19

164 8 0
                                    

MAJLIS pernikahan  akan dijalankan dalam masa 2 minggu mulai sekarang. Masih tak percaya yang dia tak lama lagi akan bergelar seorang isteri kepada lelaki yang bernama Aryan Zayren.

Sekarang dia dan Aryan memilih baju perkahwinan untuk bersanding nanti. Baju nikah telah dipilih oleh Umi. Baju nikah warna putih baju bersanding warna pink? Entah lah dia nak sangat warna pink tapi macam kesian dekat Aryan. Baju melayu warna pink? Mesti comel bila Aryan pakai!

“Awak, baju ni cantik!” Kata Aryan teruja, El memandang ke arah baju yang ditujukan oleh Aryan. Baju kebaya songket berwarna pink cair. Cantik sangat tapi dia tak berapa nak suka dengan baju kebaya. “Erm… baju lain lah…” kata El kepada Aryan. Mata dia melilau mencari baju yang sesuai dengan cita rasa dia. Ternampak satu baju kurung melayu modern berwarna pink cair. Bagi dia cantik! Tak tau macam mana nak cakap tapi baju kurung tu ala-ala princess, tak ada lah kembang mana tetapi dia dah lama inginkan baju seperti itu.

Eh kejap! Baru dia teringat dulu masa dia sekolah menengah dia pernah pakai gaun macam tu, sama sikit cuma yang ini version baju kurung. Terus dia berjalan ke arah baju yang terletak elok di situ. “Yang ni lah! Comel!” Katanya teruja.

Aryan tersenyum. Ni yang lemah ni ‘jangan comel sangat boleh tak!’ bisik Aryan dalam hati. Dia memang lemah sikit dengan orang yang comel ni. Dah lah El ni pendek! Comel pula tu.

“Nak jadi princess ke? Tapi awak memang dah princess dalam hati kita.”

Berbahang muka El menahan malu. Aryan ni kalau boleh setiap masa nak bagi ayat manis. Dah banyak Kali kena tapi dia tak terbiasa dengan ayat manis Aryan.  “Ish! Dah berapa banyak Kali kita nak cakap jangan usik kita!” Ujar El geram.

Aryan hanya ketawa. “Marah pun comel! Macam mana ni? Nak kahwin sekarang lah,” usik Aryan lagi sekali. Membulat mata El, Allahuakbar nak kena dia ni!

“Mana boleh!”

“Boleh!”

“Tak boleh!”

Aryan tergelak besar melihat reaksi El. Tak boleh lah dia suka sangat usik El ni. Comel betul!

“Kita gurau je, dah cepat try baju ni kita nak tengok.”

El mengangguk.

Aryan sekarang terpegun dengan kecantikan yang dia nampak di depannya. Mata dia tak berkelip melihat gadis di hadapanya ketika ini.

“Err…awak…?”

“Cantik.”

“Eleanora Aulia, wanita paling cantik yang kita pernah jumpa. As expected, I never regret choosing you,” katanya tersenyum bangga. El hanya menunduk menahan malu. Aduh! Dia malu sangat, dah lah tengok orang macam nak makan lepastu puji dia pula tu mana tak malunya. Haih, apa lah nasib dia dapat lelaki mulut manis macam ni.

Staff yang memerhati hanya tersenyum.

“Okay, kita beli baju ni,” kata Aryan kepada El dan mengangguk untuk membuat pembayaran.

┈┈♥︎┈┈

SELESAI juga pemilihan baju kahwin, Aryan terus menghantar El ke rumah. Hari ini El dapat cuti. Hendak makan bersama si tunang, tetapi tak boleh sebab lagi beberapa hari pernikahan. Kata Umi, darah manis? Umi asyik larang dia pergi jumpa dengan El. Hari ini je Umi benarkan dia keluar dengan El sebab nak pilih baju untuk bersanding.

Umi asyik call je dia tadi. Katanya “jangan keluar dengan El lama-lama. Lepas dah habis pilih baju terus bawa El balik rumah dia.” Ye lah Umi ni memang! Dia tak tahu ke kita rindu? Kat pejabat memang lah boleh jumpa tapi masalahnya El suka menyorok tau. Kadang-kadang dia terfikir juga. ‘El ni tak rindu aku ke?’ Tapi kemungkinan El rindu dengan dia tapi sikit je! Tak apalah dia faham. Lepas kahwin bercinta lagi indah betul?

