5

189 11 2
                                    

SUDAH berapa bulan berlalu, dia semakin rapat dengan Aryan. Tidaklah terlalu rapat sampak chat setiap masa. Hanya sekadar rakan sekelas, sebab dia selalu dapat group presentation dengan Aryan. Agak tidak selesa bercakap dengan lelaki. Tetapi terpaksalah layan sebab dia selalu cakap perihal penting. Selalunya pasal sekolah lah.

Kalau Aryan mesej dia tanpa sebab dia takkan layan sangat. Bukan tak layan, balas pun tak. Tapi kadang-kadang kesian dekat Aryan. Jawab je lah sepatah pun.

Tapi yang dia peliknya, sejak menjak ni Aryan suka kacau dia. Penat layan. Selalunya dia tak banyak cakap tapi sekarang dah banyak cakap dah. Dah pandai dah Aryan sekarang.

Sekarang subjek perniagaan, cikgu ni selalu lambat masuk kelas. "Lea," El terus berpaling ke arah suara itu. Aik, siapa yang panggil dia dengan nama panggilan 'Lea' tu? Tak pernah sorang pun panggil dia macam tu.

El hanya menjeling jejaka itu. Malas nak layan.

"El. Lea. Nora."

Eh mamat ni sepak kang.

Ameera ni pun satu asyik nak tepuk paha orang je. El berpaling ke Ameera dan menjungkitkan kening. "Apa!" Tanya El.

Terkejut Ameera. Aryan tergelak kecil melihat terlatah El. Dia terus beredar dari tempat El apabila cikgu perniagaan sampai kelas.

Macam berpakat pula Aryan dengan Ameera ni. Suka betul kacau orang.

Patutnya Aryan tu diam je lah, lagi bagus.

┈┈♥︎┈┈

"NAH," dia menghulurkan satu beg kertas kepada El. El tercengang melihat beg kertas yang dihulurkan oleh Aryan. "Apa ni?"

"Ambil, rezeki."

El mengambil beg kertas yang dihulurkan olehnya. Dia melihat isi di dalam beg kertas itu. Melopong mulut El melihat isi di dalam beg kertas. Novel weh! "Untuk aku ke weh," dia bertanya, mata dia bersinar. Kalau nak bagi memang rezeki aku! Novel percuma kot!

Aryan mengangguk dan beredar dari meja Nayra. "Wei dia bagi apa," tanya Ameera. Maklumlah first time dapat hadiah dari lelaki novel pula tu! "Novel weh, semua yang aku nak." El tersenyum gembira. Siapa je tak gembira dapat novel percuma?

Ok lah kali ni je dia layan Aryan, tu pun sebab bagi novel free!

"Untung la dapat novel free"

"Kau tak rasa dia suka kau ke?"

El terdiam. Dia tidak pernah terfikir begitu. Dia hanya fikir Aryan sebagai kawan. Eh! Musuh ketatnya, Aryan agak menjengkelkan dengannya tetapi tidak dengan orang lain. Aryan juga merupakan seorang yang agak pendiam dan dingin. Tapi kalau dengan aku! Banyak betul cakap.

"Tak adalah."

Lepas balik sekolah.

El meletakkan beg sekolah nya di atas meja belajar, tidak lupa beg kertas yang diberi oleh Aryan. Dia tersenyum gembira. Nayra membersihkan diri dan menunaikan solat zohor.

Selepas membersihkan diri dan menunaikan solat fardhu, dia melihat telefon bimbit miliknya. Mana tahu ada orang mesej kita, eh ada la! Dia kenal milik nombor itu, Aryan. Walaupun dia tidak menyimpan nombor Aryan kerana dia tidak akan sama sekali menyimpan nombor lelaki bukan mahram.

Dia membaca mesej Aryan.

013*****9
-Suka?

El
-Thanks
-Kenapa bagi aku?

013*****9
-Aku nampak repost TikTok kau, aku bagi la

Berkerut dahi El melihat mesej Aryan. Gila ke dia ni?

El
-Dasar stalker

013*****9
-Nanti dah habis baca cerita dekat aku

'Dia ni kenapa suruh aku ceritakan? Dia bukan suami aku' gumam El dalam hati. Dia sentiasa indamkan seorang lelaki yang mahu mendengar dia bercerita fasal novel.

