0

27 5 2
                                    

JAM yang berdetik di dinding aku tenung lama. Jari tak henti mengetuk meja dengan rasa gelisah. Aku akhirnya melepaskan keluhan tak puas hati.

Rambut kuning keemasanku yang tadi aku biarkan lepas, kini diikat kemas.

"Mana mom ni?" tanya aku sendiri sambil mata biruku melilau mencari tubuh ibuku. Tak mampu lagi aku menahan sabar bila menunggu terlalu lama.

Bahuku yang ditepuk lembut dari belakang membuatkan aku menoleh laju.

"Cik muda, Puan Besar dan Tuan Besar tak dapat nak hantar cik muda ke airport."

Hampir saja aku tergemap namun pantas bibirku melakar senyum sinis. "Kenapa? Apa yang lagi penting daripada anak sendiri?" Sarkastik soalan yang meluncur keluar daripada bibirku.

"Puan Besar dan Tuan Besar sibuk bekerja, cik muda. Saya diarahkan untuk teman cik muda ke lapangan terbang," kata Maid Raihah sambil bibirnya membentuk senyum manis. Mungkin cuba memujuk aku.

Aku tergelak kecil. Sinis. "Tak perlu. Saya boleh pergi sendiri. Setakat pergi ke lapangan terbang, tak susah pun. Cakap dekat Puan Besar, jumpa enam tahun lagi." Aku memeluk tubuh memandang Maid Raihah yang setia merenungku.

Mom dan dad pun, kalau tak ada masa nak hantar aku sendiri pergi ke lapangan terbang, tak perlulah sampai menyusahkan Maid Raihah.

Wajah manis Maid Raihah mula berubah. "Cik muda tak akan balik ke sini ke?"

Aku mengangguk perlahan. "Saya malas nak balik selagi belum habis belajar. Saya mungkin habis dalam tiga atau empat tahun. Tapi tengoklah juga. Mana tahu saya nak sambung belajar di peringkat yang lebih tinggi pula lepas ni. Semuanya bergantung kepada kerajinan dan angin saya," jawabku agak-agak.

Aku sekarang sedang melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah dan aku akan terus sambung sehingga ke peringkat yang seterusnya pula. Tapi tak adalah sampai enam tahun. Aku cuma nak balik ke London lambat daripada yang sepatutnya.

"Jangan lama sangat belajar tu. Nanti saya rindu cik muda kalau cik muda belajar lama sangat," kata Maid Raihah membuatkan aku tergelak kecil.

Senyum manis aku lakar di bibir. "Saya pun akan rindukan Maid Raihah. Nanti jangan menangis rindu saya pula." Aku mengusap pipi tua Maid Raihah mahu memujuk hati si tua yang tulus menyayangi aku.

Sejujurnya, aku lebih rapat dengan orang gaji keluarga aku berbanding dengan ibu bapa aku sendiri. Mom dan dad terlalu sibuk bekerja membuatkan aku lebih banyak meluangkan masa bersama Maid Raihah.

Apatah lagi di sini, London, keluarga mom sudah tiada lagi. Semuanya sudah meninggal dunia akibat kebakaran rumah yang berlaku dan hanya mom saja yang berjaya diselamatkan.

Lagi membuatkan aku rasa keseorangan apabila aku satu-satunya pewaris keluarga ni. Aku anak tunggal kepada Tuan Reffael dan Tiffany Steward.

Akibat terlalu lama diam, Maid Raihah mula memandang aku dengan wajah cemberutnya. Jelas mahu menunjukkan rajuknya sekali lagi membuatkan aku tergelak kecil.

"Tak akanlah saya tak menangis sedangkan saya yang jaga cik muda sejak cik muda masih baby," jawab Maid Raihah.

"Jangan sedih tau. Saya pergi sekejap je. Nanti saya balik, saya belikan Maid Raihah apa-apa. Maid Raihah kena janji tunggu saya sampai saya balik, okey? Mana tahu saya balik nanti, saya bawa suami." Aku berseloroh dan mengekek ketawa melihat Maid Raihah yang sibuk menayang riak tak puas hati.

Lengan aku ditampar lembut oleh Maid Raihah melebarkan lagi senyuman di bibirku. "Cik muda jangan buat kerja gila, ya. Tuan Besar tahu, mengamuk Tuan Besar nanti." Maid Raihah cuba memberi amaran.

His Reine 🎀Kde žijí příběhy. Začni objevovat