CHAPTER 3

895 36 0
                                    

"Korang dengar tak tu... kita akan join majlis amal bersama kumpulan perempuan," kata Jimin dengan rasa teruja selepas mendengar daripada pengurus kumpulan BTS mengenai aktiviti yang mereka kena pergi sekarang ini.

"Aik, bila masa pulak engkau berminat dengan perempuan ni," kata V.

"Dari dulu arh... cuma tak ada kesempatan je nak kenal ahli kumpulan perempuan," jawab Jimin.

"Betul tu, kalau ada pun mesti ada kamera. Langsung tak boleh nak ayat," sampuk J-Hope.

"Hari ni tak de kamera ke?" tanya Jung Kook.

"Ish, tak mahunye tak de kamera, bukan kita je yang kat sana nanti," kata Suga.

"Kesian, tak bolehlah nak ayat, kamera merata-rata," ucap RapMon sambil menepuk bahu Jimin. Jimin menepis tangan RapMon.

"Ala, bukan nak ayat sangat pun, just nak mintak nombor telefon. Manalah tahu kot-kot dapat," kata Jimin sambil tersenyum nakal.

"Abang, tahu tak kumpulan mana je yang datang untuk majlis amal ni?" tanya Jin pada abang pengurus kumpulan BTS yang sedang memandu kereta.

"Ramai juga, ini majlis amal untuk memperkenalkan budaya tradisional Korea," jawab abang pengurus.

"Budaya tradisional, kita kena pakai pakaian tradisionallah ni?" soal Suga.

"Ha ah, korang punya baju untuk majlis ini pun dah disediakan. Sampai sana nanti korang kena tukar pakaian dan dengarlah arahan seterusnya dari pihak penganjur macam mana," terang abang pengurus.

"Jauh lagi tak?" tanya Jin.

"Dalam sejam kita sampailah," kata abang pengurus.

"Aku nak tidur kejap, so jangan bising," beritahu Jin pada yang lain.

"Aku pun nak tidur lah kejap, nanti mesti tak ada masa," kata RapMon.

Sesampai di tempat majlis amal, ahli kumpulan BTS terus menuju ke kawasan khemah yang disediakan untuk artis-artis yang akan menjayakan majlis amal ini. Kebanyakan kumpulan artis yang akan menjayakan majlis sudah pun berada di situ. Setelah mereka selesai bersiap dan memakai pakaian tradisional (Hanbok) untuk majlis ini, mereka pergi ke khemah utama di mana mereka akan mendengar arahan dari pihak penganjur bagaimana aktiviti dalam majlis amal ini akan dilaksanakan. Jin memandang sekeliling untuk melihat siapakah kumpulan artis yang dijemput untuk menjayakan majlis ini, dan dari pemerhatiannya kumpulan yang ada di situ adalah kumpulan Twice, Seventeen, Highlight, EXO, Blackpink, Superjunior , GOT7 dan SNSD.

"SNSD," ucap Jin.

"Mana?" tanya Jung Kook.

"Harap kita satu kumpulan dengan dia orang lah hari ini," bisik RapMon.

"Tak naklah, susahlah, dia orang tu sunbae, mesti tak selesa nanti," kata Jimin.

"Sunbaelah yang bagus, kalau dapat ambik hati dia orang, for sure dia orang akan bagi kita special protection," kata J-Hope berserta gelak.

"Takde maknanya protection-protection, kalau aku, aku yang bagi protection kat dia orang," kata RapMon dengan penuh yakinnya.

"Yelah tu, macamlah dia orang nak sangat kau punya protection," cakap Jimin.

"Jin, mana lagi best, satu kumpulan dengan SNSD ke atau satu kumpulan dengan Twice?" tanya Jung Kook.

"Hmm... mana-mana pun aku tak kisah," jawab Jin.

"Tapi kumpulan Twice ada Nayeon," beritahu Jung Kook.

"So,"

"Yelah, bukan Jin hyung minat kat dia,"

AWAK SUKA SAYA KE?Where stories live. Discover now