Chapter 22

620 27 0
                                    

"Seriously, Abang rasa lagu "DOPE" ini sedap," kata Jin yang duduk di atas sofa di dalam bilik di hospital ini dengan memegang ipad. Hari ini dia sudah dibenarkan pulang ke rumah setelah 4 hari dia sedar dari koma. Dan sekarang dia dalam proses mempelajari semula sejarah hidupnya.

Dengan bantuan Yoona, proses pembelajaran menjadi senang dan Jin tidak merasa tertekan untuk memaksa dirinya mengingati ingatannya yang hilang. Dia mengikut kata-kata Yoona yang menyatakan lebih baik Jin mempelajari sejarah hidupnya itu semula daripada memaksa dirinya mengingati ingatan yang hilang.

Yoona juga dibenarkan pulang ke rumah setelah melakukan pembedahan kecil untuk membuka ikatan di pangkal rahimnya.
Mereka hanya duduk sambil menunggu MinSook datang menjemput keduanya. Mereka akan pulang kerumah mereka sendiri walaupun emak Yoona dan emak Jin ingin keduanya pulang ke rumah salah seorang dari mereka. Tapi Yoona menolak untuk kebaikan Jin. Kerana dia tidak mahu kedua-dua keluarga mengetahui yang Jin hilang ingatan.

"Saya pun suka lagu itu. Saya rasa abang handsome bila pakai
baju doktor itu." Jin tersenyum mendengar pujian dari Yoona.

"Tapi pasal apalah lagu itu keluar semasa BigBang keluarkan lagu dia orang. Memang susahlah."

Yoona menganggukkan kepalanya bersetuju. Yoona juga duduk di atas sofa yang sama tapi bersandar di sebelah kiri sofa sementara Jin bersandar di sebelah kanan sofa.

"Sayang tahu tak? Abang minat sangat kat kumpulan Bigbang tu. Actually kita orang semua suka kat Bigbang."

"Saya kawan baik dengan abang Young Bae, Jiyong dan Seunghyun." Yoona tersenyum memandang wajah suaminya.

"Baik macammana?"

"Baik sangat-sangat." Yoona tahu suaminya jenis yang cemburu so dia sengaja nak membuat suaminya cemburu.

"Jealousnya..."

Yoona ketawa, "Wait... abang ini jealous sebab saya baik dengan dia orang ke? Abang jealous sebab saya baik dengan dia orang....Ehh... maksud saya abang jealous sakarang ini sebab dia orang lelaki yang baik dengan saya ke abang jealous sebab saya baik dengan dia orang dan diaorang tu BigBang? Ish... saya tak retilah nak explain." Yoona mengarukan kepalanya. Sebab kebiasaannya Jin akan cemburu bila Yoona menyebut nama lelaki yang lain.

Jin ketawa, "Kan ke abang cakap abang suka sangat kat BigBang tu terutama TOP sunbaenim dan GD sunbaenim. So abang bukan cemburukan dia orang. Abang cemburukan sayang sebab sayang baik dengan dia orang."

Yoona ketawa mendengar penjelasan suaminya, "Abang tahu tak dia orang datang masa majlis makan malam untuk meraikan majlis perkahwinan kita tau."

"Ye ke? Bestnya."

Yoona ketawa sekali lagi, "Tapi saya juga nak bagitahu, abang tak kisahkan dia orang pun waktu tu. Sebab waktu tu abang cuma nampak saya je?"

"Sekarang ini pun abang nampak sayang sorang je. Abang just minat dekat dia orang sebab abang rasa dia orang tu especially GD sunbaenim seorang yang hebat dalam mencipta lagu. Tapi untuk dibandingkan dengan sayang, beratus.. mungkin beribu jauh bezanya. You are too perfect to be compared... tak ada siapa yang boleh lawan. You own my heart and my soul. You own my everything."

Yoona ketawa bahagia mendengar ayat-ayat romantik yang tidak diucap secara romantik oleh Jin sama seperti dulu-dulu.

Tiba-tiba Jin merapatkan dirinya kearah isterinya sambil menyanyikan salah satu lagu BTS,

I don't care because I love you
If I'm with you, anywhere we go is a flower garden
Instead of holding designer bags, you hold my hand
Instead of jealousy and envy, you understand my nature
With you, I draw out my future

AWAK SUKA SAYA KE?Where stories live. Discover now