CHAPTER 2

1K 38 1
                                    

"Yoona, kenapa ni?" tanya Soo Young apabila Yoona tiba-tiba berhenti bercakap dan matanya tertacap di kaca TV. Rancangan inkigayo sedang disiarkan di kaca tv dan kumpulan BTS sedang berada di atas pentas dengan lagu terbaru mereka. Yoona melihat suaminya sedang menyanyi dengan penuh bergaya di atas pentas. Selepas hari itu, dia langsung tidak mendengar apa-apa cerita daripada suaminya. Dia juga tidak tahu sama ada suaminya sudah balik ke Korea atau pun belum. Tapi memandangkan Yoona tahu bila dan bagaimana rancangan inkigayo ini dirakamkan secara tidak langsung memberi makna yang suaminya sudah pun kembali ke Korea.

"Itu kumpulan BTS kan?" tanya Yoona ingin memastikan apa yang dilihatnya di kaca TV adalah sama seperti yang dia rasa.

"Ha ah, kenapa engkau tanya?" tanya Sooyoung yang pelik melihat Yoona seperti terkejut melihat kumpulan baru yang sedang meningkat naik popularitinya itu.

"Dia orang nampak bergayakan," ulas Yuri yang baru melabuhkan punggungnya di sebelah Yoona.

"Aku suka lagu ni," Sunny pulak menyatakan pendapatnya.

"Semalam dia orang datang ke rancangan radio aku, dan aku rasa dia orang makin hensem sangat," tambah Sunny lagi.

"Wah best nya kau, aku sebenarnya teringin nak kenal dia orang," beritau Yuri.

"Tapi dia orang tu hormat sangat kat kita, so susah jugaklah nak rapat dengan dia orang tu. Dia orang cakap sopan sangat, yelah kalau yang paling tua antara dia orang tu pun hormat sangat caranya bila bercakap dengan aku, yang lain tu lagilah," kata Sunny.

"Siapa yang paling tua?" tanya Sooyoung.

"Yang tu hah, Seok Jin, yang rambut hitam tu," kata Yuri.

"Wah hensem juga orangnya," kata Sooyoung.

"Hmm... dengan korang je kot budak tu hormat," kata Yoona.

"Engkau panggil dia budak, engkau rapat ke dengan dia?" tanya Yuri pada Yoona.

"Entah, susah nak cakap," jawab Yoona sambil bangun dari tempat duduknya. Walaupun dia tak tahu kenapa, tapi bila Sooyoung menyatakan yang suaminya itu hensem dia merasa tidak senang. Mungkin dia tak nak orang ingin mengenali rapat suaminya itu.

"Nak pergi mana pulak tu?" tanya SooYoung.

"Nak ambik air, engkau nak juga ke?"

"Boleh jugak, thanks," jawab Soo Young.

Tiba-tiba, telefon Yoona yang terletak di atas meja berbunyi.

"Yoona.. telefon engkau," kata Sooyoung dan mengambil telefon tersebut. Sooyoung melihat nama pada skrin telefonnya dan tertulis, MY ONLY ONE.

"Tolonglah jawab kejap," jerit Yoona dari dapur.

"Betulke kau nak aku angkat ni, kau punya only one yang call," jerit Soo Young tapi dia tetap menekan butang hijau pada skrin telefon Yoona.

"Hello,"

"Hello, siapa ni?" tanya suara yang menelefon Yoona.

"Oh, telefon ini milik Yoona, tapi kejap ye, dia tengah mengambil air di dapur," beritahu SooYoung.

"Oh ye ke, ok," jawab pemanggil.

"Siapa yang called," tanya Yoona.

"Your only one,"

"Hmm... siapa your only one?"

"Mana aku tahu, dah engkau tulis kat phone kau 'My only one'" beritahu SooYoung dengan memberikan telefon kepada Yoona.

"Hello,"

"Malam ni kena tidur kat rumah kita,"

"Hmm... siapa ni?"

AWAK SUKA SAYA KE?Where stories live. Discover now