4

3 1 0
                                    

TIGA minggu sudah berlalu sejak kejadian aku diganggu playboy gila. Juga bermaksud, sudah tiga minggu juga Almeer bergelar teman lelakiku.

Cuma aku tak sangka apa yang aku sedang lihat di depan mataku sekarang.

Almeer lengkap dengan sut mewah berwarna hitam berserta tali leher hitam, dikenakan bersama baju kemeja yang juga berwarna hitam. Tak lupa juga jaket labuh berwarna hitam yang membalut tubuh itu, membantu Almeer supaya tak sejuk dek bayu dingin.

Segalanya hitam.

Rambutnya juga digel kemas. Dia baru lepas balik daripada berjumpa dengan keluarga dia ke?

Di tangannya, tersarung sarung tangan hitam. Tangan kekar itu sedang mencengkam kuat pipi Cassie, manakala Zara dan Rachel sudah menikus di belakang tubuh Cassie.

Wajah Almeer nampak ceria namun urat-urat yang timbul di wajah itu menyatakan yang sebaliknya.

Almeer sedang mengatakan sesuatu namun tak aku faham memandangkan Almeer menggunakan bahasa Perancis.

"Lagi sekali, kau orang sentuh Nurafreya Alya, aku akan pastikan muka ni tak seperti muka manusia lagi."

Aku menoleh ke kanan bila ada suara yang bagaikan menterjemahkan apa yang Almeer katakan.

"Im...Imran."

Imran yang berdiri di sisiku, tersenyum. "Ya, cik puan. Jangan takut. Tuan sedang berbincang dengan diaorang."

Berkerut dahiku. Berbincang? Berbincang apa sampai Almeer perlu cengkam wajah Cassie sebegitu sekali? Ke aku yang tak pernah ada kawan jadi aku tak tahu macam mana 'kawan-kawan' berbincang?

Mataku kembali memandang ke arah Almeer. Cassie sudah mula mengalirkan air matanya, mungkin terasa takut dengan tingkah Almeer.

Bibir Almeer sekali lagi bergerak mengatakan sesuatu.

"Kau kenal aku siapa. Don't mess with Theo. Don't touch what are belongs to me. She is maybe not mine. But remember, I belongs to her. Almeer Theo was made for Nurafreya Alya." Sekali lagi, Imran menjadi tukang penterjemah.

Cassie, Zara dan Rachel mengangguk laju. Entah apa yang dikatakan mereka, aku tak tahu memandangkan Imran hanya berdiam di sisiku.

Tubuh aku palingkan ingin berlalu pergi.

"Cik puan nak pergi mana? Taknak berjumpa dengan tuan dulu ke?" tanya Imran.

Aku menggeleng. "Jangan bagi Almeer tahu yang aku nampak semua ni. Kalau dia tanya tentang aku, beritahu yang aku ada di kafeteria. Aku tunggu dia di sana."

"Baik cik puan."

Aku yang baru hendak melangkah setapak terhenti bila namaku dipanggil.

"Awak nak pergi mana?" tanya Almeer yang aku yakin sudah berdiri di belakangku.

"Kafeteria. Aku tunggu kau di sana," jawabku kepada soalan Almeer. Kini Almeer sudah pun berjalan ke sisiku. Sarung tangan kulit dicabut daripada tangannya.

"Tak payahlah. Kita jalan sekali sajalah. Awak ada kelas ke sekarang?"

Aku menggeleng sahaja.

"Jadi kita pergi minum-minum di kafeteria sekali, nak?' Ajak Almeer.

"Habis tu, kau ingat kenapa aku nak tunggu kau di kafeteria? Sah-sahlah nak pergi minum dengan kau." Sarkastik aku membalas.

Almeer tergelak kecil. "Tak payahlah marah."

"Mana ada aku marah," nafiku.

Kali ni, Almeer tergelak besar. "Ya, ya. Saya tahu awak tak marah. Saja kacau awak."

His Reine 🎀Where stories live. Discover now