15

2 0 0
                                    

DEWAN yang dihias penuh mewah aku perhatikan. Pagi tadi, aku dan Almeer sudah dinikahkan di pejabat agama yang ada di London ini. Selepas itu, kami berdua terus dibawa ke dewan secara berasingan untuk bersiap bagi majlis yang dad sudah aturkan.

Urusan kahwin sangatlah melecehkan. Sangat-sangat leceh dan terlalu banyak urusan yang perlu diuruskan memandangkan aku bukan berada di negara Islam membuatkan segala urusan menjadi rumit.

Kahwin sangatlah memenatkan.

Aku nak kahwin sekali je.

Aku sedang berdiri berhampiran dengan pelamin menunggu ketibaan Almeer. Gaun putih yang mengikut bentuk tubuhku membalut tubuhku elok. Rambutku didandan kemas dan cantik.

Aku pasti dad tak ikut adat Melayu dan aku pasti dad cuma buat majlis ni untuk memberitahu kawan-kawannya tentang statusku.

Tiffany agak terkejut selepas dapat tahu tentang siapa Almeer di mata dunia. Aku ingatkan normal saja kalau aku tidak kenal siapa Almeer tapi ramai yang memang tahu tentang siapa Almeer. Tak sangka aku memang tak tahu semua benda.

Ignorant Nurafreya Alya. Ignorance as always.

Anak Tuan Reffael, anak kepada usahawan berjaya di United Kingdom itu berkahwin dengan jutawan yang mempunyai banyak cawangan perniagaan.

Itulah yang keluar di dada akhbar.

Aku sendiri terkejut ya bila tahu Almeer mempunyai perniagaan sendiri. Aku tahu Almeer sudah ceritakan kepada aku yang dia warisi semua tu daripada arwah neneknya tapi tak aku sangka sebegitu luas pengaruh Almeer. Dia juga beritahuku yang dia belum berkuasa penuh atas perniagaan neneknya.

Syarikat-syarikat itu sedang diuruskan oleh Tuan Ryan, yang merupakan penjaga sementara Almeer selepas neneknya meninggal dunia.

Aku tak tahu apa-apa.

Membuatkan aku rasa tak guna.

Tapi aku tak ada masa untuk insecure sekarang ni.

Memandangkan aku dah biasa ke majlis-majlis sejak kecil lagi, jadi aku tahu apa yang perlu aku buat. Senyum, tegakkan badan, jangan berkerut. Make sure you look like you are thoughtless.

Pintu dewan yang gah bagaikan gerbang dibuka kedua-duanya.

Wajah ketat Almeer menjadi tatapan aku. Tiada senyuman di wajah itu, tiada juga kerutan. Cuma tampak beku.

Satu fakta baru. Almeer handsome bila tak senyum. Isi dalam pipi aku gigit. Tu suami saya tu.

Rasa nak menjerit bagitahu semua orang yang Almeer suami aku. Haih. Aku rasa aku dah gila.

Almeer membawa langkah menghampiri aku. Tak laju, tak juga perlahan. Postur tubuhnya tetap tegak sewaktu melangkah. Bagaikan dia juga dah terbiasa dengan majlis formal begini.

Sampai saja dia di depanku, dia membawa diri ke sisiku. Wajahnya masih begitu tanpa senyuman walaupun saat pandangan kami berlaga.

"Seriusnya suami saya," kata aku perlahan tapi cukup untuk Almeer dengar.

Bibir Almeer bergerak bagaikan mahu tersenyum tapi nampak sungguh dia tahan. "Suami saya, huh?"

"Taknak puji saya ke, suami?" tanyaku bila dia terlalu tegang.

"Saya tengah marah. Jangan cuba buat saya senyum." Tanpa nada Almeer berkata.

Terus aku pusingkan tubuh menghadap Almeer. Wajahnya aku tatap lama. "You should be happy today, encik suami."

Almeer menekup mulutnya dengan sebelah tangan, mungkin cuba sembunyikan senyumnya. "Of course I'm happy. Tapi saya marah. Orang-orang ayah awak buatkan saya kalut bila saya nampak diaorang bawa awak masuk dalam kereta hitam, lepas tu terus tinggalkan saya. Saya tak dapat jumpa isteri saya lagi." Masih menekup bibirnya, Almeer membebel panjang.

His Reine 🎀Where stories live. Discover now