BAB 23

12 3 0
                                    

Izinkan malam membawa pergi hati yang kelam

“Kau ke yang ajar Naziefa berlagu?” 

Tak perlu tunggu semua jemaah balik terus Pok Jak menyerang Ustazah Halimah yang baru tiba di muka pintu hendak memijak anak tangga. Tersentak wanita itu dengan kemunculan Pok Jak. Sungguh terkejut kerana lelaki itu jarang datang ke sini. Boleh dibilang dengan jari berapa kali datang berjemaah. 

“Saya ajar ilmu yang bermanfaat, pok.” Seperti selalu wanita itu berlembut. Tak kira siapa datang menghadap bahkan menyerbu.

“Aku dah agak. Kau sengaja nak kacau periuk nasi aku.”

“Apa pula ni, pok? Saya tak kacau periuk pok pun. Tapi saya tolong tambah periuk lain untuk pok,” jawab Ustazah Halimah. Geram hendak menjawab lagi namun suasana surau yang masih ramai dengan jemaah menyebabkan hatinya pantas menegah. Segan pula tua-tua begini hendak bergaduh. Bergaduh pula dengan lelaki.

Malas dah nak ambil pusing, perlahan-lahan Ustazah Halimah  pakai selipar lalu keluar dari surau. Menapak ke pintu pagar.

“Jangan nak berlagak. Kau ingat kau ustazah jadi sesuka hati kau saja nak mengajar anak orang.”

“Ya Allah, pok ni. Kan saya anak arwah tok imam surau kampung kita. Dah lama saya mengajar budak-budak mengaji kat surau ini. Dari arwah tok imam ada lagi. Percuma pula tu kami ajar. Saya pun tak pernah paksa. Siapa-siapa saja  boleh datang ke mari. Kebanyakannya mak ayah yang datang hantar anak sendiri. Naziefa tu pun Mok Yah yang bawa. Saya tak tahu pula pok tak setuju.”

“Eh, aku tak kisahlah dia nak mengaji. Yang aku geramnya kenapa kau ajar dia bertarannum.”

Ustazah Halimah menggeleng kesal.

“Apa salahnya. Lagipun Naziefa bukan nak masuk bertanding.”

“Ya, sebab itu jugalah dia jadi culas nak ikut arahan aku.”
Sakit hati Pok Jak. Kerana arwah ayah ustazah itulah dia bengkak hati sampai ke hari ini.

'Nyanyi dikir barat, mengarut pandai sangat. Bila aku suruh mengaji kau jadi but kayu. Aku rodok tekak kau biar tak boleh dha nak menyanyi.'
Terngiang-ngiang suara bebelan arwah tok imam sehingga ke hari ini. Kerana itu dia tak suka anak-anaknya belajar berlagu. Pandang muka tok guru wanita itu dengan muka merah menahan amarah.

Ustazah Halimah pula mengeluh kesal. Kesal dengan apa yang terjadi. Kenapalah isu berlagu yang jadi masalah. Dia tak faham dengan orang tua yang ada di depannya ini.

“Pok, saya cukup bangga dengan anak dara pok. Baik budi orangnya. Tak pernah culas bab-bab agama. Masa ajar dia dulu, kepalanya cepat pikap. Dia pun rajin tolong ajar budak-budak lain sampai pandai. Syukurlah Naziefa dah bagi keuntungan berlipat ganda pada pok.”

Pok Jak mengepal penumbuk. Sakit hati.

“Keuntungan apa nya kau cakap. Tak ada untung untuk aku. Makin banyak masalah adalah.”

“Banyak pahalanya tu, pok.” Ustazah Halimah cuba membuat lelaki itu bangga namun wajah bengis Pok Jak tidak mencerminkan besar hati. Nampak muka tak suka dan benci saja. 

“Ini bukan soal pahala. Ini soal kerja aku. Sebab kaulah dia tak mahu ganti aku. Huh, patutlah. Rupa-rupanya kau dah bagi anak aku minum air Yaasin kau tu. Itu yang anak aku keras hati dengan aku. Langgar arahan aku macam tu je.”

“Astaghfirullah al azim.” Ustazah Halimah beristighfar. Jauh sekali andaian lelaki itu. “Saya tak pernah suruh dia derhaka pada pok. Tak pernah. Saya hanya ajar mengaji.”

“Arghhh!” 

Pok Jak menjerit kuat.

“Sudah-sudahlah tu Pok Jak. malam-malam macam ni kamu buat bising dekat surau. Esok pagilah kamu bawa orang rumah kamu berjumpa ustazah. Bincang elok-elok.” Pak Imam, abangnya Ustazah Halimah menegur. Lelaki itu yang hanya memerhati sedari tadi akhirnya mencelah. Tak kanlah dia hendak membiarkan malam yang tenang dilanda ribut.

TARANUM kasih NAZIEFAWhere stories live. Discover now