3

4 3 0
                                    

SEMALAM, Imran dan Almeer menghantar aku pulang ke rumah aku menggunakan kereta milik Almeer. Sampai sahaja di rumah, aku dirikan sembahyang dan kembali menyiapkan kerja-kerja dan thesis yang bertimbun.

Jelas aku lihat di cermin, lingkaran hitam di bawah mataku akibat seharian tidak tidur semalam. Aku terus-terusan menyiapkan kerja tanpa henti. Kalau berhenti pun hanya untuk sembahyang dan ke tandas.

Perutku terasa kosong memandangkan semalam aku hanya minum kopi di kafeteria. Itu pun sebab Almeer belikan, kalau tak memang aku tak jamah apa pun semalam.

Concealer, foundation dan beberapa alat solek lain aku capai. Wajah aku solek supaya tidak nampak terlalu suram dan supaya aku tak nampak hodoh. Yalah, muka orang tak cukup tidur ni kena cover.

Siap bersolek, rambut aku ikat tinggi dengan gaya ponytail. Baju kemeja ungu bersama skirt kembang hitam paras lutut aku sarungkan ke tubuhku.

Beg jinjing yang menjadi tempat aku letakkan segala fail, kertas-kertas kerja dan komputer riba aku capai.

Kasut tumit ungu kilat yang berukuran lima inci, aku sarungkan ke kakiku. Terus aku keluar dari rumah dan terus bergerak masuk ke dalam lif.

Sampai sahaja di tingkat bawah sekali, pintu lif mula terbuka bersama bunyi detingan.

Aku yang mahu keluar mula terpaku. Tak berkelip mataku memandang insan di depanku yang sedang tersengih.

"Hai, cik puan!"

Imran kini sedang berdiri memandangku. Pintu lif yang hampir tertutup ditahan oleh Imran.

"Tuan arahkan saya untuk tunggu cik puan di sini," kata Imran tanpa aku bertanya.

"Untuk?" tanyaku sepatah.

"Tuan tengah tunggu cik puan di dalam kereta. Hari ni, Tuan Almeer nak ke kolej bersama cik puan."

Aku mengangguk teragak-agak dan akhirnya melangkah keluar dari perut lif. Aku hanya mengikut langkah Imran yang sedang menghampiri sebuah kereta hitam yang tampak mewah. Tak adalah aku perlu jalan kaki ke kawasan kolej seperti selalu.

Pintu penumpang di bahagian belakang, dibuka oleh Imran. Tanpa banyak soal, aku masuk ke dalam kereta, duduk bersebelahan dengan Almeer yang sedang sibuk bermain telefon bimbitnya.

Keadaan di dalam kereta hanya sunyi. Kereta terus dipandu oleh Imran.

Aku tak memandang Almeer, tapi hati aku mula diserbu pelbagai soalan.

Kenapa dia tak tegur aku?

Kenapa dia tak pandang pun aku?

Kenapa dia sibuk main telefon bagaikan aku tiada di sini?

Almeer tak nampak aku ke?

Tanpa sedar, keluhan terlepas daripada bibirku. Kenapa perlu aku kisah?

Hujung mataku menjeling sedikit ke arah Almeer. Almeer yang sebelum ni nampak seperti anak anjing yang comel, sekarang terlihat seperti anjing berbaka Alsatian yang selalu membantu polis dan pihak berkuasa untuk mencari pejenayah, bahan terlarang mahu pun jasad yang sudah lama tak dijumpai.

Daripada comel, terus nampak garang.

"Kenapa awak tak makan dari semalam?" Dingin suara Almeer bertanya secara tiba-tiba sedikit menyentakku.

Aku menoleh memandang Almeer di sebelahku. Berkerut dahiku memandang dia. "Bukan ke aku dah bagitahu kau yang aku sibuk siapkan kerja?" tanyaku.

Ya, semalam Almeer ada mesej aku dan tanya kalau-kalau aku sudah makan. Aku jawab secara jujur yang aku terlalu sibuk untuk makan memandangkan aku sedang siapkan semua kerja.

His Reine 🎀Where stories live. Discover now