BAB 24

9 3 0
                                    

Jika semalam melemahkan diri, biarlah hari ini menguatkan rohani

Naziefa turun ke bawa menghampiri Pok Jak yang leka memasukkan kompang ke dalam kotak. Sebentar lagi Rosli akan datang mengambilnya untuk dihantar ke rumah pelanggan.

“Tubuh tu rasa lemah lagi ke?” sapa  Pok Jak lembut bagaikan tiada apa pun yang berlaku dua  tiga hari yang ini. Naziefa yang datang ke wakaf hendak membawa naik dulang minuman ke atas rumah mengangguk biasa saja. Melihat ayahnya yang menyandarkan tubuh ke tiang wakaf lantas menghembus nafas keras, hati pantas diterpa sayu.

Sayu kerana melihat tenaga orang tuanya yang semakin hari semakin berkurungan. Malah sayu kerana terpaksa mematahkan hati ayah sendiri.

“Ayah nak tambah lagi?” tanya Naziefa lantas naik ke atas wakaf.  Tarik jug berisi teh o sejuk. Ada sedikit lagi. Cukup untuk segelas. Pok Jak menggeleng tidak mahu dan Naziefa akur. Baru saja menyusun gelas ke atas dulang, Rosli muncul dengan memandu proton saga kelabu. 

“Efa dah sihat ke?” tanya Rosli sebaik saja tiba di wakaf. Naziefa hanya mengangguk. Langsung tak mahu pandang wajah lelaki itu. Namun dia tuang juga minuman sejuk ke dalam gelas lalu hulurkan kepada lelaki itu. Walaupun orang itu tak disukai, tetapi meraikan tetamu itu amatlah dituntut. Lagipun dia bukan membenci bagaikan lelaki itu musuh sejati. Dia hanya tidak berkenan dengan perangai lelaki itu.

Rosli tidak Menyambut. Biarkan saja gelas tersebut. Lagipun dia tak rasa dahaga. Kedatangannya ke sini mahu menghantar kompang orang. Sambil menyelam minum air. Ambil peluang hendak melepas rindu pada burung yang tak sihat sehari dua ini. Tetapi hati Rosli simpati. Melihat wajah pucat tersebut hatinya cukup risau. Jika Pok Jak tidak berkongsi cerita dengannya dia tidak akan tahu Naziefa telah bermalam di wad dua hari lepas. 

Pok Jak yang menyedari pandangan mata Rosli pantas bangkit.

“Boot kereta dah buka ke belum?” tanya Pok Jak. Rosli mengiyakan. “Biar aku simpan. Lepas tu aku nak ikut kau pergi hantar kompang tu.” beritahu Pok Jak lantas angkat kotak sebesar pemeluk.

Rosli membiarkan sahaja orang tua itu membuat kerjanya. Jika disanggah naik angin pula. Lagipun dia lagi suka bila Pok Jak tak ada. Senang dia nak bercakap dengan Naziefa.

“Kenapa belajar benda yang ayah tak suka?” soal Rosli ketika Naziefa menjejak tangga wakaf hendak turun ke bawah.

Pantas Naziefa menoleh lantas berikan cerlungan pada Rosli. 

“Aku belajar lagu Al Quran. Bukan belajar benda mengarut,” ujar Naziefa sambil menarik dulang rapat ke sisi. 

“Ya, Abang Li tahu tapi Efa kena dahulukan ayah. Barulah ayah tak mengamuk.”

Naziefa terdiam. Pusingkan badan dan pandang ke dalam anak mata lelaki itu. Kenapa suara lelaki itu seperti suara abang-abang yang cuba mengambil berat akan adik sendiri. Tetapi cepat-cepat dia tolak ke tepi apa yang hatinya rasa.

“Salahkah aku buat apa yang aku minat. Macam kau layan minat kau.”

Rosli tergeleng-geleng.

“Abang Li cakap pasal Efa, bukan pasal Abang Li. Efa tu harapan ayah Efa. Abang Li cuma menumpang.”

“Menumpang? Baik kau terus gantikan ayah. Lagipun aku tak boleh menyanyi.” Sungguh kasar bunyinya. Namun Naziefa tak kisah. Kalau dengan Rosli tak boleh berlembut.

“Jangan nak sembunyikan benda yang orang dah tahu. Semua orang dah maklum Efa pandai menyanyi. Ayah Efa pula berharap sangat Efa gantikan dia.”

“Tapi ia salah, bukan?”

Terkedu Rosli apabila Naziefa mula tunjuk sisi cerdiknya.

“Apa yang salah?”

“Ayah cuba menyalahi adat. Bukankah dikir barat ini semuanya dimonopoli oleh kaum lelaki. Kenapa ayah nak suruh orang perempuan kat atas pentas?”

Rosli herotkan senyum.

“Pok bukan saja-saja nak suruh Efa menyanyi. Pok nak Efa pegang warisan ini. Kalaupun bukan Efa yang jadi tok jogho sekali pun, pok nak Efa jadi penyanyi. Tak kira lah penyanyi dikir baru ataupun lagu rakyat. Pok tak kisah.”

Naziefa tak mahu menjawab. Kalau salah bercakap nanti Rosli akan membahannya begitu saja. 

“Apa kata Efa kahwin je dengan abang. Abang boleh tolong Efa lari dari arahan ayah Efa. Biar Efa menyanyi untuk abang je.”

Buntang mata Naziefa mendengar ayat lelaki itu. Bibir diketap geram. Suara abang-abang tadi sudah berubah menjadi suara buaya tembaga. Sempat juga lelaki itu hendak mengayat. Tapi dia tak akan biarkan hatinya cair dengan segala kata-kata manis yang semakin hari nampak semakin bergula.   

“Jangan nak ‘kona’ kut lainlah. Sampai bila-bila pun aku tak akan menyanyi. Kalau aku dah kahwin, dah ada keluarga pun aku tetap begini.”

Mata Rosli melilau di segenap wajah Naziefa. Apa saja yang Naziefa luahkan tak masuk dalam kepala. Hanya wajah itu yang mahu direnung selalu. 

Tiba-tiba…. 

“Rosli, kau buat apa kat situ? Dari tadi lagi aku tercegat tunggu kau,” laung Pok Jak kuat. Serta-merta tangan Rosli naik membetulkan rambut yang terjuntai ke dahi. Segan. “Kalau kau nak sangat bercakap dengan Efa baik kau jabat tangan aku dulu.”

Rosli terkekek-kekek ketawa namun Naziefa menjeling geram. 

“Tengok. Pok dah bagi greenlight.”

Naziefa tarik nafas dalam-dalam. Ibarat naga di balik awan. Sekejap lagi akan menyembur api penuh geram. Namun tak jadi apabila Rosli mula melangkah masuk ke dalam kereta. Lalu membawa Pok Jak ke rumah pelanggan. Tinggallah Naziefa bersama hati yang cukup takut. Bimbang andainya apa yang diluah ayah akan menjadi kenyataan.

Sungguh dia tak mahu.

TARANUM kasih NAZIEFAWaar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu