21

242 9 2
                                    

SELESAI sahaja bersanding, hampir pukul 8 malam. Penat! Dia orang akan bermalam di hotel. Gelisah sikit hati El ketika ini, sebab dia akan tidur sekatil dengan Aryan!

Dia masih lagi takut jika ada apa-apa akan terjadi. 'Kalau...' terus dia menggeleng, menghapuskan perkara negatif di dalam fikiran.

Dia baru je selesai membersihkan diri. Sekarang Aryan berada di dalam bilik air. El membaringkan dirinya di atas katil. Penat juga hari ini. Penat layan orang je. Teringat dia dekat Aryan tadi, siap suapkan lagi. Lepas suapkan, Aryan tenung dia tak berkelip langsung. 'Argh!' Jerit El dalam diam. Dia bergolek-golek di atas katil sambil menutup muka.

Terdengar pintu bilik air dibuka terus dia bersembunyi di dalam selimut, buat-buat tidur.

Aryan yang baru sahaja selesai membersihkan diri, dia hanya memandang isterinya yang berbaring di atas katil. Dia hanya memakai pakai baju t-shirt dan berseluar pendek sahaja. "Penat eh sayang? Kesian dia..." ujar Aryan, dalam dia tahu bahawa isterinya masih belum tidur lagi.

Aryan hanya menggeleng apabila tidak mendapat apa-apa balas dari si isteri. 'Dah tidur kot,' fikirnya.

"Dah tidur ke sayang? Selamat malam," satu kucupan singgah di dahi isteri.

┈┈♥︎┈┈

BANGUN juga dari tidur, cepat-cepat dia bergegas bangun masuk ke dalam bilik air. Mata dia masih kabur, dia tak sangka yang dia akan terlajak tidur!

BAM!

"Ouch!" Dia memegang dahi dia dengan telapak tangan. Terlanggar dinding ke, takkan lah. Tapi sakit! Dia mendongak ke atas untuk melihat di depannya. 'Allahuakbar!' Terkejut dia nampak muka lelaki di hadapannya ketika ini. Dia meraba kepalanya, tak bertudung! Malunya...

"Sayang? Dah bangun dah? Ingatkan nak kejut tadi solat sama-sama," kata lelaki itu lembut.

Ha apa dia panggil?

Dia mencelik matanya, mamai sungguh ya? Ternampak senyuman si suami. Lah! Dia terlupa yang dia sudah sah menjadi isteri. Maaf lah, penat sangat agaknya.

"Um awak, pergi lah solat dulu. Kia nak mandi..." ujarnya perlahan, masih ada sisa kantuk.

"Tak apa, kita tunggu."

"Kalau macam tu! Sekejap tau! Kita mandi sekejap je!" Jerit nya lalu melangkah masuk ke dalam bilik air. Aryan hanya tersenyum, ingin mengusap kepala si isteri tetapi dia mempunyai wuduk.

Selesai memberi Salam, lalu Aryan membaca doa.

Habis sahaja bacaan doa, terus Aryan memusingkan badanya ke belakang,memandang si isteri. El mengambil tangan suami yang dihulurkan lalu mengucupnya. Aryan hanya tersengih lalu membaringkan kepalanya di atas peha isteri. El terkejut melihat tingkap laku suaminya.

"Awak,kalau nak tidur pergi lah tidur atas katil..."

Aryan memejamkan matanya, "shh, nak rehat kejap."

El tersenyum malu, dia mengusap kepala Aryan, 'kenapa rambut Aryan lembut je?' fikirnya dalam hati. Hanya bunyi kipas sahaja yang didengari.

"Ha! Turun pun pengantin baru! Buat apa lah dalam bilik tu!" Usik Ammara, saja dia memang suka mengusik orang lagi-lagi abang dia.

"Buat anak lah tu," kata Aqeel selamba. Aryan menyiku belakang kepala adiknya itu. Aqeel meringis kesakitan, mengusap belakang kepalanya.

"Dah, jangan gaduh. Umi dah masak sarapan. Makan," ujar Puan Zahra. Aryan menolak kerusi ke belakang untuk isterinya duduk, lalu dia duduk di sebelah El. "Mama!" Jerit Elias, Aryan mengangkat Elias lalu meletakkan Elias di atas pehanya. Aryan mengomol pipi Elias, semakin berisi pipinya. Banyak sangat makan makanan manis ni.

Her Happiness: Mrs AryanWhere stories live. Discover now