7

3 1 4
                                    

BUNYI beg beroda ditarik oleh Almeer dan Imran memenuhi halwa telingaku. Almeer hanya mengikut langkahku yang sedang berjalan masuk ke dalam kawasan lapangan terbang.

Almeer yang berjaket hitam bersama seluar jean hitam, mengenakan topi cap hitam di atas kepalanya.

Imran pula hanya berkemeja hitam tanpa tali leher.

"Cik puan ni hebatlah, bawa satu saja bagasi," puji Imran.

"Tengoklah girlfriend siapa," balas Almeer bersama wajah bangganya.

Sejak bila aku teman wanita dia?

"Tuan diam. Tuan bawa sampai dua beg dah kenapa?"

"Kau tu yang diam. Aku kena bawa dua beg sebab kau tumpang beg aku. Sebelum aku buang baju-baju kau keluar daripada beg aku, baik kau senyap. Kira bersyukur aku suruh kau bawakan beg Alya je."

Aku menggelengkan kepalaku melihat telatah mereka berdua. Mereka sangat melelahkan aku.

"Tuan jangan nak busukkan nama saya, ya. Tuan tu yang bawa baju sampai tak muat satu beg, lepas tu tanya saya nak tumpang ke tak sebab dua tiga helai saja yang tak muat." Imran menjeling Almeer kasar membuatkan Almeer mendengus geram.

"Kau orang nak bergaduh atau nak naik pesawat sekarang ni?" tanyaku yang malas mahu melihat mereka terus bertengkar.

"Ala, cik puan. Lambat pun tak apa. Bos saya bagi naik pesawat persendirian keluarga diaorang. Cik puan relaks je."

"Its not about cepat or lambat, pesawat awam atau pesawat sendiri. Tapi aku malas nak tengok kau orang bergaduh. Memenatkan," jujurku tanpa berselindung.

Imran mencebik sebelum memeluk lengan Almeer dan menyandarkan kepalanya di bahu Almeer. Almeer yang wajahnya jelas terkejut terus sahaja menggoncang-goncangkan lengannya, cuba untuk melepaskan diri daripada pegangan Imran.

"Sampai hati cik puan kata macam tu."

"Eh, lepaskan akulah. Apa ni? Lepaskanlah!" Almeer beria-ria cuba melepaskan tangannya daripada pegangan Imran.

Tapi tengok gaya Imran peluk tangan Almeer pun aku dah tahu yang Imran peluk kuat sangat. Dah macam grip adalah, bukan peluk lagi dah.

Almeer kini mengangkat wajahnya memandang aku. Matanya membundar, seolah-olah meminta bantuanku agar dia dapat melepaskan diri daripada pegangan Imran.

Aku berdeham membuatkan Imran tertoleh memandang aku.

"Lepaskan dia." Aku mengeluarkan arahan keras sebelum mula berpeluk tubuh.

Imran mencebik sebelum menolak tubuh Almeer, membuatkan tubuh Almeer terhuyung-hayang. Aku terus sahaja menahan tubuh Almeer agar dapat berdiri tegak.

"Apa benda tuan ni, minta tolong cik puan? Tak adil betul."

Almeer menarik sengih sahaja memandang aku. "Kau jealous cakap sajalah."

Iman menjeling aku tak puas hati.

Ai, aku yang kena jeling?

"Malas dengan tuan dan cik puan. Tak tahu nak hormat orang single macam saya." Terus saja Imran berlalu pergi bersama dua bagasi beroda milik Almeer.

"Childish," kata Almeer di sebelahku.

Aku mengangguk setuju sebelum menarik tangan Almeer mengikut langkah Imran yang nyaris-nyaris hilang daripada pandangan mataku.

Aku...,

...berdebar.

Akhirnya aku, akan menjejakkan kaki ke London semula.

His Reine 🎀Where stories live. Discover now