20

174 11 0
                                    


MAJLIS pernikahan akan dijalankan dalam beberapa jam lagi. Di memakai baju kurung berwarna putih yang dipilih oleh Puan Zahra. Simple tetapi cantik! Sebenarnya sekarang dia berasa nervous,takut. Solekkan yang di pakai tidak lah tebal mana. Dia memandang dirinya melalu pantulan cermin.

‘Macam tak percaya kita akan bergelar sebagai isteri orang sebentar lagi,’ fikirnya dalam hati. Dia hanya termenung memikirkan perkara yang lepas tapi… Ameera pernah kata lupakan perkara yang lepas. Ya, dia akan bersungguh-sungguh melupakan perkara yang lepas dan hanya fikir perkara yang positif.

Perasaan takut,nervous mesti ada sebelum akad nikah. Selepas akad nikah dia akan pikul dua tanggungjawab. Sebagai Ibu dan isteri, dia berharap dia akan menjadi seorang isteri yang taat kepada suami. ‘Kenapa lah, kahwin sangat menakutkan? Boleh tak dia lari sekarang?’ ujarnya di dalam hati.

Ariana dan Ameera memasuki bilik yang diduduki oleh El. Mereka hanya tersenyum melihat penganti perrempuan itu. “El! Jom!” Ujar Ameera, El hanya mengangguk. Sudah hampir masanya.

Mereka menaiki kereta lalu menuju ke masjid untuk akad nikah.

Sampai sahaja di masjid, ramai yang sudah menunggu. Dia duduk di tempat yang disediakan. Ternampak Puan Zahra,Ammara dan Aqeel. Ahli keluarga itu hanya tersenyum melihat kecantikan El. Okay, sekarang dia betul-betul takut sebab ramai orang! Ada sedara mara Aryan.

“Pengantin lelaki dah sampai!” Jerit Qayyum. El memandang lelaki segak yang berjalan masuk ke dalam masjid. Baju melayu dan songkok di atas kepala menampakkan dirinya kemas dan segak. Elias tersenyum gembira, dia duduk di atas peha Puan Zahra.

Aryan melihat ke arah El, dia tersenyum. El menunduk malu. Tok kadi yang berada di hadapan Aryan hanya tersenyum. Saksi Dan wali pun sudah ada. Disebabkan, Ayah El sudah meninggal, terpaksalah dia memanggil wali Hakim kerana El tidak mempunyai ahli keluarga lelaki yang lain.

“Sikit je lagi!” Bisik Ameera kepada El. Dia tahu kawannya itu nervous.

“Pengantin lelaki dah bersedia ya?”

Aryan mengangguk.

“Aryan Zayren Bin Ar-Rayyan.”

“Saya.”

“Aku nikah kan dikau dengan Eleanora Aulia Binti Edris mas kahwin Rm10,000 ringgit tunai.” Ujar Tok Kadi.

“Aku terima nikah ya Eleanora Aulia Binti Edris dengan mas kahwin tersebut," ujar Aryan lancar sebutannya.

“Sah?’

“Sah”

“SAH!”

“Alhamdulillah,majlis akad nikah berjalan dengan lancar.” Terus mereka berdua lalu mengaminkan doa. Sebelum acara pembatalan wuduk, tok kadi memberi sedikit nasihat kepada Aryan.

“Bila sudah digelar seorang suami, tanggungjawab itu pasti ada. Jika sebelum ini tanggungjawab sebagai anak. Selepas akad nikah pula tanggungjawab sebagai suami. Bila dah jadi suami, jangan kamu arahkan isteri kamu buat kerja je. Fahamkan diri dia, jaga dia elok-elok. Jangan kamu sakiti hati seorang isteri. Tanggungjawab sebagai isteri hanya perlu taati seorang suami sahaja. Tiada istilah ‘oh perempuan kena buat kerja rumah, oh perempuan kena masak’ tak semestinya. Jika wanita itu mampu membuat segalanya, jangan kamu biarkan sahaja tetapi bantu lah dia,” nasihat kepada Aryan. Aryan mengangguk faham.

Sekarang Aryan bangun untuk menunaikan solat sunat.

El hanya menunggu Aryan ataupun lelaki yang sah menjadi suaminya.

Selesai sahaja, Aryan terus bersila di hadapan El. Mereka bertentangan mata. “Assalamualaikum,isteri abang.”

“Waalaikumussalam,” jawab El malu. Lalu dia menyarung cincin di jari manis Aryan. Dia menunduk mencium tangan Aryan. Aryan merapatkan wajahnya ke hadapan lalu mencium dahi isterinya. Lama. Aryan menjarakkan dirinya dari muka El lalu dia menyarungkan cincin di jari manis El. Dia tersenyum sambil mengusap tangan isterinya.

Her Happiness: Mrs AryanWhere stories live. Discover now