13

15 4 5
                                    

"Okey, kain rentang mini dah siap pasang dah. Kertas layang dah siap fotostat 50 salinan ke, Wan?" Soalan itu diajukan Hamzah kepada Zahwan yang baru tiba di sekitar gerai kelab QOWIY.

"Sudah," jawab Zahwan dengan penuh bangga dan semangat. 50 helai kertas bersaiz A5 itu dijulang dan digoyang-goyangkan sedikit. Puas menayangkan hasil kerjanya, Zahwan sambung menapak ke belakang gerai. Hamzah masih ralit berdiri di bahagian depan merenung kain rentang mini yang dipasang tadi.

Tidak lama selepas itu, Majdi pula sampai berdekatan gerai. Kelihatan ada dua keping plakad sederhana besar yang dikepit tangan sebelah kanan. Langkah dia pula perlahan dan tampak cermat. Barangkali, dia tidak mahu terlanggar sesiapa. Kalau tidak, pasti renyuk kedua-dua plakad itu nanti.

"Haa, Di! Lagi satu plakad yang aku minta dalam WhatsApp tadi tak ada, ya? Aku nampak kau bawa dua keping saja ni."

Majdi tak lengah mengangguk. "Aku tanya Safa tadi dia ada ke tidak plakad lagi satu, dia kata pada dia memang ada dua ni saja. Dia pun tak tahu lagi satu plakad tu entah ke mana." Sama seperti Zahwan tadi, Majdi turut bergerak ke bahagian belakang gerai sebelum dia meletakkan sebentar kedua-dua keping plakad itu di atas meja gerai untuk mengambil nafas.

Hamzah kini sibuk memasang pemegang poster kayu berkaki tiga di sebelah kiri gerai, manakala Zahwan memasang lagi satu pemegang poster di sebelah kiri gerai. Majdi lalu menghulurkan plakad-plakad tadi kepada Hamzah dan Zahwan setelah mereka selesai memasang.

Selesai jua akhirnya sesi menyusun atur dan menata rias gerai itu. Hamzah yang paling berpuas hati dengan hasil kerjasama dia dan dua orang ahli baru kelab itu. "Alhamdulillah, kerja susun-susun dah siap. Sekarang, kita cuma tinggal tunggu orang lalu-lalang."

Serentak Majdi dan Zahwan mengangguk.

Mengiakan kata-kata ketua tugasan mereka hari ini.

Setiap seorang daripada jejaka itu sudah siap mengambil beberapa helai kertas layang dalam genggaman masing-masing. Hamzah berdiri di sebelah kanan gerai, dan Zahwan pula jauh di sebelah kiri. Majdi pula kekal berdiri di belakang gerai itu.

Rezeki hujung minggu agaknya. Gerai kelab QOWIY itu meriah disinggahi para pelajar yang berkunjung lalu. Ada yang singgah dan tekal mendengar penerangan oleh Hamzah berkenaan kelab itu dengan plakad tadi sebagai rujukan. Ada juga yang sukarela mengambil kertas layang yang dihulurkan oleh Zahwan, meski tidak singgah ke gerai. Majdi pula sibuk menerangkan cara mendaftar jadi ahli kelab dan hal-hal berkaitan kepada pengunjung-pengunjung yang memilih untuk singgah langsung ke gerai itu.

Hampir tiga jam berlalu, barulah surut sedikit jumlah pengunjung gerai itu. Memandangkan waktu makan tengah hari sudah tiba, Hamzah si pencinta makanan, laju mengumumkan mereka akan menyambung kegiatan itu kembali pada jam 2.30 petang nanti.

"Kau geraklah dulu, Hamzah. Aku dengan Majdi boleh tolong kemaskan gerai."

"Betul korang okey ni?"

Zahwan mengangguk sekali lagi, memberi kepastian yang jitu terhadap ahli kelab yang senior itu. "Okey. Terima kasih banyak-banyak, korang. Kalau ada apa-apa hal, roger je aku dekat WhatsApp, ya?" Sekali lagi Zahwan mengangguk, kali ini isyarat dia memahami.

Baru dia hendak mengambil plakad yang dipamerkan di sebelah kiri kedai, tingkah Majdi menimbulkan rasa prihatin tak semena-mena. Mata yang sedikit kuyu sambil tertunduk ke bawah, bahu yang sedikit membongkok, dan riak wajah yang jelas kelihatan kosong.

Zahwan mengerti benar. Ini bukan penat biasa-biasa untuk kawannya itu.

Pasti kepenatan itu terhasil akibat penat dalaman. Dan penat dalaman itu pula, Zahwan pasti, bukanlah sekadar penat dek kegiatan kelab mereka pada hari ini. Tidak jadi mengemas plakad tadi, Zahwan berjalan ke arah beg sandang yang disandarkan pada meja gerai.

Rasian Reluh MajdiWhere stories live. Discover now