10

2 0 0
                                    

ALMEER yang mengenakan t-shirt berkolar berwarna biru gelap bersama seluar slack kelabunya duduk tenang di sebelahku. Aku pula mengenakan red wine satin dress bertali halus yang dipadankan bersama cropped jacket berwarna putih menutup lenganku yang terdedah.

Sudah dua hari di sini, aku dan Almeer hanya duduk di bangku yang ada di pusat membeli-belah setiap kali menunggu Nareen selesai membeli-belah.

Nasib saja Almeer ada denganku kalau tak mesti aku akan mati kebosanan. Ada Almeer kuranglah rasa bosan aku sebab hari aku penuh dengan aku marah, mengamuk, malu, gelak, dan kalau boleh semua jenis reaksi perasaan aku tunjukkan.

Almeer ni kalau tak buat lawak, dia cari pasal dengan aku. Teringin kot nak kena tumbuk dengan aku.

"Kejap lagi, saya nak heret Imran pergi masjid. Dia tu kalau tak heret pergi masjid, terus lupa nak solat Jumaat," kata Almeer, menukar topik yang menjadi bualan kami tadi.

"Aku nak tanya sikit boleh?" tanyaku, yang sudah diselubungi oleh soalan ni sejak berjumpa Nareen. Alang-alang Almeer dah sebut nama Imran ni, baik aku tanya.

Almeer telengkan kepalanya memandangku. "Tanyalah."

"Kenapa Nareen panggil Imran dengan nama Gabrielle? Siapa Gabrielle Lee?" Akhirnya soalan itu terlafaz.

Almeer mempincingkan matanya memandang aku. "Kenapa awak nak tahu?" Nada suaranya penuh ragu.

Aku menggaru pipiku yang tak gatal. "Because I'm curious?"

"Why are you being curious about him?" tanya Almeer lagi.

"Well, because I know nothing about him, so I feel like to know? Tak, yang kau tanya banyak sangat soalan ni dah kenapa? Kalau taknak jawab, just say so. Kan senang," marahku bila diasak dengan pelbagai soalan. Sudah soalannya semua bernada curiga denganku.

Almeer mencebik. "Sebab dia convert masuk Islam. Awak mesti terkejut kalau tahu siapa Imran sebenarnya." Terus saja dia jawab pertanyaanku.

"Kenapa aku nak terkejut?" Berkerut dahiku memandang wajah Almeer.

"Percaya tak kalau saya kata yang Imran tu sepupu saya?"

Semakin bercantum keningku. "Sepupu? Bukan dia butler family kau ke?"

Mana masuk akalnya, jadikan keluarga sebagai butler?

"Hah, ni cerita best! Nak dengar tak saya cerita?" Almeer cuba memancing aku untuk mendengar ceritanya yang entah sahih atau pun palsu.

Kening sebelah aku angkat meminta Almeer memulakan cerita.

"Cerita dia macam ni. Masa tu, Imran gaduh dengan Aunty May, adik ayah saya. Jadi, dari Amerika, Imran lari pergi ke Perancis untuk ikut Uncle Ryan. Sebabkan Imran taknak Aunty May dengan Uncle Lee tahu yang dia dekat sini, Imran tawarkan diri dia jadi butler untuk Uncle Ryan,"

"Tapi uncle tak tahu nak buat apa dengan Imran sebabkan diaorang tak perlukan khidmat Imran. He just a boy at that time. Bukan berguna pun dia tu."

Tangan aku angkat, menyuruh Almeer untuk berhenti bercakap. "Berapa umur Imran masa pergi Perancis? Kenapa kau kata dia sepupu kau kalau nama dia macam Asia?" tanyaku terus.

"Masa tu Imran umur 14 tahun rasanya, sebab dia beza 2 tahun je dengan saya. Tak lama lepas tu baru saya datang Perancis tinggal dengan Uncle Ryan. Imran tu, ayah dia je Korean. Mak dia American just like my dad."

"Oh." Itu saja reaksiku.

"Janganlah kacau saya nak cerita."

Aku menjeling Almeer meyampah. "Hah, sambunglah." Tangan aku kibaskan, menyuruh Almeer menyudahkan bicaranya.

His Reine 🎀Where stories live. Discover now