4

173 15 0
                                    

SELEPAS sahaja sampai di rumah,Aryan terus bergegas untuk masuk ke bilik tetapi puan Zahra menghalangnya. “Cantik juga si El tu. Nama dia pun cantik macam tuan badan. Tak berkenan ke?” Tanya puan Zahra kepada anak sulungnya.

“Ma, berkenan memang lah tapi kalau tak ada jodoh macam mana?” Kata Aryan.Ya dia dah lama sukakan El kalau boleh nak masuk meminang terus. SPM pun belum lagi nak jaga anak orang?

“Mama bergurau je.”

Dia mengeluh kecil dan terus menuju ke biliknya.

Selepas habis sahaja dia habis mandi,dia terus belajar. Haih,tadi dah tuisyen pastu balik pun belajar lagi? Budak pandai memang macam ni eh.

Tiba-tiba dia terfikir, “Hm,kalau lepas SPM nanti aku terjumpa El balik…”

Terus dia menggeleng kepala,baik dia belajar daripada fikirkan anak dara orang!

┈┈♥︎┈┈

WEH kau dah siap ke kerja sekolah cikgu bagi?” tanya Ameera.

Melopong mulut El, dia terlupa! Ingatkan tak ada kerja sekolah. Sebab tu dia banyak baca novel je. “Alamak weh…macam mana ni” tanya El gelisah. Dah la cikgu tu garang,dia memang takut betul dengan cikgu tu. Harap cikgu tu terlupa lah.

Cikgu Fatima melihat kelas sebaik sahaja dia masuk ke dalam kelas. Tangan El sekarang mengigil teruk. Dia takut! Tolong huaa…

“Cikgu ada bagi latihan tak?” tanya cikgu Fatima. Dia lupa tu tolong lah jangan ingatkan!

“Ada cikgu!”

‘Kau memang anak kambing weh!’

Cikgu Fatima mengangguk lalu pergi ke meja setiap orang untuk tengok latihan yang diberi olehnya.

Sampai sudah ke meja El. “Ha El, mana latihan kamu? kosong je ni,”

Lain kali kuat lagi suara tu biar kelas sebelah dengar. Eh tak baik kutuk cikgu! Astaghfirullah…

“Nama Eleanora. Dah cantik dah tapi latihan tak siap lagi? Siapa je nak kamu kalau perangai macam ni? Ke kat rumah jaga anak?” sindir cikgu Fatima. Dia malu sekarang,dia hanya memandang lantai.

‘Ada je yang nak, tu Aryan tu. Eh gurau’ bisik El dalam hati. Cikgu Fatima menggeleng dan terus beredar dari situ.

Aryan hanya memerhati dari jauh, dia hanya diam sahaja. Lantas,dia  menyorok buku latihan dia ke bawah meja.

“Aryan mana buku kamu?” Tanya cikgu Fatima. Riak wajah Aryan hanya dingin. Dia hanya diam.

“Kamu top student pun boleh tertinggal buku? Jaga anak juga ke?” Sindir cikgu Fatima. Memang tu je ke ayat yang cikgu selalu cakap? Dah boleh hafal dah.

“Maaf cikgu,” jawab Aryan lembut. Pelajar lain terkejut melihat Aryan kena marah. Macam tak percaya Aryan yang top student tu tertinggal buku latihan. Tak pernah lagi jadi macam ni. Cikgu Fatima mendengus kasar,malas nak layan.

“Eloklah tu,sorang tak siapa latihan sorang tertinggal buku latihan. Kahwin je la kamu berdua.”

Murid lain sudah bersorak. Muka El sekarang berona warna merah,dia memandang Aryan sekilas. Tiada reaksi langsung! Dingin sahaja muka dia. Menang susah nak tengok Aryan senyum. Tapi haritu dia dapat tengok senyuman Aryan! Ada lensung pipit sekali! Comel je. Eh.

Lalu cikgu Fatima hanya membiarkan dan memulakan pembelajaran. Baik dia mengajar daripada buang masa membebel.

┈┈♥︎┈┈

PANAS sungguh hari ini. Hari ni dia keluar dengan Ameera untuk study. Tapi masalahnya kenapa pilih tempat panas? Agak-agak lah study dekat tasik! Berpeluh dah ni,kalau dia terjun dalam tasik ni boleh tak.

“Kau ni nak cari tempat study pun pilih lah tempat yang elok sikit. Perpustakaan kan ada,cafe ke. Ni tak! Tasik juga pilihan kau eh,” Bebel El. Dia geram dengan kawan dia ni. Dah la dari tadi tak sentuh buku.Entah apa yang di cari pun tak tahu la.

“Isy! Kau ni, aku nak healing lah. Setiap masa belajar,sakit otak aku. Kita rehat kejap lah hari ini!” Kata Ameera sambil tersengih.

Healing la sangat. Ni kau cari siapa?”

“Ni kan tasik,mestilah banyak lelaki kacak kan?” El membuat muka meluat. Menyempat je kawan dia ni. Malas nak layan,dia sambung belajar. Walaupun panas. Suasana tasik sekarang tidak lah sesak dengan orang ramai.

“Kau perasan tak? Semalam kan kau tak siapa latihan cikgu bagi tu, pastu Aryan pula tak bawa buku latihan tu. Kau tak rasa suspicious ke? Ye la,dia mana pernah terlupa barang. Entah-entah…” kata Ameera panjang. El hanya diam. Betul juga, tak pernah lagi Aryan lupa apa-apa.

“Dia pun manusia juga,mesti lah boleh lupa.”

Ameera mengangguk. Dia masih memerhati kawasan tasik. Apa dia ingat ni tempat jumpa jodoh ke?

Tiba-tiba dia teringat perbualan dia dengan Aryan

"Cita-cita kau nak jadi apa?" El tersentak apabila ada orang bercakap dengan dia. Tengah sedap mengalamun, tiba-tiba je ada orang cakap dengan dia. Spoil mood betul!

"Aku? Kalau boleh aku nak jadi penulis! Tapi macam susah je. So another choices is aku nak buka business sendiri! Tapi bukan company lah, nak buka cafe. Tenang je," jawab El dengan bangga. Dia angguk,faham.

"Aku pun sama, tapi bezanya aku nak ada company sendiri ataupun tubuhkan hotel. Insyallah," ujar Aryan lembut. Tidak pernah lagi dia dengar Aryan cakap lembut macam ni.

Kalau Aryan,confirm impian dia akan tersampai. Insyallah.

Author note —
Macam mana okay tak? Vote lah hehe

Her Happiness: Mrs AryanWhere stories live. Discover now