CHAPTER 14

700 30 1
                                    

AWAK SUKA SAYA KE?

CHAPTER 14

"Seronok tak?" Jin melihat isterinya yang sudah siap mandi duduk di atas sofa sama seperti yang dilakukannya awal pagi tadi.

"Saya rasa penat sangat," Yoona berkata sambil memandang Jin yang mengambil tempat duduk disebelahnya.

"Mari sini abang urutkan," kata Jin. Yoona kemudian duduk membelakangkan Jin dan dengan perlahan Jin mengurut bahu isterinya.

"Abang...,"

"Hmm...,"

"Abang rasa ada tak orang yang menangkap gambar kita masa kat Disneyland tadi?"

"Kenapa, sayang risau ke?"

"Risau tu... memanglah risau... tapi tadi tu seronok sangat. Saya sampai terlupa kita kat di tempat terbuka."

"Memanglah, sayang dah jadi macam budak-budak kat Disneyland tadi. Sampai abang terfikir betulke keputusan abang melamar sayang nak dijadikan isteri abang," seloroh Jin.

Yoona menarik muka, "Kata saya... yang abang tu... tak berhenti nak main dan berlawan dengan yang lain tu."

"Itu bukan abang sorang dah diorang nak bertaruh siapa lagi hebat. Lagipun abang kena tunjukkan kemachoan BTS berbanding dengan EXO di depan SNSD."

"Tak payah nak tunjuk, pada saya abang dah memang hebat pun."

Jin berhenti mengurut bahu Yoona dan menarik Yoona supaya bersandar dibadannya. Dia mencium atas kepala Yoona dengan senyuman. Bangga rasanya bila dipuji oleh orang disayangi.

"Sebenarnya abang seronok sangat, ada orang sudi terima abang."

Yoona tersenyum, "Saya pula tak sangka ada orang sudi melamar saya."

"Sayang, ingat tak janji abang pagi tadi."

"Janji yang mana?"

"Pagi tadi abangkan dah janji akan beritahu sayang semuanya tentang abang?"

"Hmm... saya tak nak paksa abang."

"Tak apa, sekarang abang rasa abang dah bersedia untuk menceritakan semuanya pada sayang."

"Semuanya? Betul ini?"

"Betul?"

"Kenapa?"

"Sebab sayang dah sudi menjadi isteri abang."

"Tapi dulukan saya isteri abang juga."

"Tak sama, dulu sayang terpaksa tapi sekarang tak lagi. So abang rasa dah sampai masanya abang ceritakan semuanya pada sayang."

Jin menarik nafas panjang sebelum menceritakan mengenai keluarganya.

"Sayang mesti dah tahu dan dah boleh agak yang abang datang dari keluarga yang kayakan."

Yoona menganggukkan kepalanya. Jin mengusap rambut Yoona.

"Kekayaan keluarga abang sekarang ini lebih banyak tertumpu pada aktiviti penghotelan. Selepas perang dunia kedua, datuk abang mulakan perniagaan perhotelan di Seoul dan dari situ ianya berkembang sehingga sekarang. Keluarga abang banyak membeli asset tanah dan bangunan untuk disewakan. Abang rasa sebab itu abang pun terpengaruh dan mula berminat menceburi pembelian asset tanah dan bangunan. So... asset keluarga abang bukan saja di Korea tetapi juga di asia. Ayah abang, dia pula mungkin disebabkan dibesarkan dalam dunia penghotelan, minatnya lebih kepada bidang itu sehingga dia banyak membeli asset untuk dunia penghotelan."

Yoona mendengar dengan teliti cerita Jin dan dia tidak nampak apa yang menyebabkan Jin merahsiakan siapa dirinya yang sebenarnya. Normallah kalau ikut cerita dalam drama pun, memanglah kalau dah melibatkan diri dalam dunia perniagaan sebesar itu mestilah kaya. Tengok je cerita "Boy over flower"; Lee Min Ho bukan kah terlibat dalam dunia perhotelan pun kaya macam putera. Mesti Jin pun kaya macam tu.

AWAK SUKA SAYA KE?Where stories live. Discover now