11

3 0 0
                                    

NAREEN memandang aku dengan wajah terujanya.

Almeer yang sememangnya sedang menggenggam tanganku, mula mngusap tanganku perlahan. "Sayang sure can ride this?" Perlahan saja suara Almeer di sebelahku.

Aku mencebik. "Roller coaster saja. Bukan apa pun," kataku. Kami berempat sedang berada di taman tema atas ajakan Nareen.

Imran di sisi Nareen turut memaperkan riak risau di wajahnya. "Cik puan tak perlu paksa diri cik puan kalau cik puan tak boleh naik. Lagi pun, saya ada je untuk teman Cik Nareen naik. Cik puan dan tuan Almeer boleh tunggu kita orang." Beria Imran memujukku untuk tunggu di bawah saja.

Nareen mula terpinga-pinga memandang Almeer dan Imran. "What actually happen here? Why are you both don't want to let kakak ride this?" Nareen berpeluk tubuh memandang Almeer dan Imran silih berganti.

Imran berdeham. "Well as someone who used to stalked her because Almeer order me to do so, I know a lot including her traumas or phobias. So, according to my research, cik puan pernah hampir terjatuh dari tingkat empat di rumah keluarga cik puan semasa di Malaysia dan cik puan terpaksa menjalani rawatan psikologi atas faktor memulihkan semula cik puan yang sedang trauma ketika itu."

Aku terdiam. Baru aku faham kenapa mereka terlalu risau. "Its happened a long time ago. I'm fine now. Benda tu jadi masa umur aku 4 tahun atau 5 tahun, entah aku pun tak ingat dah. Tak perlu risau. Lagi pun, aku ada kau." Ayat terakhir aku ucapkan perlahan biar Almeer saja yang dapat dengar. Tapi sebenarnya, aku pun dah lama tak pergi mana-mana tempat yang terlalu tinggi. Aku senang gayat dan dad juga selalu marah aku kalau aku cuba ke tempat tinggi.

"Cik puan pasti? Bukan sebab cik puan nak jaga hati Cik Nareen?" tanya Imran.

Nareen di sebelahnya sudah berkerut geram.

Aku menggelengkan kepala kau. "Berdasarkan informasi yang kau dapat, aku jenis yang jaga hati dan perasaan orang ke?"

Imran terdiam. "Baiklah, saya percaya cik puan. Tapi kalau sampai je dekat atas, cik puan rasa takut atau apa-apa, cik puan tak perlu naik. Faham?"

Aku hanya mengangguk memandangkan ini kali pertama aku nampak Imran serius. Sebenarnya, aku takut tapi aku tak mahu kerana aku, diaorang tak dapat berseronok.

"Good," kata Almeer pula di sisiku.

AKU tetap menayang riak biasa selepas turun dari roller coaster tapi jantungku berdegup kencang. Peluh membasahi dahiku.

Sejujurnya aku dah lama lupakan tentang peristiwa aku hampir jatuh di beranda rumah keluarga dad di Malaysia. Punca aku jatuh pun aku dah lupakan walaupun rasa takut pada tinggi itu selalu ada.

Tapi tadi, pada saat aku di atas sana segalanya mula terlayar di fikiranku. Satu per satu, dan aku baru ingat punca aku jatuh, atau lebih tepat siapa yang cuba menolakku jatuh.

Aku ketap bibir. Sebak dan takut mula bercampur.

Sekarang aku tahu kenapa mom bencikan aku.

"Alya?"

Suara Almeer menyentakkanku. "Ya?"

"Okey tak?" tanya Almeer.

Aku senyum dan mengangguk kecil. Tadi Almeer tiada di sisiku kerana Almeer naik bersama Imran dan aku naik bersama Nareen.

Nareen terlalu teruja dan aku tak mahu dia hilang keterujaannya kerana aku. Jadi aku hanya mengeraskan diriku dan memejam mataku rapat.

"Nak pergi minum?" tanya Almeer lagi.

Aku mengangguk lagi. Kepalaku mula berdenyut hebat tapi tetap saja aku maniskan wajahku.

Almeer di depanku tersenyum kecil dan memimpin lenganku ke arah bangku yang ada di situ. "Kalau tak boleh tu, lain kali kata tak boleh. Sebab saya tahu awak degil, saya dah bawa paracetamol awal-awal. Kejap lagi, Imran datang bawa air mineral untuk awak."

His Reine 🎀Where stories live. Discover now