8

4 1 0
                                    

AKU terdiam memandang pemandangan di depanku. Imran bersama wajah pasrah kerana lengannya dipeluk oleh seorang gadis yang wajahnya tampak ceria.

Nampaklah Imran tak berapa gemar dilakukan sebegitu, tetapi tetap membiarkan.

"Nareen jangan gedik sangat, boleh tak?" Almeer di sebelahku bersuara menyampah.

Gadis Nareen tadi mencebik. "Suka hati Nareen, lah. Nareen rindu Gabrielle."

Bercantum keningku. Siapa pula Gabrielle?

"Cik, berapa kali saya kata nama saya Imran Jibril," kata Imran penuh lembut.

"Since when Gabrielle Lee turn to be Imran Jibril? You rasa I boleh terima ke tiba-tiba bangsa you berubah pula?" tanya Nareen tak puas hati.

"Cik, dah lama ya nama saya jadi Imran Jibril. Silalah hargai nama baru saya," bidas Imran pula.

Nareen mencebik lagi. "Taknak!"

"Cik"

"Nareen, behave. Don't be silly." Keras suara Almeer berbicara. Seperti bila Almeer bercakap dengan Jamie, Zara, Cassie dan sesiapa selain aku dan Imran.

Nareen yang tadi mencebik kini menghias wajahnya kosong tak beriak. "I feel like I am with grandpa every time I meet you. You're so annoying."

"Say whatever you want because I don't care. I don't even ask to come here. I've been forced to meet you."

"Cruel, brother. I berialah datang nak jumpa you, end up you treated me like this." Nareen berpeluk tubuh.

Aku tetap diam di sisi Almeer melihat 'drama' dua beradik.

"Nak jumpa I? Abang sendiri tinggal mana pun tak tahu ke? I live in France, not England, you idiot." Almeer menepuk kepala Nareen kuat.

"Sakitklah! You nak I mengadu pada mummy ke?"

"Haah, memang tu je you tahu buat. Report sana, report sini. Orang tak ada kawan memang macam tu. Kesianlah you ni."

Aku terasa. Aku tak ada kawan. Almeer aku jeling kasar walaupun dia tak perasan. Terus isi pinggangnya aku ketil kuat.

"Ah, ah, ah. Sakit, sakit." Almeer terus menarik tanganku melepaskan isi pinggangnya, dan tanganku dipegang kemas olehnya. "Awak kenapa cubit saya? Sakitlah."

Wajah menyampah aku tayang tanpa menjawab soalannya. Tanganku di dalam pegangannya aku rentap kuat namun tanganku diraih semula.

"Kenapa, hmm?" Lembut suaranya bertanya membuatkan aku mencebik.

"Tak ada kawan memang macam tu, huh? Kesian, huh?" soalku berbaur sindiran membuatkan Almeer tergelak.

"Saya kan kawan awak. Tak payahlah terasa. Sejak bila pandai merajuk ni?" Almeer tersengih memandangku.

"Diaorang memang macam tu. Bila diaorang berdua, diaorang macam masuk dunia sendiri. Macam orang di sekeliling diaorang hilang."

Suara Imran membuatkan aku dan Almeer menoleh memandang Imran dan Nareen yang sedang berborak memandang kami.

"Ooo, jadi inilah kekasih abang? Ada ke orang nak dekat dia?" tanya Nareen sambil menilik aku dari atas ke bawah.

Imran melepaskan keluhan. "Saya rasa, cik puan terpaksa terima saja abang awak ni. Yalah, sampai stalk apa semua."

"Creepy," sambung Nareen.

Almeer yang aku lihat seperti mahu menerpa ke arah Imran, aku tahan. Dia yang hairan memandangku meminta penjelasan.

"Kata kawan aku, kan? Jangan mengada nak pergi dekat Imran," kata aku, buat-buat tegas. Saja mahu menyakitkan hati Almeer.

"Kan saya dah kata dekat cik. Cik puan ni baik. Dia tahu abang cik ni gila, sebab tu dia tahankan abang cik daripada datang dekat saya tadi. Kalau tak cik, saya mungkin dah arwah."

"I or dia, you lagi suka?" tanya Nareen rawak.

Imran terpinga-pinga. Matanya dikelipkan berulang kali memandang Nareen sebelum aku perasan telinganya berubah merah tak lupa juga wajahnya.

Aku tersenyum sinis. Imran suka Nareen.

Terasa pipi aku ditarik kuat membuat aku menyeringai sakit. Almeer aku pandang geram sedangkan dia tetap menayang wajah polos tanpa rasa bersalah.

"That smirk make you look so hot, my reine," kata Almeer sambil tersengih suka.

Dahiku berkerut mendengar perkatan di akhir bicaranya yang kedengaran seperti hujan dalam bahasa Inggeris tetapi disebut dengan telor Perancis. 'R' bagaikan bergulung-gulung.

"Rain?" tanyaku hairan.

Hidungku disentuh sekejap membuatkan kepalaku sedikit kebelakang mengelak daripada jari Almeer.

"I mean, queen. My queen, sayang."

Menggantikan tempat Imran, wajahku bagaikan disimbah sang matahari. Dapatku rasa bahang di seluruh wajahku tak lupa juga rasa tak enak di perutku.

Tak guna, Almeer!

Almeer menarik sengih tak tahu malu, Nareen pula membuat aksi bagaikan mahu termuntah melihat karenah abangnya.

Aku hanya mampu merengus geram. Aku mengaku yang hatiku terasa berbunga dengan kemanisan Almeer tapi depan adik dia sendiri?

Dasar budak tak tahu malu.

Reine, huh? Akhirnya bibirku membentuk senyum ikhlas.

How could I live without you, Almeer Theo? My sunshine who give light to my dull world.

Pada mulanya, memang aku rasa Almeer terlalu menjengkelkan kerana terlalu terang, terlalu periang dan terlalu banyak bercakap. Buatkan aku rasa semak.

Tapi, aku mengaku yang aku selesa dengan dia walaupun dia memenatkan aku. Almeer membuatkan aku terlalu banyak menggunakan tenagaku.

Juga membuatku lebih banyak tersenyum. Cuma aku tak cukup berani lagi untuk tunjukkan diriku yang biasanya aku tunjuk kepada Maid Raihah.

Almeer, Nareen dan Imran yang sedang berborak atau pun lebih kepada sedang bertekak, aku pandang.

Figura Almeer aku rakam elok-elok dalam mindaku.

Aku, tak bersedia untuk kehilangan Almeer dalam hidupku.

Tapi kalau satu hari nanti, dengan ada di sampingnya akan membuatkan dia susah, aku akan pergi.

Aku janji tu dengan diri aku sendiri.

Almeer menoleh memandangku, terkesima melihat aku yang memberikannya senyum.

"Awak okey?" tanya Almeer.

Aku mengangguk. "Aku okey. Selagi kau masih ada, aku okey," jawabku perlahan membuatkan Almeer tersenyum suka.

Biar yang tahu tu hanya aku, dia dan tuhan.

_________

Dahlah cringe, Bahasa Inggeris bersepah

His Reine 🎀Where stories live. Discover now