BAB 18

9 2 0
                                    

Saat petang yang tenang, hati dilanda ribut kemarahan

Tak pasal-pasal dia dapat gelaran. Kerana video yang sudah ditonton ramai pelajar di kampus dia digelar Efa Merbok Kayangan. Entah apa sebabnya dia dipanggil begitu. Dia tak dapat hadam.

Jenuh dia larikan muka. Tak mahu bertemu dengan sesiapa pun. Dia cukup malu dengan apa yang telah berlaku. Tapi dia lupa, Norleen sentiasa ada dan galak mengusiknya.

“Aku dah tanya pak cik Google. Kalau kat Kelantan burung merbok paling diminati ramai. Nama lain bagi merbok adalah ketitir. Hah, burung merbok ni burung pemikat tau. Siapa saja yang dengar suara burung tu memang jatuh cinta lah. Engkau macam tu lah. Dah buat semua orang jatuh sayang. “

Naziefa gelengkan kepala. Dia tak rasa begitu pun. Mana ada orang sayang. Mengata dia adalah. 

“Dah tu kenapa mesti kayangan?” tanya Naziefa pelik. 

Dengan lagak pensyarah Norleen membalas kata. “Maksudnya susah nak jumpa. Kayangan kan jauh. Entah kat mana. Sekali je suara kau muncul habis semua terpana.”

“Terpana ke lari?”

Terkekek-kekek Norleen ketawa sambil melangkah masuk ke dalam pasaraya usai kertas terakhir hari ini. Ada urusan yang hendak diselesaikan. Jadi dia minta Naziefa temankan.

“Betul ni kau tak nak teman aku?” soal Norleen sebaik sahaja kaki berhenti di sebuah restoran di dalam pasaraya. Naziefa menggeleng tidak mahu. Norleen nak jumpa orang lelaki. Manalah dia nak ikut. Walaupun lelaki itu saudara Norleen, dia tetap segan.

“Kau pergilah. Biar aku lepak dekat tempat biasa. Nanti kau dah setel datang je jumpa aku.”

Norleen mengangguk membenarkan. Mereka pun berpisah di depan restoran. Norleen masuk ke dalam restoren dan Naziefa mengatur langkah ke aras atas. Mencari bangku yang selalu menjadi tempat persinggahan. 

Hatinya sungguh gembira. Bangku itu kosong. Lantas dia menapak laju. Tidak mahu berebut dengan orang lain. Sebaik duduk dia keluarkan buku lukisan sebesar kertas A4. Selak helaian demi helaian. Apabila tiba pada gambar suasana sebuah rumah mulutnya menghembus nafas kega. Lukisan tersebut masih belum sempurna dan dia perlu siapkan sebelum esok. 

Ukirkan senyum. Letak buku di sebelah. Tangan mula ligat keluarkan kotak pensil. Cari pensil yang selalu digunakan. Tak sabar sungguh hendak melihat hasil lukisan sendiri.  

Dia tak boleh lengahkan masa kerana masa yang ada hanya tinggal sedikit. Semester pertama sudah habis. Esok sudah bermula cuti bagi semester satu. Sebelum dia pulang petang esok dia mahu hadiahkan lukisan ini kepada Norleen. Tanda persahabatan tulus ikhlas darinya. Lagipun dia mahu Norleen sentiasa mengingati dirinya.

Dengan hanya menggunakan pensel 2B dia mula menyambung kembali tugas yang belum selesai. 

***

Nazhan melangkah masuk ke dalam pasaraya Hiong Kong. Hajat hati hanya mahu menunggu di dalam kereta sahaja tetapi Fadhir cakap perbincangannya entah bila akan selesai. 

Setengah jam lagi jarum akan menganjak ke angka lima. Malas pula hendak duduk di dalam kereta. Lalu dia menapak masuk ke dalam pasaraya yang selalu menjadi tempat dia membeli-belah. Kaki mengarah ke tangga eskulator. Dia mahu mencari bangku. Alangkah bagusnya jika dapat rehatkan diri seketika tetapi dia tidak pasti adakah dia akan dapat berehat.

Gara-gara Fadhir yang mahu ikut serta ke rumah pelanggannya, lelaki itu menyuruh datang menjemputnya di sini. Kata Fadhir nak juga tengok rumah orang kaya. 

Apa-apalah si Fadhir tu. Macamlah dia tak pernah tengok kediaman mewah. Macam budak kecil saja. Tapi Fadhir bersungguh hendak melihat. Mungkin kerana lelaki itu belum berkesempatan melihat hasil idea Nazhan dengan mata kepala sendiri. Sekadar melihat di dalam gambar. Tak pun dalam majalah dan juga komputer riba.  Itu belum memuaskan hati Fadhir. Walaupun sudah lima tahun Nazhan berkecimpung dalam dunia rekaan dalaman Fadhir tak pernah melawat kawasan bersama Nazhan.

TARANUM kasih NAZIEFAWhere stories live. Discover now