10

159 9 0
                                    

"BERAMBUS. Kau memang tak layak ada dekat sini!" Kata Laila kepada El. Dugaan. Dia tak pasti di mana salahnya, sedangkan bukan dia yang patut uruskan oder customer tu.

"Cik! Bawa bersabar puan!" Kekecohan berlaku di depan butik selepas satu customer complain tentang baju yang dibeli olehnya. Boleh je bawa berbincang tapi tu lah...orang kaya kan.

"Aku tak kisah! Aku beli mahal tapi dah koyak!" Kata Tengku Alisha.

Masa dia beli haritu elok je tau. "Maaf cik, selepas 10 hari dah tak boleh tukar. Saya pasti masa cik beli baju ni tiada kerosakkan," kata El lembut dengan penuh sabar.

"Ah aku tak kisah! Aku baru je pakai pastu dah koyak!"

PANG!

Terteleng wajah El selepas kena tamparan oleh Tengku Alisha. Dia pegang pipi dia kemerahan, ada sedikit darah di bibir. Staff lain hanya mendiamkan diri Dan tidak bantu El.

"Apa! Baru tampar sikit dah sakit? Lemah!" Kata Tengku Alisha sinis. El memandang Tengku Alisha dengan wajah tegang.

"Cik kalau nak buat masalah kat sini, boleh balik kot. Kat sini pun ada peraturan. Salah cik tak tengok baju tu betul-betul sebelum beli. Sibuk leka dengan tengok telefon. Tapi yang saya pasti baju tu memang tiada kerosakkan langsung masa puan beli. Walaupun bukan saya yang uruskan counter pada masa tu tapi saya pasti, butik ni takkan ada langsung satu kerosakkan melainkan customer yang rosakkan. Cik baru pakai kan baju tu? Maksudnya badan puan yang masalah!" Sindir El.

Apa betul lah dah 20 hari baru nak pakai tahu-tahu je lah.

Tengku Alisha dengan wajah bengis mendekati El lagi sekali. Tangan itu mengangkat tinggi untuk menampar pipi wanita tu, El hanya memejam mata. Sedia..

"Cukup!"

Ada tangan yang menahan tangan Tengku Alisha. Datin Asiah! Pemilik butik ni. Habis lah dia...

El menenguk air liur. Seram.

"Cik, saya pasti dekat sini dah tulis. Selepas 10 hari tak boleh tukar atau buat aduan."

Tengku Alisha mendengus kasar dan berlalu pergi dari situ. "I will never buy from this store ever again!"

El hanya menunduk takut, dia pasti dia akan kehilangan kerja sekarang. "Awak Eleanora kan? Kenapa awak tak boleh nak handle customer elok-elok! Habis jatuh identiti butik nanti!" Kata Datin Asiah. Dia takut, kalau dia hilang kerja nanti anak dia macam mana?

"Awak punya reputasi dekat sini sebagai kerja pun teruk. Saya dah banyak Kali terima aduan dari staff lain. Mula-mula memang saya diam sahaja tapi sekarang tak lagi. Sejak esok jangan jejaka kedai ni lagi!" Ujar Datin Asiah panjang kepada El. Terkedu El, tekaan dia betul. Tapi selepas ni macam mana? Makan minum Elias? Yuran Elias?

Dia menahan air mata dari keluar walaupun sudah bertakungan. Tidak, dia tak patut tunjuk yang dia lemah. Tak dia tak lemah...

"Maafkan saya, saya akan pergi dari sini jika itu yang Datin mahukan." Terus El bergegas ke bilik kerja untuk mengambil beg dan menukar pakaian.

┈┈♥︎┈┈

Dia terus pergi ke tadika untuk mengambil Elias. Agak awal tetapi kali ni dia dapat juga mengambil Elias dari tadika. Mesti gembira budak tu.

"Eh mama!" Elias berlari anak ke El lantas memeluk El dengan erat.

"Mama ambil Elias arini! Mama takde kerja ke?" Kata Elias. Mati senyuman El bila teringat apa yang terjadi. Terus dia lap air mata yang hampir pecah.

"Mama habis kerja awal hari ni..."

"Yay! Mama tak nak jumpa Uncle Aryan ke..."

Terkejut El bila nama itu disebut oleh anaknya sendiri. Aik, sejak bila rapat ni?

"Uncle sibuk. Jom balik," Kata El memengan erat tangan si kecil. Terus mereka berjalan untuk pergi perhentian bas.

Sambil-sambil menunggu bas sampai, dia membeli sebatang ais krim untuk si kecil. Tak apa lah, murah je ais krim tu. Kalau tak beli nangis nanti budak tu.

PIN PIN

Ada sebuah yang dia amat kenali berhenti di hadapan perhentian bas.  Jejaka itu membuka tingkap kereta, Qayyum. Aik? Aryan takde ke.

"Puan, saya hantar kan Puan balik."

El hanya mengangguk dan terus masuk ke dalam perut kereta. Berkerut dahi bila nampak Qayyum sorang je. "Oh, Aryan ada meeting."

Macam tahu-tahu je dia ni. Sepanjang perjalanan hanya sunyi sahaja. Elias lena di pangkuan El. Comel je.

┈┈♥︎┈┈

SAMPAI juga di rumah. Dia berterima kasih kepada Qayyum sebelum dia berlalu pergi.Macam menyusahkan je...

"Elias pergi mandi dulu, mama nak masak," kata El lembut sambil mengusap kepala Elias.

Elias mengangguk laju,lantas masuk ke dalam bilir air.

El  terus mengambil bahan untuk di masak. Hm, tak pasti cukup ke tak duit untung sara mereka berdua. Duit pengangkutan,yuran,bil,makan minum...

"Allah..." Dia meraup muka. Kini,dia berada sangat lemah sangat. Sudah lama dia tak berada selemah ni.

MALAM juga akhirnya. Dia tidak pasti jika dia patut bagitau Elias tentang perkerjaan dia. Dia takut Elias berhenti  sekolah sebab kesian kan dia.  Dia tidak mahu benda itu terjadi.

Sekarang dia fikiran dia bercelaru. Dia tak pasti apa patut dia buat. Cari kerja baru? Tapi kalau dapat jauh dari rumah macam mana? Hm,dia tak pasti. Sekarang,dia tidak mempunyai siapa-siapa lagi. Hanya Elias.

"Ya Allah bantu lah aku...ujian apa yang kau beri ni ya Allah..."

Author note —
Vote & comment!

Her Happiness: Mrs AryanWhere stories live. Discover now