El
-Tak nak lah!
-Kau bukan suami aku!

El menunggu balasan dari Aryan tetapi dia hanya seen. El mengeluh dan meletakkan telefon miliknya di atas meja lampu.


┈┈♥︎┈┈

4 BULAN KEMUDIAN

SPM hampir menjelang. Sudah kesuntukan masa. Tiada lagi masa untuk berseronok. Pagi petang dia hanya menghadap buku. Kalau hari sabtu dan ahad pagi mesti dia akan pergi ke kelas tambahan di sekolah yang cikgu anjurkan tanpa bayaran.

Petang pula, dia akan pergi ke tuisyen berbayar berdekatan dengan rumah. Penat, tetapi dia mahu mencapai impian dia.

Novel di rak tidak langsung disentuh olehnya, rindu untuk membaca tetapi pembelajaran di dahulukan. Telefon pun jarang disentuh, sentuh hanya untuk bertanya soalan kepada cikgu.

Aryan juga sudah jarang bercakap dengannya. Bukan dia tak tahu yang Aryan tu sebelum ini suka betul mesej dia tanpa sebab. El tak berapa nak layan sangat, sebab tak penting kan.

Tolong lah, kita sebagai perempuan tak patut bercakap dengan lelaki bukan mahram tanpa sebab. Dia pun tahu, dia pun rasa betapa susah nya untuk jauhkan diri dari lelaki kalau ada lelaki cakap dengan dia. Macam Aryan lah.

Tapi alhamdulillah sekarang dah jarang.

Sekarang sudah pukul 8 malam. Makan petang dan malam belum lagi. Perut sudah meminta untuk di isi. Dia berhenti belajar sekejap untuk rehat. Ya la, dari tadi belajar tak berhenti. Kalau berhenti pun untuk solat je.

Dia bangun dari meja belajar dan berjalan ke dapur.

"Dari tadi tak keluar bilik baru nak keluar?" perli puan Ayla.

"Ala.. SPM lagi berapa minggu je ibu. Banyak lagi nak kena cover," ujar El sambil mencari makanan di dalam peti ais. Tu lah siapa suruh study tak berhenti.

"Ada lauk dalam peti ais tu pandai-pandai panaskan sendiri.Ibu nak pergi solat isya kejap," kata puan Ayla.

El hanya mengangguk dan mengambil lauk yang terletak di dalam peti ais lalu dia memanaskan lauk. Dapat jugak di makan. Ingatkan nak jaga makan tapi tu la. Sekarang dia gemar makan malam.

Selepas habis memanaskan lauk dia terus mengambil pinggan dan menyedok nasi. Dia menjamah makanan dengan berselera.

┈┈♥︎┈┈


SPM akhirnya tamat juga.

"Alhamdulillah, dah boleh tidur setiap masa," ujar Ameera. El hanya menggeleng melihat rakannya itu. Dia juga lega,dapat juga dia baca novel nanti! Banyak lagi novel yang dia nak baca. Tak sabar nak baca novel setiap hari!

"Gembira nampak," kata Aryan kepada El. El hanya tersenyum nipis. Fikir dia takkan tegur rupanya dia tegur juga! Tak apa lah, lepas ni dah tak boleh jumpa dah. Layan je...

"Ye lah, dah boleh baca novel setiap masa."

Aryan hanya tersenyum. El melarikan pandangan dia ke tempat lain. Aryan ni pun,tak payah lah tenung anak Dara orang tu. Ameera hanya memerhati sambil tersengih. El hanya menjeling. Mula lah tu nak sakat orang.

"Kau rasa, nanti satu hari kita jumpa lagi tak," Tanya Aryan. Berkerut dahi El mendengar soalan Aryan.

"Kalau ada jodoh..."

Aryan hanya terdiam.Dia terus beredar dari situ. El mengeluh kecil.Tapi betul la apa dia cakap.Kalau ada jodoh maka jumpa lah kita,tak ada jodoh? Tak jumpa lah.

Her Happiness: Mrs AryanWhere stories live. Discover now