2

6 3 0
                                    

DECITAN terlepas daripada bibirku. Almeer yang berjalan di sisiku memandangku hairan.

"Awak okey?"

Pelipis aku urut perlahan. "Kenapa mamat miang tu tak habis-habis pandang aku? Bukan ke aku dah ada kau? Dahlah pandang aku macam nak gaduh." Pening kepala aku dengan mamat miang ni.

Almeer di sebelah aku pandang. Matanya membundar memandang aku dengan pipinya berubah kemerahan.

"Kau kenapa?" tanyaku bila Almeer tetap diam.

Laju Almeer menggeleng. "Tak ada apa." Almeer tersenyum membuatkan mata bundarnya menyepet.

Sekali lagi aku berdecit. Nampak sangat aku menyampah dengan mamat miang tu. Ni dah masuk tiga hari, dan Jamie masih ikut aku senyap-senyap.

"Saya dah kata dah. Dia ni psiko," kata Almeer di sebelahku.

Ya, mamat ni memang psiko. Tak pernah kena reject ke apa?

"Aku penatlah dengan dia ni," rungutku.

Almeer mengusap dagunya, mungkin memikirkan sesuatu.

"Mungkin kita tak nampak macam pasangan kekasih," kata Almeer perlahan namun dapat aku dengar.

"Tak akanlah nak kena pegang tangan dua puluh empat jam? Tak semua pasangan kekasih perlu ada physical touch. Kan?" tanyaku pula.

Almeer mengangguk. "Ya, saya setuju. But we will never know what's in his head. Lagi pun, siapa je percaya awak yang selalu seorang diri, tiba-tiba ada boyfriend? Dahlah lepas kes hari tu baru nampak saya selalu dengan awak."

Aku mengangkat kedua bahuku tanda aku malas mahu peduli. Betullah apa yang Almeer katakan.

"Awak abaikan sajalah kewujudan dia. Lagi pun awak ada saya. Selagi saya tak ada kelas, saya ada saja dengan awak." Almeer tersenyum lagi, mungkin cuba memujukku agar tak terlalu fikirkan tentang Jamie.

Aku hanya diam mengerti. Betul. Almeer bagaikan anak anjing paling setia yang ikut tuannya ke mana-mana. Setiap kali dia ada masa lapang, masanya dihabiskan bersama aku sepanjang di kawasan kolej.

Awalnya, aku agak musykil dengan kebaikkan Almeer. Tapi buat masa ni, dia melindungi aku dengan baik. Jadi, tak ada alasan untuk aku tuduh dia yang bukan-bukan.

Tak bermaksud aku dah sepenuhnya percayakan Almeer Theo. Aku hanya mengenali dia sekadar kenal namanya.

"Dah sampai dewan kuliah awak. Masuklah. Saya tunggu sini sampai awak dah masuk." Almeer menarik pintu untukku.

Aku terus masuk meninggalkan Almeer. Tanpa menoleh aku terus menghampiri meja di belakang sekali.

Sepanjang tiga hari, inilah rutin harian Almeer sejak dia bergelar teman lelakiku. Tiada rungutan langsung. Hanya senyuman yang sentiasa melekat di wajah ceria itu.

Aku melepaskan nafas berat sebaik sahaja punggung aku labuhkan ke atas kerusi.

Sampai bila Almeer perlu menyamar jadi teman lelaki aku? Sampai bila lelaki miang tu nak kacau aku?

Bunyi mejaku diketuk membuatkan aku mengangkat kepalaku. Casie sedang berdiri di depanku dengan wajah berlagaknya.

"Have you finished the group assignment?" Soalan daripada Casie membuatkan aku tercebik sinis.

"Datang-datang terus tanya aku dah siap ke belum. Bukan kau pun yang buat. Semak betul." Dalam bahasa Melayu, aku merungut di depan Casie. Belum sampai seminggu lagi Dr. Brown bagi tugasan, dah sibuk tanya aku dah siap ke belum. Kalau diaorang buat sekali, aku fahamlah nak sibuk dah siap ke belum. Ni tidak.

His Reine 🎀Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang