6

4 1 0
                                    

TAK berkelip aku merenung Almeer dari jauh yang kelihatan serabut. Rambutnya nampak serabut. Tubuh itu sedang duduk di atas kerusi kafe sambil berulang-ulang meraup wajah kasar.

Dia ni kenapa?

Aku melangkah menghampiri Almeer. Sebaik sahaja tubuhku sudah berdiri di belakangnya, bahu lebar itu aku sentuh perlahan.

Terjungkit bahu Almeer seakan terkejut dengan kehadiranku. Almeer mengurut dadanya perlahan sambil bibirnya melafazkan istighfar.

"Kau dah kenapa?" tanyaku bila Almeer seperti tak normal hari ni. Aku mengambil tempat duduk bertentangan dengan Almeer.

Almeer menggelengkan kepalanya. "Minggu depan kan kita dah mula cuti. Saya dah plan dah nak pergi bercuti dekat mana dengan awak, dengan Imran. Tapi..." Almeer senyap.

"Tapi apa?" tanyaku malas menunggu.

"Kita kena batalkan plan tu. Saya baru nak ajak awak pergi tempat-tempat best." Bibir Almeer memuncung tak puas hati.

"Oh," balasku sepatah.

Kecewa? Agaklah.

"Tak pasal-pasal kena pergi London pula. Semua sebab Nareen!" omel Almeer kecil tapi dapat aku dengar.

London? Kepalaku terteleng sedikit memandang Almeer. "Apa maksud kau?"

"Adik saya dekat London sekarang ni. Mummy suruh saya temankan dia di London sebab mummy tahu saya tengah cuti. Jadi kita tak dapat pergi tempat-tempat best tapi kena pergi London."

Aku tergemap. London? Balik rumah?

Perlu ke aku ikut ke sana?

Tapi kalau aku tak ikut, bermaksud aku perlu habiskan hari-hari cutiku tanpa Almeer.

Bermaksud aku akan bersendirian seperti dulu.

Tapi kalau aku ikut pula, aku malas mahu berjumpa dengan keluargaku.

Patut tak aku pulang ke London tanpa beritahu sesiapa? Tak perlu pulang ke rumah, dan hanya menghabiskan masa bersama Almeer, Imran dan adik Almeer?

Terasa jari kelingkingku di sentuh, membuatkan aku mengangkat kepala memandang Almeer.

"Awak okey kalau kita pergi ke London saja? Atau awak taknak ikut?" tanya Almeer sambil menggenggam hujung jari kelingkingku dengan jemari di tangan kanannya.

"Aku okey saja. Apa adik kau buat di sana?" Aku tipu. Aku tak okey. Tapi aku tak mahu jauh daripada Almeer.

Almeer menayang wajah jengkel. Jarinya menggentel jari kelingkingku lembut. "Entah. Semak."

Aku tersenyum tanpa bicara. Almeer di depanku menongkat dagu dengan tangan kirinya, memandang aku.

"Kenapa senyum?"

"Tak tahulah. Macam seronok ada adik," jawabku jujur.

Yalah, aku anak tunggal. Aku tak pernah tahu perasaan adanya adik-beradik. Dalam rumah agam keluargaku hanya ada Maid Raihah dan Harry.

"Bolehlah. Ada masa seronok, ada masa tak," kata Almeer membuatkan senyumku melebar sedikit.

"Aku biasa dengar orang kata tak seronok ada adik-beradik sebab selalu bertikam lidah. Tapi jawapan kau berbeza."

"Sebab memang betul pun. Ada masa seronok je. Tak best bila ada adik pembuli yang suka arahkan abang dia buat itu, buat ini. Nak cekik-cekik je rasa." Hujung bicaranya kedengaran geram sekali.

Kini aku turut menompang dagu memandang Almeer.

"Kenapa? Awak nak ada adik ke?" tanya Almeer membuatkan aku terasa ingin ketawa tapi aku tahan.

His Reine 🎀Where stories live. Discover now