El, ni kali pertama dia nampak sisi baru El. El hanya menjeling Aryan, dari tadi dia perasan yang Aryan asyik senyum je. Suka lah tu.

Sunyi pula keadaan sekarang. Baru dia perasaan sekarang hampir pukul 10 malam. Alamak! Dah lewat. "Maaf, kita balik dulu!"

"Jom aku hantar kau balik. Dah lewat ni. Tak elok perempuan macam kau balik sorang-sorang," ujar Aryan. Belum sempat dia membantah, Aryan sudah berjalan masuk ke dalam rumah untuk mengambil kunci kereta.

┈┈♥︎┈┈

SAMPAI juga di rumah. Nampak Ameera sedang bermain telefon di ruang tamu miliknya. Aduh, Jap lagi mesti banyak soalan. Elias dah tidur kot? "Balik pun! Macam mana kau punya sesi dengan mak mertua?" Gurau Ameera.

"Esok lah aku cerita. Aku penat," ujar El, lalu terus bergerak ke bilik. Dia hanya hiraukan Ameera, dia memang tak ada tenaga sekarang.

Ameera mencebik. Baru dia nak korek rahsia. Tapi takpe lah, nanti dia akan tahu juga.

Pejam celik terus di tanya macam-macam soal seperti dia telah melakukan sesuatu yang teruk. Macam soal siasat lah. Baru bangun tau, terus kena soal.

"Cepatlah bagitau, apa jadi semalam!" Tanya Ameera, tak menyabar. Tak lari mana pun, dia akan ceritakan juga.

"Tak ada apa-apa pun. Cuma, mak dia nak aku jadi menantu dia," ujar El, sambil menggosok baju miliknya. Bersiap sedia untuk ke tempat kerja. Semalam dia susah nak tidur sebab banyak sangat fikir. Kalau boleh dia tak nak fikir, tapi menganggu sangat.

Ternganga mulut Ameera. "Senangnya kau! Tak buat apa-apa dah diterima eh! Macam mana kau nak tak? Aryan tu baik je aku tengok. Berduit lagi, tak payah kau nak kerja lagi dah," kata Ameera. Senang je dia cakap eh? Ingat duit tu senang nak dapat?

Memang lah Aryan tu berharta, tetapi dia tak boleh nak mengharapkan Aryan setiap masa. Dia pun perlu berdikari juga.

Eh! Kenapa dia fikir fasal Aryan pula ni? Hati dah terbuka ke? Tak! Belum! Masih berfikir.

Kalau boleh dia nak fikir masak-masak dulu baru dia akan bagitau. Bukan apa, dia takut menyesal dengan keputusan dia sendiri.

Biar lah lama berfikir, janji tak menyesal awal.

Her Happiness: Mrs AryanWhere stories live. Discover now