1

10 4 0
                                    

TEGAK postur badanku sewaktu sedang fokus mendengar setiap perkataan yang keluar daripada bibir Dr. Albert Brown, pensyarahku. Tangan laju mencatat setiap isi penting. Sesekali aku menjeling memerhatikan keadaan sekeliling.

Aku hanya senyap dan fokus kepada topik yang sedang diajar di depan. Beberapa pelajar di sekelilingku yang duduk berteman saling berborak sesama sendiri.

Hanya aku saja yang duduk sendirian tanpa teman. Rata-rata mereka semua duduk bersama-sama kawan mereka.

Sudah lima bulan di sini, lagi sebulan aku akan masuk ke semester dua dan aku masih belum berborak dengan sesiapa. Bukan tiada yang cuba menegur atau cuba berkawan, tapi sedikit pun tidak aku hiraukan.

Aku lebih selesa bersendiri dan disebabkan itu banyak khabar angin buruk tentang aku. Aku dianggap sombong dan berlagak.

Aku tahu ramai yang tak suka dengan aku malah ada yang mengumpat tentang aku. Tapi aku peduli apa? Memang selama ni aku hidup sendiri.

Aku kembali fokus kepada Dr. Albert Brown. Berkerut dahi aku cuba memproses setiap apa yang dikatakan oleh Dr. Brown.

Aku terdengar bunyi bisikan di sekeliling aku. Semestinya aku menjadi topik bisikan mereka.

Macam mana aku tahu? Dari tadi hanya nama aku yang mereka sebutkan. Tapi aku tak kisah sebab aku dah biasa. Ramai yang gelar aku sebagai nerd dan sombong ilmu. Sekali lagi, ada aku kisah?

"As for today, we just finish all topics of Calculus 2. Congratulations because you will never see calculus anymore for next year." Senyum menghiasi wajah tua Dr. Albert Brown.

Beberapa pelajar mula bersorak suka. Ada yang bertepuk tangan penuh semangat.

Aku tak faham apa yang nak digembirakan. Tak tahu ke tahun kedua nanti diaorang akan berjumpa dengan linear algebra kalau diaorang ambil course Chemical Physics?

"So, I want you to present what we have learned in my classes. I don't mind which topic you going to do. And I need at least three syllables." Dr. Albert Brown berpeluk tubuh memandang kami semua.

Aku yang mendengarkan itu menggigit bibir. Tolonglah jangan kerja berkumpulan. Tolonglah.

Tangan kanan aku gosokkan dengan tangan kiriku berharap supaya tidak menyuruh kami untuk membuat pembentangan secara berkumpulan.

"You will do a group presentation," sambung Dr. Brown.

Aku menghantukkan kepala aku ke meja dengan kuat. Kenapa? Aku cukup tak suka nak bercampur dengan orang lain. Aku tak suka perlu bercakap dengan orang lain. Lebih-lebih lagi bila aku perlu bercakap dengan orang yang tak sukakan aku.

Dan aku pasti hampir semua orang di sini tak sukakan aku.

Kerana aku, gadis Inggeris. Dan tak lupa juga kerana aku sombong.

Ingat tak aku pernah bagitahu? Tentang beberapa rakyat Perancis yang masih lagi tidak menyukai orang Inggeris kerana Perang Perancis Inggeris pada beberapa dekad yang lalu.

Ibarat dinding dipaku, lubangnya kekal lama. Samalah seperti keadaan mereka. Kerana perang yang berlaku dulu, kesannya sehingga hari ini.

Tak pasal-pasal aku yang perlu hadap keadaan ini hanya kerana lelaki-lelaki yang sibuk mahu berperang. Ridiculous.

Tapi nak salahkan diaorang juga, tak boleh. Aku sendiri yang tak gemar nak berkawan dengan sesiapa. Entah siapa yang akan menikam belakangku kalau aku tak membina tembok antara aku dan mereka.

"Are you okay, miss Freya?" Mendengar Dr. Albert Brown menyeru namaku membuatkan aku pantas mengangkat kepalaku. Kini seisi dewan kuliah sedang memberi fokus mereka kepada aku.

His Reine 🎀Where stories live. Discover now