14

2 0 0
                                    

AMERICANO yang ada di atas meja aku renung kosong. Almeer sedang pulang ke Paris untuk mengambil segala kelengkapan penting untuk akad nikah kami nanti.

Aku masih di London, jalani hidup tanpa Almeer.

Aku tak sangka aku akan berkahwin pada usia muda. Kalau dad yang aturkan perkahwinanku, mesti umur 26 tahun nanti baru aku berkahwin.

"Oi! Termenung."

Suara yang amat menjengkelkan menyapaku membuatkan aku menayang wajah menyampah.

"Cuba elok sikit muka tu. Aku tenyeh muka kau dengan makanan ni baru tahu."

"Mak kau tak ajar ke tak elok main makanan?" soalku sarkastik bersama nada sindiran.

"At least, mak aku hidup lagi," balas Tuan Arjuna Haidans membuatkan aku menjentik dahinya kuat. Ya, Arjuna tahu sebab aku selalu luahkan masalahku kepada dia.

Wajah kosong aku tayang. "Kau jangan datang bila aku kahwin nanti."

Arjuna mencebik. "Tak sangka kau sepupu aku paling gatal. Baru 22 tahun dah nak kahwin," kata Arjuna sebelum menghirup English Breakfast Tea-nya.

"Daripada kau, umur 22 tahun tapi ex sampai lima puluh orang. Agak-agak crush kau tahu tak perangai sebenar kau ni?" Sengaja aku menyindir Arjuna yang memang tak cukup seorang perempuan. Tapi perangai tak semengahnya hanya dengan perempuan selain daripada gadis yang dia suka.

Nuralya Huba. Crush Arjuna yang merupakan kawan baik Arjuna sendiri sejak sekolah lagi.

Aku, Arjuna dan crush Arjuna sebaya.

Arjuna mencebik. "Dia mana tahu. Kalau dia tahu pun, dia bukan kisah." Sedikit ada rajuk dalam suara Arjuna membuatkan aku tergelak.

Kelakar kot tengok playboy sedih sebab seorang perempuan. Sangat kelakar.

"Ha ha ha. Sangat lawak." Arjuna menggulingkan matanya. "Dah nak kahwin tapi perangai macam ni lagi. Kesian suami kau."

"Bakal suami aku beruntung okey dapat aku. Kawan ayah aku semua berebut nak aku kahwin dengan anak diaorang, tahu tak?" bidasku.

"Eleh, diaorang nak harta bapak kau je."

Mulut Arjuna ni buatkan aku nak penyekkan muka dia, lepas tu, campak dia dalam lumpur. Main dengan kawan-kawan khinzir dia.

"By the way, aku tak dapat datang majlis kau nanti," kata Arjuna sebelum memasukkan sandwich ke dalam mulutnya.

"Kenapa?" tanyaku.

Arjuna habiskan kunyahan bersama tangan yang diangkat menyuruhku menunggu. Halkumnya bergerak menelan sisa sandwich di dalam mulutnya.

"Aku ada hal. Serius, aku ada hal. Nanti kot, aku datang Paris jumpa kau dengan suami kau lepas kau dah kahwin nanti."

"Kau busy dengan Noel ke?" tanyaku lagi.

Arjuna memandangku bagaikan dia amazed mendengar soalanku. "Oh, yeah. Mana kau tahu ni? Aku, Noel, Farhan dengan Faris kan baru lagi buka company. Diaorang pun baru habis belajar."

"Habis kau study pun belum habis. Tak apa ke uruskan company? Ni, kau study dekat Eresetta ke? Tinggalkan family kau di Malaysia?" Aku menghirup airku selepas bertanya.

Arjuna mengangguk, mungkin menjawab soalan tentang di mana dia sedang belajar sekarang. "I'm gifted."

Ya, tu aku tahu. Dialah yang tak belajar mana pun tapi keputusan peperiksaan sentiasa cemerlang. Dan tak aku nafikan, aku pun begitu cuma aku suka ulangkaji sendiri sebab dapat buatkan aku kurang rasa sunyi.

His Reine 🎀Where stories live. Discover now