Dia tahu, perkahwinan tak boleh di bawa main. Dia dah ready nak pikul tanggungjawab sebagai suami. Dia mahu jaga El dan Elias.

Biar lah orang nak kata apa, janji dia bahagia.

“Eleanora.”

El hanya menjungkitkan keningnya. ‘Asal mamat ni? Tak pernah-pernah dia panggil nama panjang.’ Fikir El dalam hati. Entah kenapa dia berasa pelik.

Trust me. Love me. I take care of you,” ujar Aryan, suara husky tapi lembut.

Memerah muka El. ‘Allahuakbar, kalau sehari tak bagi hati ni berehat memang tak sah eh!’ Gumam El dalam hati. Hati dia berdengup laju.  Memang tak boleh nak cover dah.

Dia hanya mengangguk. Lalu terus masuk ke dalam rumah. Malu… tak tahu nak balas apa.

Aryan hanya tersenyum melihat reaksi El. “Haih, macam mana lah nanti dah kahwin. Nak sorok mana lagi?” Katanya perlahan sambil menggeleng kepala. Senyumannya tidak lekang mengingati reaksi lucu El.

Dia terus masuk ke dalam perut kereta lalu kereta itu meluncur di atas jalan.

“Mamaaa! Kita rindu papa Aryan!” regek Elias. El hanya mengeluh melihat anaknya itu. Tapi dia faham, Elias memang dah lama mahu merasakan kasih sayang dari seorang ayah. Sampai tak sabar nak cerita dekat semua rakan kelas dia yang dia ada ayah. El turut suka melihat reaksi anaknya itu. Sudah lama dia tak nampak Elias tersenyum lebar. Sebelum kemunculan Aryan, Elias banyak diam. Jarang bercakap. Tetapi sekarang? Alhamdulillah, kurang sikit diam tu. Tapi tu lah perangai Elias mewarisi El, sebab tu lah banyak diam.

“Sekarang tak boleh lagi,” kata El kepada anaknya. Elias mencebik sedikit lalu menyambung melukis. El hanya menggeleng, semakin menjadi juga budak ni.

“Woo, kawan aku dah nak kahwin!” Ujar Ameera. Ha, hampir lupa pula dia dengan Ameera ni. Maaf lah, kita nya sibuk.

“Dah memang jodoh kan” kata El.

“Suka eh kau!” Usik Ameera, menyiku El. El meringis kesakitan lalu dia menjeling Ameera. Suka betul siku orang. Siku balik kang biar sakit.

“Aku harap kau tak menyesal tau! Aku nak kau bahagia dengan Aryan.  Aku tahu Aryan tu boleh dipercayai, dia takkan sakitkan kau. Percayalah, dia akan buat kau bahagia. Memang kau tak nampak, tetapi nanti satu hari nanti kau akan nampak effort dia. Ingat, aku nak kau senyum bila kau ada dengan dia. Jangan buat muka sedih pula! Aryan tu dah lama dah pendam perasaan dia dekat kau. Aku pun tak sangka weh 8 tahun dia tunggu kau. Bukan senang nak jumpa lelaki macam tu lagi. Mungkin, dalam masa 8 tahun tu perasaan dia terhadap kau hampir hilang tapi lepas dia jumpa kau terus dia fall in love dengan kau lagi. Apa orang putih kata? He fell first and he fell harder. Kau patut bersyukur dengan ketentuan Allah. Benda yang dah lepas biarlah di lupakan. Hidup ni kena move on dari perkara yang dah lepas,” ujar Ameera sambil menggenggam tangan El.

Air mata jernih El jatuh jua ke pipi. Dia sangat bersyukur dia dikurniakan kawan seperti Ameera.  Dan dia juga bersyukur Aryan muncul dalam hidup dia lagi sekali. ‘Ya Allah, terima kasih,’ ucap nya dalam hati.

Ameera memeluk rakannya itu. Dia turut mengeluarkan tangisan selepas melihat kawannya itu bersedih. Dia tumpang gembira. Dia nak sangat tengok kawan dia gembira.

Author note —
Vote & comment !

Her Happiness: Mrs AryanWhere stories live. Discover now