BAB 15

11 2 0
                                    

Jangan dibiar hati membenci, tentu akal akan turut mati


Sudah seminggu insiden itu berlalu. Namun Norleen tak lelah menjaja cerita. Habis diberitahu semua orang yang dia kenal, ada siswi pandai menyanyi. Satu je yang dia tak sebut. Nama siswi tersebut. 

Naziefa malas nak ambil kisah. Janji Norleen tak malukan dia. Malah jika itu yang menggembirakan Norleen dia akan biarkan saja. Cuma wajah itu sirna petang ini. Ada riak kekecewaan yang terlorek di wajah sahabat baiknya.

“Kalaulah kau masuk karnival hari itu tentu fakulti kita akan menang. Mungkin kau akan menang nyanyian islamik. Tapi sayang sungguh. Tak ada seorang pun yang berjaya membawa nama fakulti kita ke pertandingan seterusnya,” omel Norleen dalam nada kecewa. 

Patutlah muka Norleen mencuka sahaja. Itu sebabnya. Penat sungguh hendak melayan karenah Norleen. Justeru, Naziefa diamkan diri sahaja.

“Kau ni… tak ada perasaan ke?” omel Norleen geram. Sedari tadi lagi mereka duduk di atas bangku di tepi koridor di dalam pasaraya tetapi wajah Naziefa tetap selamba. Asyik memandang buku di tangan.

“Engkau marah dekat aku ke?” soal Norleen lagi. Pelik betul kerana Naziefa langsung diam. “Aku ni nak tolong kau. Kalau kau masuk acara kau tentu akan popular. Bolehlah aku tumpang sekaki.”

Pap!

Sebiji penampar singgah di paha Norleen.

“Tak ada manfaat langsung. Dapat malu adalah. Kau buat aku macam artis tahu tak. Malu.”

Norleen terkekek-kekek ketawa. Kecewa itu tadi hanya seketika.

“Aku harap sangat ada yang offer kau jadi artis. Artis nasyid pun okay sangat. Kau tahu kan dekat UIA tu ada kumpulan nasyid. Nama INTEAM. Aku minat gila dengan lagu ‘Kasih Kekasih’ dia orang tu. Kau nyanyi untuk aku. Please!”

Norleen kelipkan mata. Memujuk dengan gaya comel.

Naziefa hanya senyum temewek.

Bukan Norleen seorang saja yang minat kumpulan nasyid tersebut. Dia pun sama. Cuma masa dia tingkatan enam atas dia tak tahu pun itu kumpulan nasyid. Mati-mati dia ingatkan kumpulan balada baru. Bila berkawan dengan Norleen barulah dia tahu itu kumpulan nasyid yang semakin mendapat tempat di hati anak-anak muda. Terutama pelajar universiti. 

Tak perlu… aku ragui
Sucinya cinta yang kau beri
Kita saling kasih mengasihi
Dengan setulus hati

Tiba-tiba saja Norleen bangkit lalu menyanyi bagaikan dialah salah seorang kumpulan nasyid tersebut. Terus tersembur tawa Naziefa.

“Engkau ni, janganlah melebih pula.” 

Melihat gelagat Norleen terasa lapang dada Naziefa saat ini. Hilang segala gundah di hati.

“Dah kau tak nak  nyanyi. Jadi… biar aku sajalah yang menyanyi. Kalau kau cakap tak sedap siap kau. Aku paksa kau nyanyi dalam kuliah nanti,” omel Norleen sambil mencebik. 

Naziefa gelengkan kepala. 

“15 minit lagi ke pukul enam. Jomlah. Kita pergi kedai roti dulu sebelum balik bilik. Aku teringin nak makan pie tuna.”

Norleen julingkan mata ke atas.

“Terus lapar kan bila  dengar aku nyanyi. Padahal nak cakap aku menyanyi tak sedap.”

Norleen sudah muncungkan bibir. Merajuk! 

“Lah, ada ke aku cakap tak sedap?” soal Naziefa tetapi Norleen buat tak endah. Menonong meninggalkan Naziefa yang terkial-kial memasukkan buku ke dalam beg sandang. Nampak gayanya Norleen benar-benar merajuk.

TARANUM kasih NAZIEFAWhere stories live. Discover now