3

191 14 0
                                    

MACAM biasa kalau hari sabtu je mesti kena pergi tuisyen.  Tapi kali ni tuisyen dekat tempat lain, tidak lah jauh sangat dengan rumah dan juga tidak lah terlalu dekat. Kalau ikut kan boleh je pergi naik bas. Tapi disebabkan ayah boleh hantar kan dia, dia tak nak la lepas kan peluang hehe.

El hanya mengenakan blouse merah jambu,jeans hitam dan tudung seledang warna hitam. Dia hanya calit sedikit lipbam sebab bibir dia kering.Nak pergi tuisyen je buat apa nak cantik bagai? Tapi mana lah tahu tiba-tiba terjumpa jodoh!

Nasib baik ayah boleh hantarkan pergi tuisyen. Ayah ada kata, bos anak dia pun pergi ke tempat tuisyen sama. Ingatkan nak berkawan dengan anak bos tu tapi lelaki pula, tak jadi lah. Malu.

Sampai sahaja di pusat tuisyen, terus El bergegas masuk. Masih awal lagi dan tidak ramai. Harga tuisyen ni tak ada lah mahal mana. Dia mengambil tempat  di tengah.

Sambil menunggu, dia membaca nota ringkas. Tidak menyedari ada seorang lelaki duduk di sebelahnya. Dia pun pandang ke sebelah. Eh? Macam kenal.

Lelaki itu menjungkitkan kening sambil tersengih. Ada lesung pipit, kenapa dia tak pernah perasan?

"Hey pretty lady," ujar lelaki itu.

"Eh Aryan, kau tuisyen dekat sini juga?" tanya El. Dia cepat cepat beralih pandangan daripada renungan Aryan.

"Hm, ya," ringkas jawapan Aryan. Ni la dia malas nak cakap dengan Aryan. Dry sangat.

'Tapi ada banyak tempat kosong kenapa sebelah aku juga?' Bisik El dalam hati. Bukan apa dia tidak berasa selesa kalau lelaki bukan mahram duduk sebelah dia. Aryan ni pun bukan nak tanya dulu.

El duduk selang satu daripada Aryan. Halal gap. Dia hanya memandang bawah sebab dia berasa seseorang merenung dia dari tadi. Ya, Aryan. Dia tidak selesa. Dia memandang Aryan sekilas. Oh? Dia tengah buat latihan lah! Perasan.

Buat apa dia nak pandang kau?

Bagus lah dia tak pandang, jaga pandangan. Kita suka! Eh? Entah-entah jodoh orang.

Sekian lama menunggu, akhirnya cikgu tuisyen memulakan pelajaran. 

┈┈♥︎┈┈

AKHIRNYA tamat juga kelas tuisyen. 3 jam belajar matematik. Penat otak nak ingat. Perut sudah meronta-ronta minta untuk di isi. Lantas, El terus mengambil makanan ringan di dalam beg.

Ya, dia bawa makanan ringan untuk dia makan. Mana tahu lapar? Tadi masa cikgu mengajar pun dia diam diam makan gula-gula. Nak hilangkan rasa mengantuk. Nasib baik tak ada siapa perasan.

Dia duduk di tempat perhentian bas berdekatan. Sunyi. Tiada orang.

Ayah El tak dapat nak ambik kan sebab kerja. Terpaksalah dia balik sendiri. Nasib baik tak jauh sangat dari rumah kalau tidak memang tak lah dia nak balik sorang. Bukan apa, sekarang banyak kes hilang lah bunuh lah. Ibu dia pun risau akan keselamatan dia.

Sambil-sambil menunggu, dia berasa pipi dia sejuk. Terus dia berpaling ke tepi. Aryan lagi.

"Untuk aku ke..?" El tanya. Dia mengambil air tin ice lemon tea dari Aryan. Aryan hanya mengangguk.

Terima je lah orang nak bagi.

"Kau tunggu bas ke kat sini?" Tanya Aryan. El hanya mengangguk.

Setelah 20 minit, dia masih menunggu bas. Haih, bas memang tak lalu ke apa? Ke dia terlepas. Penat woi tunggu, dah berpeluh dah ni.

Yang dia pelik, Aryan tak balik lagi. Takkanlah dia balik naik bas pula? Kemudian, sebuah kereta Lexus berhenti di hadapan perhentian bas. Nak ambil Aryan kot.

Aryan berjalan ke arah kereta tersebut dan masuk ke dalam perut kereta. Eh? Tiba-tiba dia keluar balik dan berjalan ke arah El.

"Aku tumpangkan kau balik," ujar Aryan. Terkial-kial El memandang Aryan. Biar betul? Tak pernah lagi orang tumpangkan dia balik lagi-lagi lelaki.

El menggeleng dan tersenyum kekok. "Tak apa lah, macam menyusahkan je," ujar El sambil menundukkan pandangan.

Aryan mengeluh "tak menyusahkan pun, aku yang suruh mak aku hantarkan kau balik. Bukan apa, tempat ni sunyi. Kalau tiba-tiba sekumpulan lelaki datang kacau kau macam mana? Tak takut ke? Lagi pun rumah kau kan tak jauh dari sini kan?" Ujar Aryan dengan suara yang agak..risau? Dia risau ke? Eleh..

El hanya angguk dan ikut Aryan memasuki ke dalam perut kereta Lexus. Ehem! Aryan duduk di depan tempat penumpang. Mak dia hanya tersenyum sahaja. Nampak muda! Cantik!

Suasana di dalam kereta agak kekok. Lama lagi ke nak sampai rumah ni?

┈┈♥︎┈┈

SAMPAI juga di rumah. Terasa seperti 1 jam perjalanan. Itu lah yakin sangat mak Aryan tu jenis pendiam juga! Tapi banyak betul soalan yang diajukan oleh mak Aryan tadi.

Nasib baik soalan basic, kalau tak memang dia dah lompat dari kereta tu..

El memasuki rumah dia dan memberi salam. Sunyi, macam tiada penghuni rumah. Padahal ibu ada dekat rumah!

El melangkah ke dapur, dia tahu ibu selalu ada dekat dapur kalau tak mesti dekat ruang tamu. Layan kdrama.

"Ibu, masak apaa," tanya El sampai memeluk ibunya. Anak tunggal kan, mesti lah manja. Ibu hanya tersenyum melihat anak tunggalnya itu.

"Masak ayam cili api je. El okay kan?" Ujar Puan Ayla. El meleraikan pelukan dan angguk.

"Dah pergi mandi,lepas mandi makan"

Lantas, dia terus melangkah ke bilik dan membersihkan diri. Memang kalau balik rumah mesti kena mandi, sebab banyak kuman.

Selesai sahaja membersihkan diri, dia terus bergegas ke ruang makan. Lapar! Tadi hanya alas perut untuk dia sahaja. Sedap dia menjamu selera nasi ayam cili api itu.

Malam menjelma, dia bersandar di penjuru katil. Novel di tangan dibaca. Memang kalau sehari tak baca novel memang tak sah. Rasa macam ada yang berkurang. Selalu nya dia baca malam je.

Mula berasa mengantuk, novel di tangan terus ditutup. Lalu, dia terlena.

Her Happiness: Mrs AryanWhere stories live. Discover now