5

4 0 0
                                    

TERKEKEH-KEKEH Imran di sisi kiriku mentertawakan Almeer manakala Almeer yang berada di sebelah kananku hanya menayang wajah cemberut.

"Diamlah," kata Almeer kasar.

"Bro, ini kelakar," balas Imran bersama sisa ketawanya. Beberapa pelajar yang ada di kolej memandang kami bertiga bersama bisik-bisikan halus.

"Tak kelakar," kata Almeer lagi dengan nada menyampah.

"Tuan muda kena reject. Tuan expect saya untuk buat apa? Lapkan air mata tuan? Memang taklah. Sah-sah saya tolong gelakkan." Mereka berdua bagaikan langsung tak kisah tentang orang-orang yang tak sudah memandang ke arah kami bertiga.

Almeer melepaskan bunyi decitan. "Alya tak pernah reject aku. Dia cuma tak terima aku je."

Kini, Imran kembali tertawa kuat. Aku yang berjalan di antara mereka berdua menutup wajahku dengan sebelah tangan.

Betapa aku rasa malu berjalan dengan mereka sekarang ni.

Terasa diriku bagaikan terhuyung ke kanan, membuatkan jantungku mengepam oksigen laju. Rupanya, Almeer menarikku ke sisinya, menjauhkan aku daripada Imran.

Kalau tadi aku berjalan di antara Almeer dan Imran, sekarang Almeer mengambil posisiku, dan aku berada di posisinya. Kini Almeer di tengah-tengah.

"Jaga perangai. Kau memalukan Alya," tegur Almeer membuatkan Imran laju mengetap bibirnya bersama sengihan.

"Maaf, cik puan," kata Imran seakan kanak-kanak yang baru lepas dimarahi.

Aku mengibaskan tanganku tanda aku malas mahu ambil peduli.

"Ayok, cik muda kau dah merajuk." Almeer menggoyangkan jari telunjuknya, menakut-nakutkan Imran.

"Cik puan...." Merengek panjang Imran memanggil aku namun aku hanya membalas dengan menjungkit kedua-dua bahuku.

"You're done, Imran Jibril." Kali ni, Almeer menggerakkan jari ibunya ke leher, menggayakan aksi memotong leher.

Imran mencebik bagaikan mahu menangis.

Sejak bila aku bela dua ekor anak anjing ni?

Sedang asyik melayan karenah Almeer dan Imran, perjalan kami dihalang oleh mahkluk yang aku paling taknak jumpa di kolej ni.

Jamie Al Semak Al Menyusahkan. Ya, itu nama khas aku reka untuk lelaki tak tahu malu ni.

"Theo." Jamie menyeru nama Almeer membuatkan Almeer menyembunyikan tubuhku di belakang tubuhnya.

"Yes, Jamie? What can I do for you?" tanya Almeer lembut walaupun nadanya kedengaran sarkastik di telingaku.

Aku pasti, antara sebab Jamie tak berani nak kacau aku sampai sekarang, adalah kerana pengaruh Almeer.

Aku pasti, jika Zara dan Cassie yang sebegitu angkuh pun akhirnya merayu kepada Almeer, inikan pula mamat psiko ni.

"Can't you leave us alone for a while? I need to talk with Freya," kata Jamie kepada Almeer.

Tahulah aku yang Jamie mahu berbicara denganku memandangkan namaku disebut tadi. Freya.

Almeer menoleh memandang aku di belakang membuatkan aku menggeleng perlahan. Aku tak mahu Almeer tinggalkan aku berdua dengan Jamie. Macam mana kalau dia paksa aku buat apa-apa?

Pandangan Almeer kepadaku menjadi sayu, namun berubah menjadi pandangan kosong sesaat saja dia mengalihkan pandangannya kembali kepada Jamie.

"Sorry but I won't leave her side," kata Almeer dalam nada yang serius.

His Reine 🎀Where stories live. Discover now